Kehilangan insan tersayang ibarat separuh jiwa kita turut dibawa pergi. Pilu rasa hati bila mana menatap sekujur badan yang kaku tidak lagi bernyawa. Saat memberi ciuman kali terakhir, hibanya tak mampu diungkap dengan kata-kata.
Namun, situasi ini mungkin tidak berlaku pada masa kini tatkala wabak covid-19 telah menular. Proses pengkebumian tidak lagi mampu dilaksanakan seperti sedia kala.
Walaupun kisah kematian ini tidak membabitkan pesakit yang positif covid-19, namun apa yang dimuat naik cukup memilukan hati. Seorang lelaki meninggal dunia dan lebih menyedihkan bila mana ibu dan bapanya berada jauh dan hanya mampu melihat proses pengkebumian dilakukan menerusi video call sahaja.
Seorang nurse peribadi yang dikenali sebagai Sazriman berkongsi pengalaman sendiri melihat insan menghembuskan nafas terakhir tanpa ibu bapa disisi. Hanya adik arwah yang berada di sisi dari sakit sehingga ke saat akhirnya. Kisah itu dimuat naik di twitternya.
Keluarga duduk jauh
Pesakit nazak keluarga duduk jauh
Mak baik tapi selalu tak bernasib baik
Ads
Mak tak dapat balik sebab lockdown
Sakit tak boleh tidur, kena comfort dia
Adik sabar gila layan karenah abang dia
Ads
Sehari 5-6 kali mak nangis dalam phone
Last day, nampak tanda2 dia nak pergi
Mak mana yang kuat tengok anak bertarung nyawa
Ads
Mak dekat videocall , ayah dekat phone dia hembuskan nafas terakhir
mak ayah mampu tengok dan menangis dalam videocall
hargai masa bersama keluarga
Kisah yang dimuat naik oleh Saziman itu kemudiannya turut dikongsikan oleh adik arwah menerusi laman facebooknya. Menurut Muzill Mustakim, arwah abangnya, Mohd Muhaymin meninggal dunia akibat ‘Acute on chronic liver failure’
Cantik dengan mengunakan bahan dapur sememangnya telah ramai antara kita amalkan. Ada yang gunakan serbuk kunyit untuk kecutkan jerawat, ada yang amalkan putih telur untuk atasi masalah whitehead, ada guna tomato untuk kulit lebih sihat dan berseri dan bermacam-macam lagi.
Apa yang pasti, apabila kita memilih untuk menggunakan bahan-bahan yang sedia ada didapur, ternyata modal yang digunakan cukup murah malah kesannya tidak menghampakan.
Dan kali ini melalui perkongsian Nur Amira mengenai petua untuk mendapatkan kulit yang lembut dan berseri, siapa sangka dia menggunakan tepung beras.
Jom semak cara Nur Amira jaga kulit.
Ni petua untuk lembutkan kulit uolls, guna bahan dapur ja . Senang kan ?
Bahan : Tepung beras
1. Bancuh sesudu tepung beras bersama sedikit air.
2. Sapu pada seluruh muka pada waktu malam.
3. Biarkan dalam 30-40 minit.
4. Selepas kering bilas muka dgan air suam @ bersih.
5. Amalkan selalu untuk kesan yang terbaik .
Apa manfaatnya?
1. Menyerap minyak berlebihan di muka
2. Mencerahkan kulit muka dengan penggunaan konsusten.
3. Kurangkan masalah jerawat @ jeragat @ parut jerawat.
4. Menghilangkan masalah blackhead @ whitehead.
5. Jadikan kulit lebih lembut , licin dan glowingg.
Sumber :Nur Amira Anizan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lelaki bawa anak jadi peneman daki bukit, “Hana langsung tak meragam, menangis…”Kisah dua beranak Hazwan Harawi mendaki bukit bersama bayinya mendapat perhatian warga maya.
Lelaki Bawa Anak Jadi Peneman Daki Bukit
Hazwan memuat naik video pendakiannya bersama anak angkatnya, Hana di TikTok. Hana mendapat pendedahan mendaki bukit kerana bapa angkatnya, Hazwan Harawi, 29, sering membawanya sebagai peneman untuk mendaki di bukit dan taman riadah sekitar Lembah Klang.
Hana sudah merasai pengalaman mendaki walaupun baru berumur sembilan bulan. Bercerita lanjut, Hazwan berkata, mendaki adalah minat dan salah satu hobinya sejak di kampus lagi.
Menurut Hazwan, isterinya, Fatin Sihan, 29, juga ada minat yang sama dan mereka pernah pergi mendaki bersama, salah satunya di Bukit Broga, Selangor.
“Dulu kami pergi mendaki berdua saja tapi sejak hadirnya Hana, dia pun dibawa bersama.
“Cuma, kami ambil Hana sebagai anak angkat pada umurnya tiga bulan. Waktu umurnya empat bulan baru dedahkannya dengan aktiviti riadah.
“Hana Langsung Tak Meragam, Menangis…”
“Awalnya bawa Hana pergi Taman Saujana Hijau di Putrajaya saja kemudian waktu umurnya lima bulan saya dan isteri bawa dia berkhemah di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan pernah juga ke Taman Tugu, Kuala Lumpur ketika umurnya tujuh bulan selain berjalan di Pulau Pinang,” katanya.
Hazwan berkata, setakat ini, isterinya tiada halangan walaupun dia pernah pergi berdua saja dengan Hana.
Ia kerana dia dan isteri percaya aktiviti itu baik malah dapat mendedahkan anak kepada alam semula jadi dan bukan hanya membesar dengan gajet atau menonton televisyen semata-mata.
“Selalunya memang kami pergi bertiga tapi dua bulan lalu, isteri ditahan di Hospital Kajang dan saya kena uruskan anak waktu ketiadaannya.
“Jadi bila nampak saya boleh lakukan, isteri tak ada masalah untuk saya bawa Hana berdua tambahan dia kini pun baru hamil.
“Cuma, saya tetap buat persediaan rapi sebelum bawa Hana mendaki di sesuatu tempat dengan menonton video terlebih dulu untuk tengok bagaimana laluan trek dan periksa sama ada kawasan berkenaan mesra bayi serta ada kemudahan tandas berhampiran atau tidak,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian pemasaran dan digital.
Hazwan juga membuat persediaan lain termasuk menyediakan alat pembawa kanak-kanak selain lampin, susu juga snek sebagai bekalan.
Katanya, persiapan lain adalah dengan melihat ramalan cuaca dan ke pusat gimnasium sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu bagi memantapkan stamina.
“Setakat ini, Hana beri kerjasama baik malah tak meragam pun… paling terkejut waktu mendaki Bukit Sri Bintang kerana dia tak menangis langsung.
“Cuma waktu di Taman Tugu, Hana menangis dalam 100 meter sebelum sampai di atas tapi itu pun sebab dia nak minum susu.
“Cabarannya lebih kepada saya kerana umur Hana pun sudah sembilan bulan jadi agak berat juga nak pikulnya di belakang dan memang sakit bahu serta lenguh kaki setiap kali balik mendaki,” katanya.
Menyentuh mengenai perkongsiannya di TikTok, Hazwan berkata, dia baru memuat naik video aktiviti bersama Hana sejak Mei lalu dan tidak menyangka mendapat perhatian hingga ada yang mengenali serta mahu bergambar dengan anaknya ketika berjumpa di luar.
Menurutnya, niatnya adalah untuk menyimpan memori dengan Hana dan memberi inspirasi kepada bapa di luar sana untuk habiskan masa di luar sana.
“Secara tak langsung, saya nak buktikan juga orang lelaki pun boleh diharap untuk jaga anak cuma bila baca komen, baru saya sedar ramai rupanya ibu bapa di luar sana tak bawa anak beriadah.
“Ada yang tak pernah keluar rumah pun sejak ada anak kecil kerana paranoid. Segelintir netizen pula persoalkan kenapa bawa Hana mendaki kerana anggap ia bahaya untuk keselamatan selain risau jika anak terkena gangguan mistik.
“Saya faham kebimbangan mereka malah sebagai orang Islam memang kena percaya dengan benda ghaib cuma risiko atau bahaya ada di mana-mana jadi kita cuba ambil langkah keselamatan.
“Selebihnya doa minta perlindungan Allah SWT,” katanya yang menggalakkan ibu bapa lain membawa anak beriadah sebagai terapi emosi bagi menghilangkan tekanan menjaga si kecil.
Bila mempunyai anak-anak tentu ibu ingin menyediakan masakan yang berkhasiat buat anak. Oleh itu, ramai yang suka memilih buat secara homemade apa sahaja menu yang mudah untuk ahli keluarga.
Perkongsian oleh Masriza Basri, sungguh bermanfaat untuk kita mencuba kentang goreng homemade ni. Confirm tak ada bahan awet.
Kentang goreng simple rangup diluar, lembut di dalam ~ macam kentang McD
Kali kedua buat kentang goreng homemade untuk difrozenkan… Anak saya suka sangat. Buat banyak-banyak setiap kali dia nak senang sebab dh ada dalam peti ais, tinggal goreng je balik.
Yang penting berbaloi buat sendiri fries untuk anak dan nak bagi anak makan tanpa was-was dan sedap
Resepi cara saya ??
? Kentang potong jejari dan rendam dalam air + cuka – ikut suka nak rendam berapa lama, agak2 jer. Cuka pun agak-agak jer… ?
✅ Option satu :
Toskan dan gaul ngan tepung bestari yang original, nak pedas guna yang pedas, sampai semua kentang bersalut dengan tepung. Anak saya tak suka pedas…
✅ Option dua :
Kalau tak nak guna tepung bestari boleh guna tepung gandum campur tepung beras macam kita nak buat bancuhan goreng pisang. Jangan lupa letak juga garam sikit dan lada sulah… jangan bayak sangat, nnt pedas
Bila semua dh bersalut tepung, bolehla mula menggoreng .
Boleh frozen
Kalau nak buat frozen, goreng sekejap jer lepas tu angkat dan tos minyak dia. Biarkan sejuk dulu…
Dah sejuk boleh masukkan dalam beg zip lock dan simpan dalam peti ais.
Bila anak nak makan boleh keluarkan kejap, pastu goreng sampai kekuningan.
Gerenti sedap!!! Mama goreng sikit, anak suh goreng lagi sebab tak cukup.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita jual rantai emas untung RM16,404, dulu beli baru RM2,300. Ramai masih menganggap emas hanyalah untuk bergaya dan menambah seri penampilan, tetapi hakikatnya, emas merupakan aset bernilai yang mampu memberikan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang.