Pergilah me time, family time, nak tunggu banyak duit baru boleh seronok, susahlah, belanja ikut bajet. Dalam dunia yang serba pantas dan penuh tekanan hari ini, ramai di antara kita sering terlepas pandang akan kepentingan masa untuk diri sendiri (me time) dan masa bersama keluarga (family time).
Pergilah Me Time, Family Time, Nak Tunggu Banyak Duit Baru Boleh Seronok, Susahlah
Kedua-dua masa ini adalah sangat penting untuk kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi kita. Banyak manfaat ‘me time’ dan ‘family time’ terutama dari segi kesihatan mental. Tidak perlu pergi jauh-jauh atau perlu keluarkan belanja yang banyak, yang penting kita ada masa untuk ‘masa untuk diri sendiri.’
Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah…
Ada sikit, kita seronok la cara sikit…
Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang…
Jadi tak seronok jugak… Si suami pergi balik keje hari-hari…si isteri uruskan hal rumah hari-hari…si anak pergi belajar hari-hari…
Belanja Ikut Bajet
Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui…
Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat…
Dan la masing-masing burn out…terus tak harmoni isi rumah itu…
Duit ni, kita guna ka, kita tak guna ka, tetap habis serupa tu jugak…tak lekat jugak kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, dok saja dalam rumah…
Duit sikit, kita belanja cara sikit…duit banyak, kita belanja cara banyak…takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat…
Nowadays, bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak gak kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak tu…
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan…isi minyak kereta, jalan… Letak tikar, bawak lauk dari rumah, makan tepi laut…Balik semua happy.
Kepentingan ‘Me Time’
‘Me time’ merujuk kepada masa yang diperuntukkan khusus untuk diri sendiri tanpa gangguan dari pihak lain. Masa ini boleh digunakan untuk melakukan aktiviti yang kita sukai, seperti membaca buku, bersenam, meditasi, atau hanya berehat tanpa sebarang tanggungjawab.
Mengurangkan Tekanan:
Masa untuk diri sendiri membolehkan kita berehat dan melepaskan tekanan yang terkumpul akibat rutin harian. Dengan mengambil masa untuk berehat, kita dapat mengurangkan risiko keletihan dan tekanan.
Meningkatkan Produktiviti:
Ads
Apabila kita mempunyai masa untuk memulihkan tenaga, kita akan menjadi lebih produktif. Masa rehat yang berkualiti membantu kita berfikir dengan lebih jelas dan membuat keputusan yang lebih baik.
Penjagaan Diri:
‘Me time’ adalah masa untuk kita menjaga diri sendiri, baik dari segi fizikal mahupun emosi. Ia memberi peluang kepada kita untuk memahami diri sendiri, mengenal pasti apa yang kita perlukan, dan merancang langkah-langkah untuk mencapai kesejahteraan.
Kepentingan ‘Family Time’
‘Family time’ pula merujuk kepada masa yang diluangkan bersama keluarga, tanpa gangguan dari kerja atau komitmen lain. Masa ini sangat penting untuk membina hubungan yang erat dan harmoni dalam keluarga.
Mengukuhkan Hubungan:
Masa bersama keluarga membantu mengukuhkan ikatan antara ahli keluarga. Aktiviti bersama seperti makan malam, bermain permainan, atau menonton filem bersama-sama dapat meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara satu sama lain.
Menanam Nilai dan Budaya:
Masa bersama keluarga adalah peluang terbaik untuk ibu bapa menanam nilai-nilai murni dan budaya kepada anak-anak. Ia juga memberi ruang untuk berkongsi pengalaman hidup dan memberi nasihat yang berguna.
Menyokong Pembangunan Emosi:
Ads
Anak-anak yang sering menghabiskan masa bersama keluarga biasanya mempunyai kestabilan emosi yang lebih baik. Mereka merasa disayangi dan dihargai, yang penting untuk perkembangan psikologi mereka.
Mengurangkan Tekanan:
Seperti ‘me time’, ‘family time’ juga dapat membantu mengurangkan tekanan. Berada dalam lingkungan keluarga yang menyokong memberi kita rasa selamat dan tenang, yang dapat membantu mengurangkan tekanan harian.
Mengimbangkan ‘Me Time’ dan ‘Family Time’
Adalah penting untuk mencari keseimbangan antara ‘me time’ dan ‘family time’. Kedua-duanya adalah penting dan saling melengkapi. Kita perlu bijak mengurus masa untuk memastikan kita mendapat manfaat daripada kedua-dua jenis masa ini.
Jadualkan Masa:
Tetapkan jadual yang jelas untuk ‘me time’ dan ‘family time’. Contohnya, luangkan masa untuk diri sendiri pada waktu pagi atau sebelum tidur, dan habiskan masa bersama keluarga pada hujung minggu atau waktu makan malam.
Komunikasi Terbuka:
Berkomunikasi dengan keluarga tentang keperluan untuk ‘me time’. Jelaskan bahawa masa ini adalah penting untuk kesejahteraan diri sendiri dan akan memberi manfaat kepada keluarga secara keseluruhan.
Fleksibiliti:
Jadilah fleksibel dalam mengatur masa. Kadang-kadang, kita mungkin perlu menyesuaikan jadual kita untuk memenuhi keperluan semasa, sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.
Ads
Masa untuk ‘me time’ dan ‘family time’ adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kedua-duanya mempunyai peranan yang unik dalam memastikan kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi kita.
Dengan mengurus masa dengan bijak dan mencari keseimbangan antara keduanya, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan harmonis. Oleh itu, jangan abaikan kepentingan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Pastikan kita sentiasa meluangkan masa untuk kedua-duanya demi kesejahteraan yang berpanjangan.
”Bila ada parent yang cerita anak mereka baik, senang patuh arahan dan jarang meragam.”
Bukan semua ibu ayah mendapat rezeki dipermudahkan menguruskan anak-anak. Ada yang struggle didik anak.
Ini dijelaskan lanjut oleh coach parenting, Mohd Fhais Salim.
Saya akan senyum je dan cakap, alhamdulillah syukur rezeki anda.
Sikit pun tak terdetik dalam hati, nak tahu bagaimana dia didik anak.
Sebabnya, bila kita faham betul betul tentang temperament kita akan tahu bahawa dia hanya murah rezeki anak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ini kerana ada 3 kategori temperament ( tingkahlaku ) anak-anak yang berbeza.
1 – Mudah ( easy )
Hampir 40% kanak-kanak dalam kategori ni. Diorang ni serba serbi mudah, senang nak urus, mudah kerjasama, jarang meragam sehinggakan ada yang rasa mereka sangat hebat mendidik.
2 – Slow Warm Up
Kira-kira 15% kanak-kanak dunia dalam kategori ni. Yang ni half-half. Kadang susah kadang senang. Kalau kita tahu trik yang betul senang nak urus anak. Penting faham & connect dengan anak.
3 – Susah ( difficult )
Hanya 10% sahaja kategori ni. Ini la anak yang buat kerja mendidik tu jadi sangat mencabar. Kena banyak sabar, kena tahan marah dan jadi sangat kreatif kalau nak didik anak begini.
Sebab tu la bila kita nampak ada parent yang mengeluh & struggle mengurus anak-anak usah la kita menyindir dia pula.
Kita tak tahu pun situasi dia bagaimana. Mungkin payah dia mengurus anaknya jauh lebih susah & lebih memenatkan berbanding kita.
Dapat anak yang mudah di urus syukur banyak banyak sebab itu rezeki kita yang ramai orang di luar sana berdoa pagi siang dan malam mohon di kurniakan anak yang baik & soleh.
Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi seorang isteri apabila suaminya yang diuji dengan masalah kesihatan yang serius akibat covid-19 dan kini disahkan bebas sepenuhnya. Ibarat satu rahmat yang terlalu bermakna dianugerahkan Allah buatnya!
Begitulah rasa bahagia dan syukur yang dirasai oleh pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam dan cuba dizahirkan dengan berkongsi di Instagramnya dengan memaklumkan suaminya itu kian beransur pulih dan perlu banyak berehat dan bertenang.
“اَلسَّلامُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salam Idul Adha everyone, pertama sekali mummy ingin ucapkan syukur kepada Allah swt dengan limpah rahmat dan kasih sayangnya .. suamiku syurgaku sudah pulang ke pangkuan keluarga.”
Menerusi entri tersebut, Rebecca berkongsi beberapa foto bersama keluarga dan anak-anaknya menyambut Hari Raya Aidiladha semalam.
Dikesimpatan tersebut, Rebecca turut mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dirinya, suami dan keluarganya.
“Terima kasih buat semua keluarga,teman teman, kenalan, dan juga semua followers mummy yang tidak putus-putus sama sama berdoa untuk suami mummy serta kami sekeluarga.
“Terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala doa dari anda buat kami sekeluarga dan terima kasih buat anda yang tidak putus putus menghantar segala macam makanan, ubat, bunga dan hadiah di depan rumah kami. Saya terharu.
Terima kasih untuk semua kasih sayang dan ambil berat untuk mummy suami serta anak anak semua.
“Alhamdulillah, this is my darling en suami yang dah beransur sihat…Cuma cepat penat, tak boleh banyak cakap and tak boleh dan tak diizinkan buat apa-apa dulu..doc cakap harus berehat tenang.
“Tidak lupa juga thank you utk semua frontliners and all doctor yang terlibat dalam memastikan suami dan mummybecca sekeluarga sihat. Alhamdulillah
“Selamat hari raya Idul Adha semua. Banyak yang telah di korbankan untuk tahun ini..Semoga semuanya di balas dengan yang baik baik buat kita semua. Semoga penyakit ini di angkat ke langit atas dengan secepatnya,”ujarnya.
Terdahulu, Rebecca berkongsi perkhabaran bahawa dia dan tujuh anggota keluarganya serta tiga pembantu rumahnya dijangkiti virus Covid-19 dan dilaporkan suaminya kritikal berada di tahap empat.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pelakon Ayu Raudhah lebih selesa memberi tumpuan kepada keluarga, sementelah anak-anaknya kini sedang membesar.
“Saya meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam kehidupan, saya gembira dengan anak-anak yang ramai dan kami berdua pun dibesarkan dengan adik-beradik yang ramai. Tujuh orang.
“Rasa macam okey dan dah terbiasa,” tambah Ayu Raudhah yang baru dilantik sebagai duta dan rakan niaga butik ByLR baru-baru ini.
Tidak menafikan rindu untuk kembali beraksi di kaca televisyen, namun ibu kepada lima cahaya mata ini memilih keluarga daripada kerjaya.
“Jujurnya tak rancang nak ada anak berapa. Cuma sebelum ini hasrat mahu tujuh cahaya mata. Cuma sebelum ini tak ada rezeki, saya alami keguguran dua kali.
“Kalau ikutkan suami, nombor kegemarannya ialah lapan,” kata anak kelahiran Negeri Jelapang Padi ini.
Mengulas mengenai persepsi sesetengah pihak terhadap ibu bapa yang mempunyai ramai anak, adik kepada Rozita Che Wan ini terbuka mengenai rezeki zuiat yang Allah kurniakan.
“Ia bergantung pada pandangan masing-masing, kita cuba letak diri kita di mana. Saya sendiri gembira dengan kehidupan dikelilingi anak yang ramai.
“Malah baik saya dan suami, kami pun dibesarkan di dalam keluarga yang besar. Bagi saya okay dan kami pun sudah biasa dengan situasi itu. Semua kata nak anak satu pasukan bola. Sebenarya kami tak target pun.
Berseloroh menyahut kata-kata Ayu, balas suaminya yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha; “Tapi saya suka nombor lapan!”
Ujar Zaquan lagi, punya anak ramai secara tidak langsung menyerikan mahligai yang dibina bersama sejak 11 tahun lalu.
“Saya dah biasa dengan adik beradik tujuh orang, ada abang ada kakak. Bila kita ada anak, lepas dapat anak pertama nak cari kawan untuk dia. Kemudian nak dapat anak perempuan.
“Dapat pula lepas tu dua anak lelaki. Mungkin nak dapat satu girl lagi. Untuk saya, saya nak anak-anak saya walaupun ramai tapi rapat antara satu sama lain.
“Biarlah bila tua nanti saya tinggal berdua dengan Ayu, tapi bila balik rumah saya nak meriah. Bila adik-beradik ramai ni keluarga meriah,” katanya.
Terdahulu, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser,9, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.