“Pergi Taman Permainan Atau Ke Kebun Pun Bercuti.” Barulah Rezeki Melimpah Ruah, Deep Perkongsian Doktor Ini

Share
Jika hari cuti, anak-anaklah adalah yang paling gembira. Mana taknya bagi, ibu ayah yang bekerja, inilah masa untuk mereka luangkan masa bersama ibu ayah yang sibuk dengan rutin harian dan anak-anak pula dengan perihal sekolah. Ketika cuti beginilah, ibu bapa harus spend time dengan anak-anak walaupun di lokasi yang biasa-biasa aje. Apa yang pasti, sebagaimana penjelasan Doktor Taufik Razif,
membahagiakan ahli keluarga, adalah pencetus rezeki kian melimpah.
Beliau juga menambah bahawa percutian bercuti tak perlu ke lokasi mahal. “Pergi playground atau ke kebun pun dikira bercuti dah tu. Asalkan kita spend masa berkualiti dengan anak anak je.”
Jom kita semak perkongsian beliau yang bermanfaat ini.

Wahai suami, Bawalah anak dan isterimu bercuti
Ya, ku tahu kamu sibuk ke sana ke sini.Pening dengan urusan mencari rezeki.
Tapi ketahuilah wahai suami. Anakmu itu rezeki
Isterimu juga rezeki. Mereka lebih berhak untuk disyukuri
InsyaAllah suami yang membahagiakan ahli keluarga. Akan dilancarkan urusannya.Akan dimudahkan pekerjaannya.Akan dimurahkan rezekinya
Bahagiakanlah keluarga.Ketika mereka masih ada.Gembirakan mereka. Ketika mereka masih di sisi kita.
Jangan sampai ianya menjadi penyesalan buat diri. Ketika mereka sudah tiada disisi.
Semoga menjadi manfaat bersama untuk membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia.