Pergi Tak Akan Kembali! Murid Darjah Satu Maut Pulang Dari Sekolah Setelah Turun Van

Share

Pergi yang tak akan kembali. Syurga buat mu duhai arwah adik Ahmad Damian Iqbaal Abdullah, 7, yang merupakan murid darjah satu Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 yang maut setelah turun daripada  van yang dinaikinya. Pergi yang tak akan kembali lagi menemui Allah Sang Pengcipta.

Naluri sebak jelas ketara buat yang bergelar ibu bapa apabila membaca laporan akhbar hari ini mengenai arwah yang masih kecil dan pastinya seorang kanak-kanak lelaki yang lincah dalam dunia kanak-kanak yang penuh keseronokkan dan kegembiraan. Namun siapalah kita hendak melawan takdir yang sudah tertulis jelas di Lauh Mahfuzh. Tak ada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi hari esoknya. Rezeki, jodoh dan juga maut tiada siapa yang tahu.

Kredit photo: NSTP/ Metro

Menurut laporan harian metro semalam, kejadian 6.45 petang itu, mangsa, Ahmad Damian Iqbaal Abdullah, 7, yang juga murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 baru selesai sesi persekolahan dan menuju pulang ke rumahnya dengan menaiki van terbabit.

Difahamkan, setibanya di depan rumah mangsa, lelaki warga emas berusia 66 tahun yang memandu van itu kemudian memberhentikan kenderaan untuk menurunkan penumpang.

Namun, ketika mahu meneruskan perjalanan, pemandu itu berasa seolah-olah terlanggar sesuatu dan mendapati mangsa berada di bawah van terbabit.

Kanak-kanak malang itu yang dikejarkan ke Hospital Shah Alam oleh ahli keluarga bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan lanjut.

Datuk mangsa berusia 70-an yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian dia sekeluarga termasuk ibu mangsa dikenali sebagai Hazialina, 26, berada di rumah itu sambil menanti kepulangan Iqbaal dan sepupu lelaki yang sebaya dengannya.

“Sebelum kejadian itu, Iqbaal dilihat terlalu manja dengan neneknya (isteri) dan ada memberitahu tidak mahu menjalani peperiksaan tahunan seolah-olah mengetahui mahu pergi meninggal kami buat selama-lamanya.

“Walaupun mempunyai masalah asma, dia seorang yang amat aktif bersukan dan kehilangannya ini amat dirasai. Namun, kami reda dengan ketentuan Ilahi apatah lagi dia pergi sebagai ‘anak syurga’,” katanya ketika ditemui NSTP di kediamannya di lokasi kejadian, hari ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, petang tadi.

Kata datuk mangsa, anak sulung daripada dua beradik itu mula menaiki van sekolah sejak enam bulan lalu selepas ibunya yang menghantar ke sekolah sebelum ini memperoleh pekerjaan tetap sebagai kerani.

Difahamkan, mangsa yang duduk di bahagian depan penumpang turun dari van itu bersama sepupunya namun dia dipercayai menanggalkan kasut dan stokinnya terlebih dulu berdekatan kenderaan berkenaan.

Kanak-kanak itu kemudian dipercayai dilanggar dan mengalami kecederaan di kepala serta badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, pihaknya memperoleh kebenaran reman selama tiga hari ke atas pemandu van berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kita masih menyiasat kejadian itu secara menyeluruh terutama mengenal pasti punca sebenar sama ada akibat kelalaian atau sebaliknya.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kredit photo: Sinar Harian (arwah paling kanan)

Manakala menurut laporan Sinar Harian, mangsa dikatakan berada di bahagian belakang van terbabit untuk membuka kasut sekolahnya sebelum dilanggar dengan jarak kira-kira 3 meter dari rumahnya.

 

Syurga buat mu arwah adik Ahmad Damian Iqbaal Abdullah Kredit photo: Shah Alam Residen (tak suka ban orang)