Tiada yang lebih membahagiakan seorang suami bila mana mendapat tahu isteri sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi, cahaya mata itu cukup dinantikan.
Demikian juga dengan penyampai radio Issey yang berkongsi kegembiraan pertama kali berpeluang melihat bayi mereka ketika membawa isterinya membuat imbasan untuk mengetahui tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
“Semalam masa buat review untuk satu produk ni. Aku termenung lama dekat kabinet ni. Mengenangkan kuasa Allah swt. Subhanallah. Sesungguhnya kau maha agung Ya Allah.
“Mungkin ni pengalaman pertama issey. Alhamdulillah. Semalam pergi scan. Dapat tengok sendiri baby sihat, bergerak.
“Baru aku tahu excited dia macam mana bila nak menjadi seorang ayah ni. Doakan yang terbaik untuk kami semua.
Sebelum ini, pemilik nama Fazlisham Mat Hussin itu meluahkan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkhabaran gembira tersebut kepada umum sehingga tiba waktu yang sesuai..
“Alhamdulillah, empat bulan sudah. Cuma kami mengambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan.
“Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami.
Sumber: isseyfazlisham
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club