
Sekarang ini orang berkahwin tidak mengira musim. Andai dulu pantang musim cuti sekolah, itu bermakna sepanjang cuti sekolah kita sekeluarga perlu pergi beberapa majlis dalam sehari bagi memenuhi jemputan undangan perkahwinan.
Selain itu, kalau hendak dibezakan persiapan majlis kahwin juga banyak jurangnya. Orang dulu-dulu kalau boleh seminggu awal sebelum hari langsung sanak saudara dah berkampung di rumah pengantin untuk membantu. Memang meriah dan hubungan kekeluargaan cukup akrab sekali.
Tidak dengan itu, bab bergaya saat bertandang ke majlis juga tidak kurang hebatnya. Semahunya, seisi keluarga dipersiapkan menggayakan baju kurung agar tampil sopan dan sempurna di majlis perkahwinan. Namun kini, seakan semua ini semakin luput ditelan zaman.
Hal ini juga dirasai oleh @nadhrazak dan terpanggil untuk melontarkan pandangan di media sosial.
Pemilihan Baju
Jaga Adab
Melentur buluh biar dari rebung
Ada benar kata-katanya itu, andai bukan kita sebagai ibu bapa hari ini yang mendidik dan mencorak anak-anak agar terdidik dan terpelihara adap-adapnya, maka siapa lagi? Pepetah Melayu juga ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya!
Guru Bahasa Inggeris Ini Jelaskan Cara Nak Anak Mahir BI Sejak Kecil, Nampak Biasa Rupanya Memang Berkesan!

Semakin ramai ibu bapa cakna mengenai kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini. Namun ramai yang risau apabila anak tidak fasih berbahasa Inggeris. Sudah tentu ada sebabnya.
Siapa tak gembira apabila anak boleh berrcakap dan membaca dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Namun untuk mempunyai kemahiran sebegitu sebenarnya ada cara. Sebagaimana perkongsian guru bahasa Inggeris ini, Cikgu Nurzuhaili Shamsudin menujukkan bahawa untuk belajar tidak perlu tunggu sehingga anak besar sebaliknya ketika anak pra sekolah. Malah menggunakan pendekatan kelas tambahan salah satu cara untuk melatih anaknya boleh berbahasa Inggeris.
Nak anak mahir bahasa Inggeris ini caranya.
Harini saya nak menjawab soalan ini:
“Cikgu Nurzuhaili Shamsudin, nk tnya.kenapa budak2 ssh nk boleh utk bi? Adakah sbb minat? Atau dorg letak mental blocking xnk blaja bi?”
Jawapan:
Saya akan cuba jawab berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar, guru Bahasa Inggeris dan ibu. Saya cuba tulis dalam bentuk point supaya lebih mudah difahami. Semoga bermanfaat.
1. Persekitaran.
Semasa saya di tadika di Perak, saya bersyukur sebab Teacher Mary (guru India) mengajar saya dengan penuh semangat. Saya tak faham sepatah pun perkataan yang teacher Mary cakap sebab saya tak pernah bercakap dalam Bahasa Inggeris di rumah. Semasa di tadika, saya tak tahu apa itu English grammar, tapi saya ‘pick up the language’ melalui apa yang saya dengar, dan saya terpaksa cakap Bahasa Inggeris di tadika walaupun ambil masa.
Kemudian apabila saya berpindah ke sekolah rendah di Terengganu, di mana hampir semua pelajar Melayu, saya tak dengar orang bercakap Bahasa Inggeris. Saya jadi malu untuk bercakap Bahasa Inggeris sebab takut ‘tak geng’ dengan kawan-kawan lain 😅
Apabila ke sekolah menengah pula (SMKA), kawan-kawan saya terdiri daripada pelajar-pelajar pandai. Mereka sentiasa dapat markah tinggi dalam Bahasa Inggeris walaupun tak pernah saya dengar mereka bercakap Bahasa Inggeris.
Tapi penulisan mereka sangat bagus kerana mereka rajin membaca buku Bahasa Inggeris. Budaya dan persekitaran di sekolah menengah yang sentiasa berlumba-lumba untuk belajar membuatkan saya terikut-ikut dengan kawan-kawan supaya belajar dengan baik.
2. Cikgu yang baik dan kreatif.
Saya suka Teacher Mary, sebab dia baik, pandai ambil hati dan selalu buat aktiviti bersama-sama. Kalaulah pada waktu itu saya dapat seorang cikgu yang garang dan suka membebel, saya rasa minat saya terhadap Bahasa Inggeris terus mati.
Datang ke tadika setiap hari sangat menyeronokkan, sebab akan buat banyak aktiviti hands-on, nyanyi nursery rhymes sama-sama dan ada story telling session. Saya lihat Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang seronok, bukan sesuatu yang susah. Minat terhadap Bahasa Inggeris mula timbul dan sejak itu, saya suka belajar Bahasa Inggeris.
3. Peranan ibubapa
Ibubapa saya tak pandai berbahasa Inggeris. Saya lihat, kawan-kawan saya yang bercakap Bahasa Inggeris di rumah dengan ibu bapa mereka, lebih mudah menguasai Bahasa Inggeris berbanding saya yang hanya belajar Bahasa Inggeris di sekolah sahaja. Mereka mempunyai sokongan, dan persekitaran belajar yang baik di rumah. Sentiasa menonton movie Inggeris dan menyanyi lagu dan membaca buku Inggeris.
Saya telah melakukan eksperimen terhadap 2 orang anak saya, Safiyya dan Adam.
1. Saya hantar Safiyya ke tadika Cina (ada pelajar Melayu, Cina dan India) sejak berusia 4 tahun. Di rumah, saya bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada tahun pertama dia di tadika, cikgunya cakap dia langsung tak bercakap di tadika.
Sewaktu umur 5 tahun, dia mula faham arahan mudah, tapi masih belum boleh bercakap dalam Bahasa Cina. Dia mula bercakap Bahasa Cina semasa berumur 6 tahun. Kemudian, saya menghantarnya ke SJKC. Pada sebelah petang, saya hantar dia ke tusyen Bahasa Cina. Safiyya cemerlang di sekolah, mampu belajar dengan baik.
Walaupun saya tak dapat mengajarnya di rumah, tapi saya membantu menyediakan persekitaran yang baik untuknya. Mendapatkan guru yang baik, supaya dia mempunyai lebih masa untuk belajar dan terdedah dengan Bahasa Cina.
Saya yakin, begitu juga dengan Bahasa Inggeris. Kini, Safiyya mampu menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dengan baik.
Kelas belajar bahasa Inggeris
2. Adam pula, dari kecil lagi saya telah bercadang untuk dia belajar di sekolah biasa, sebab saya mahu dia ke sekolah agama apabila masuk sekolah rendah nanti. Dia belajar di Tadika SMG (Melayu) sejak berumur 4 tahun.
Alhamdulillah, banyak dia belajar terutama tentang Al-Quran, berbanding kakaknya yang bersekolah Cina. Di tadika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa harian. Di rumah juga bercakap Bahasa Melayu.
Adam boleh membaca buku Bahasa Inggeris, tapi tak faham apa yang dibaca. Apabila dia masuk umur 6 tahun, saya buat langkah drastik untuk bantu dia belajar Bahasa Inggeris. Saya daftarkan dia ke kelas perbualan Bahasa Inggeris (online) sepanjang PKP baru-baru ni. Setiap malam saya buat sesi story telling dalam Bahasa Inggeris.
Pada awal kelas online, Adam sangat pendiam, sentiasa perlukan bantuan saya untuk faham arahan cikgu. Alhamdulillah, cikgunya pandai tarik minat dia dan buat banyak aktiviti menarik berbentuk game. Adam suka mencuba, walaupun dia bercakap tunggang langgang pada awalnya, saya terus betulkan. Saya sentiasa cakap “It’s ok to make mistakes”. Saya dapati Bahasa Inggeris dia semakin bertambah baik.
Ok, cukuplah rasanya setakat ni perkongsian saya. Banyak juga faktor lain yang mempengaruhi. Saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman peribadi. Pupuk minat anak belajar Bahasa Inggeris sejak kecil, kalau kita mempunyai kepakaran, alhamdulillah, teruskan membantu.
Tapi kalau kita tak mempunyai kepakaran, bantulah anak dari segi sokongan (iaitu mendapatkan persekitaran dan guru yang baik) untuk anak.
Saya suka nak tahu pengalaman orang lain juga. Boleh kongsikan pengalaman di ruangan komen. Semoga kita sama-sama belajar.
Sumber: Nurzuhaili Shamsudin
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.

Rupanya Kunci Penyembuhan Isteri Demam Pada Tangan Suami. Alert Kuasa Yang Allah Bagi Ni

Bila suami demam selain bagi ubat, isteri akan uruskan buat suami tercinta termasuk lap dahi dan badan serta picit badan suami. Bukan itu sahaja, bila suami tak selera makan, isteri akan masak bubur. Tetapi bagaimana pula, jika isteri yang demam? Ada tak suami buat seperti ini atau anggap isteri boleh uruskan sendiri.
Sebenarnya, jangan pandang ringan mengatakan semua isteri boleh buat. Ketika demam sebenarnya isteri memerlukan perhatian dan kasih sayang suami. Ambil masa atau cuti untuk merawatnya. Kadang-kadang ni isteri ni, nak bermanja dengan suami. Ingat ye, bukan suami je nak manja-manja, isteri pun boleh manja-manja jugak. Yang paling utama, sentuhan TANGAN SUAMI, adalah kuasa yang diberi Allah pada suami. Ikuti perkongsian Abu Hurairah Asifa yang amat bermanfaat. Walaupun status ini sekian lama tetapi masih relevan untuk dipraktikskan untuk kebahagian rumahtangga.
_____________________________________________________________________
Jika isteri demam, ambillah sedikit masa untuk kita merawatnya.
Sebab kuasa penyembuhan itu, Allah ada berikan pada tangan seorang suami.
Jangan biasakan beri panadol semata-mata, melainkan keadaankan tak mengizinkan kita untuk merawatnya.
Cara merawat Isteri demam
1. Pegang kepalanya, baca Al Fatihah dan niatkan untuk supaya Allah buangkan bisa badannya serta panasnya.
2. Niatkan juga moga Allah ampunkan dosanya. Allah surutkan demamnya. Buat dengan penuh kasih sayang.
3. Buatkan bubur nasi. Kacang goreng pedas je. Basuh beras, letak air, buka api, tunggu sampai nasi menjadi bubur. Nak power, letak isi ayam, daging ke, sayur karot skit. Atau paling akhir atau paling malas, sila ke Mcd dan beli saja bubur ayam kat situ.
4. Buat air penyejuk badan. Rebus Barli. Beli kat speedmart banyak. 60sen je sebungkus. Rebus dan ambil air, buh gula skit sekali dengan lemon. Lagi rajin buh gula batu, kurma cina, kembang semangkuk. Minum suam-suam, insyaAllah segala kepanasan akan keluar.
5. Yang penting, usaha. Isteri perlukan perhatian. Bukanlah kita nak jaga dia hari-hari, cuma saat dia demam itulah, hari isteri nak lihat kasih sayang kita sebagai suami.
Kalau macam ngade sangat, tonyoh je lemon kat muka isteri bagi segar .
Perkongsian suami ini Abu Hurairah Asifa sungguh bermanfaat untuk kebahagiaan rumahtangga. Siap bagitahu cara-cara nak masak bubur dan air barli. Air tangan suami ni. Apapun, kesimpulannya pentingya perhatian dan kasih sayang dari suami kepada isteri. Sungguh inspirasi!
Badan Ringan Dan Sengal-Sengal Badan Hilang, 2 Hari Dah Nampak Hasilnya, Ibu-ibu Wajib Cuba Jamu Halba Ni!

Kata pakar perbidanan, dalaman tubuh wanita yang sudah melahirkan berbeza dengan wanita yang belum pernah melahirkan anak. Masalah urat yang putus semasa proses kelahiran membuatkan tubuh wanita lebih mudah diserang angin dalam badan.
Pemakanan yang tidak tepat ditambah dengan penjagaan diri yang tidak berterusan membuatkan tubuh wanita yang sudah melahirkan anak lebih mudah diserang angin.
Menghilangkan angin dengan pemakanan seperti halia dan sebagainya antara cara yang dapat dilakukan oleh semua wanita. Pun begitu, selain halia, amalan minum air rebusan halba juga antara cara terbaik memulihkan masalah angin dalam badan. Malah baik juga untuk kesihatan dalaman tubuh.
Selain mengamalkan air rebusan atau teh halba, membuat jamu sendiri daripada halba juga antara yang disarankan untuk semua. Jamu seperti makjun yang dikongsikan oleh Sue Sera Saira di facebooknya ini menarik untuk kita cuba.
Katanya, masalah sengal bahu dan bisa badannya hilang hanya selepas dua hari mengamalkan petua ini. Menarik! Jadi jom kita cuba.
Jamu 4 Bahan
Bahan-bahan:
3 sudu besar halba
3cm halia muda -diparut
4 Ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Rendamkan halba dalam air selama 2 minit dan toskan seketika.
2. Tumbuk halba sehingga hancur dan kemudian di campur halia, bawang putih dan lada hitam. Tumbuk sampai hancur.
3. Kemudian gentel kecil seperti maajun.
4. Boleh disimpan dalam peti sejuk dan letakkan dalam satu bekas.
Ambil jamu ini 2 biji pagi dan 2 biji malam. Amalkan secara berterusan sehingga perut kempis dan nampak hasilnya.
Tips cara makan ini, selepas makan jamu ni, saya standby roti atau apa-apa kuih untuk alas perut. Minum dengan air suam. Jamu ni bagus untuk ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak.
Malah badan akan ringan dan angin akan keluar. Dua hari saya cuba, masalah sengal bahu dan bisa badan saya hilang. Badan rasa ringan.
Selamat mencuba!
Kredit: Sue Sera Saira