Kalau pergi kedai makan siam, order lah sup ke, tomyam ke, atau lauk lain, tapi satu menu ni mesti tak boleh tinggal. Apa lagi kalau bukan telur dadar! Garing di luar dan gebu di dalam sememangnya menjadi pembuka selera ketika makan di kedai.
Nak cuba masak kat rumah, tak dapat hasil yang sama kat kedai. Haaa janga give up, boleh tengok resipi step by step nak dapatkan rasa dan tekstur yang sama macam kat kedai. Letsss try!
Bahan-bahan:
Telur
Garam
Serbuk kunyit
Kicap sotong
Pecahkan telur dalam mangkuk dan perasakan dengan garam.
Masukkan sedikit serbuk kunyit.
Kemudian sedikit kicap sotong dan pukul sampai buih jadi halus.
Panaskan minyak. Minyak kena banyak dan betul-betul panas baru tuang dalam kuali.
Biarkan sampai garing dan balikkan.
Siap!
@nurulyaac0b Sebijik rasa mcm kt kedai siam tu 🤭 #minyakurutmodenmmg #MMGFighters #bisnesonline #food #telurdadar @CEOofMinyakUrutModen ♬ Kutukan Mantan – Fhia.
Selamat mencuba!