
Kalau pergi kedai makan siam, order lah sup ke, tomyam ke, atau lauk lain, tapi satu menu ni mesti tak boleh tinggal. Apa lagi kalau bukan telur dadar! Garing di luar dan gebu di dalam sememangnya menjadi pembuka selera ketika makan di kedai.
Nak cuba masak kat rumah, tak dapat hasil yang sama kat kedai. Haaa janga give up, boleh tengok resipi step by step nak dapatkan rasa dan tekstur yang sama macam kat kedai. Letsss try!
Bahan-bahan:
Telur
Garam
Serbuk kunyit
Kicap sotong
Pecahkan telur dalam mangkuk dan perasakan dengan garam.
Masukkan sedikit serbuk kunyit.
Kemudian sedikit kicap sotong dan pukul sampai buih jadi halus.
Panaskan minyak. Minyak kena banyak dan betul-betul panas baru tuang dalam kuali.
Biarkan sampai garing dan balikkan.
Siap!
Watch on TikTok
Selamat mencuba!
Ayam Goreng 65 Tanpa Guna Pewarna, Ni Ramuannya Untuk Nak Nampak Menyelerakan!

Ayam Goreng 65? Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai resipi yang dikongsikan oleh Sheena ini.
Namun hakikatnya ayam goreng 65 ini cukup enak dan biasanya dimasak menggunakan pewarna untuk menampakkan ayam goreng terlihat kemerah-merahan.
Namun, melalui perkongsian resipi daripada Sheena ini cukup menarik perhatian bilamana penyediaan ramuan tidak menggunakan pewarna dan hanya rempah-rempah tertentu dan hasil gorengan ayam memang nampak cukup menyelerakan.
Nak tahu lanjut bahan-bahan yang digunakan, jom semak perkongsian daripadanya.
Hi kwn2… hari ni sy share recipe…
CHICKEN 65 (tanpa pewarna). Biasanya kat kedai warna dia mcm merah2 sikit sbb add food colouring. Kalau nak letak colour blh jugak no problem…
Bahan-bahan:
2 tbsp ginger garlic paste/2sb b.putih n halia kisar
1 tbsp fennel powder/ 1sb serbuk jintan manis
1 n half tbspn coriander powder/ 1 setengah sb serbuk ketumbar
1 teaspn turmeric powder/ 1sk serbuk kunyit
2 tbspn chilli powder/ 2sb serbuk cili
1tbspn kashmiri chilli powder/ 2sb s.cili kashmiri
Salt as needed
Masukkan 2sb tairu/yogurt (saya lupa add)optional)
1sb serbuk lada putih
Mix well
Tutup dgn aliminium foil atau masukkan dlm bekas kedap udara. Simpan dlm peti sejuk. Perap minimum 1jam maximum semalaman. Saya perap 4jam.



Panaskan minyak banyak sikit. Api slow biar minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5min. Apabila minyak betul-betul panas. Masukkan ayam dan naikkan api medium.

Popia Bergedil Rangup Berinti Padat, Bertambah Sedap Bila Digoreng Dengan Salutan Telur!

Menyediakan menu yang digemari oleh seisi keluarga tentunya menjadi keutamaan dalam kita menentukan pilihan hidangan yang ingin dimasak.
Andai kata selama ini anak-anak suka makan bergedil yang dimasak dengan campuran ubi kentang, isi ayam, daun sup, bawang gorengd an bahan lainnya yang apabila digoreng terasa lembut untuk dinikmati, jadi apa kata kali ini anda cuba untuk sediakan menu bergedil yang dibalut dengan kulit popia pula.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bila menyebut tentang kulit popia yang digoreng, tentu ada sudah dapat dapat membayangkan betapa ranggup rasanya dan apabila dijadikan bergedil, tentu sedap bukan?
Apa tidaknya, di luar ranggup dan di dalam lembut. Sesuai sangat untuk dijadikan menu minum petang atau sebagai hidangan untuk mengalas perut yang sedang lapar.
Menyediakannya Popia Bergedil ini bukan susah, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Noraini Othman. Jadi bolehlah dicuba.
Popia Bergedil
Bahan-bahan:
Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut
Daun Sup/bawang dihiris halus
Isi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus
Bawang goreng
Bawang putih digoreng dan ditumbuk
Lada cili / merah ikutla rentak rasa uolls
Cara-Cara:
1) Masukkan bahan-bahan semua tadi dan masukkan lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.
2) Amik kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulungla bergedil bersama kulit popia tadi. (kalau tak lekat letak air di bahagian yang tak melekat)
3) Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng
4) Pukul 3biji telur dalam mangkuk lain dan amik bergedil popia tadi dan celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.
5) Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup
Sumber : Noraini Othman
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jeruk Mangga Rangup Tak Pakai Kapur & Bahan Pengawet. Ibu Boleh Cuba Ni!

Memang tidak dapat disangkal betapa sedap dan nikmat rasaya ketika menggigit jeruk mangga yang rangup. Ditambah pula dengan rasanya yang masam manis membuatkan sesiapapun boleh kecur liur. Malah bukan suatu yang pelik, hanya dengan melihat gambar jeruk mangga sekali pun, sudah boleh membuatkan ada yang terasa teringin dan mengidam.
Andai teringin untuk mencuba menyediakan menu ini ada baiknya teliti perkongsian daripada Zaily ini. Apa yang menariknya, resipi ini tidak menggunakan kapur dan bahan pengawet, pun begitu jeruk kekal rangup dan sedap rasanya.
Bila anda pakar menyediakannya, bolehlah jadikan antara menu istimewa di hari lebaran nanti bagi merai kunjungan sanak saudara dan teman-teman.
“Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup & tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap & tidak mengecewakan. Resepi ni mak sy yang ajar, Terima kasih mak resepi mak semua terbaik!”-Zaily Akhma
Bahan-bahan:
6 biji mangga muda
2 genggam garam
1/2 botol cuka
400gm gula
Cara Buat :
- Buang kulit dan basuh bersih. Kemudian potong mengikut citarasa masing2, sy suka panjang2 macamni
2. Masukkan air paip(air bertapis),separas buah.



