Pergelangan Ada Benjolan Saiz Guli, Jika Dibiarkan Lama Akan Sakit. Wanita Ni Kongsi Pengalaman Prosedur Operation ‘Ganglion Cyst’!

Share

Mungkin ada yang tidak tahu, jika ada benjolan sebesar saiz guli tiba-tiba muncul pada pengelangan tangan ia adalah sejenis ketumbuhan tisu (ganglion). Jika dibiarkan, lama kelamaan akan menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa untuk melakukan aktiviti rutin fizikal pada bahagian pergelangan tangan tersebut.

Jadi cuba anda perhatikan pergelangan tangan anda sekerang. Adakah ada benjolan tersebut? Ini kerana pada peringkat  awal benjolan terjadi, biasanya tidak berasa sakit dan ini menyebabkan ada yang tidak ambil endah perubahan yang berlaku pada bahagian-bahagian tertentu tubuh. Umumnya bukan sahaja di bahagian pergelangan tangan, bahkan mana-mana bahagian sendi seperti siku, buku lali dan sebagainya.

Berkongsi pengalaman daripada seorang wanita ini berkenaan benjolan di bahagian pergelangan tangannya, bolehlah dijadikan rujukan. Sekiranya sebelum ini anda menganggap benjolan yang keluar i

Bismillah,

Biasanya selalu kita dengar cerita, pengalaman bersalin anak pertama, pengalaman bersalin anak kembar, dan lain-lain, kali ni…saya nak cerita lain dari yang lain, pengalaman menjalani pembedahan pembuangan ganglion.

Sebelum mulakan cerita, mesti ada yang tertanya tanya, apa itu ganglion. ok, sila rujuk rajah dibawah.


Definisi
Ganlion ini didefinisinkan sebagai satu penyakit yang disebabkan oleh kebocoran pada pembungkus cecair pada sendi. cecair ini sebenarnya berfungsi melumurkan sendi supaya tidak merosakkan tulang rawan bila berlaku pergerakan pada sendi. Cecair ini kemudian akan membentuk gelembung seperti benjolan yang menolak kulit sehingga ternampaklah di permukaan kulit (ok, ni hasil carian di google)

Definisi yang diterangkan oleh doktor pakar dari Hospital Putrajaya pula…, ganglion ni.., berlaku mungkin disebabkan trauma, atau pernah cedera dikawasan tersebut sehingga menyebabkan ganglion ni.., lebih kurang sama la kan..tapi ganglion ni boleh tumbuh / muncul kat mana-mana tempat yang dia nak..contohnya kat lengan tangan.., siku, dan paling common sekali kat pergelangan tangan.

Macam saya sendiri, saya kena kat pergelangan tangan..(sebab tu saya boleh cerita pasal ganglion ni..hehe)

ok, habis bab definisi. masuk bab nak bercerita. hee

Macamana saya boleh kena?
Tak tau la…macam mana entah.., tapi dulu sebelum kahwin…dah ada dah benda tu..tapi tak sakit, tak menganggu, so takde la amek endah sangat la kan.., pastu tup tup..dia hilang sendiri..agaknya sebab tangan kiri saya ni jenis tak duduk diam..asik nak menggodek benda tu je kan…,

Nak dijadikan cerita…sebelum bulan puasa hari tu dia muncul balik…, tempat yang sama..pergelangan tangan belah kanan. Mula-mula tu tak la sakit sangat. So..bila lepas raya..Agaknya masa raya aktif sangat.., SAKIT…., nak gerakkan tangan one degree ke atas or ke bawah pon punya lah sakit…, last-last husband suruh bandage je tangan tu…,

Esok pagi, jumpa doktor kat tempat keje ni.., PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UPM, doktor bagi surat reffer, saya minta buat ke HOSPITAL PUTRAJAYA, bahagian orthopedik.
cepat, pantas…, dalam masa sebulan lebih je..dah dapat tarikh pembedahan.
warded daycare. Maksudnya, masuk pagi, buat pembedahan, pastu petang balik.
jenis bius, saya mintak local bius je..,sebab bila bius satu badan..semua organ dalam badan berhenti berfungsi sekejap. nak ke..? Padahal nak buang benda tu kat pergelangan tangan je…, so tak payah la ngengada nak ambil bius satu badan.

Masa nak masuk Operation Theatre(OT) , ko jalan kaki je dari daycare ward tu. Pastu dia suruh baring kat katil, then diaorang sorong la ko ke OT, sampai sana, nanti doktor akan pasang ECG, Bleeding Stopper, pastu baru la start bius.

Nama pon bius local kan…sakit la sikit.., lepas dari tu..tak sakit dah..serius..sampai da siap jahit..lepas siap bedah pon…, memang tak sakit pon tempat jahit tu.. cuma akan nampak la jari tu bengkak sikit.., sebab kesan dari luka pembedahan tu kekdahnya…
tapi jangan risau.., sepanjang pembedahan tu..boleh berbual dengan doktor.., tanya lah apa yang ko nak tanya..


Lepas buka bandage…ramai tanya..kenapa tak gam je..? kenapa jahit. ok..jawapan dia.., sebab, bila gam.., pergelangan tangan kita tak terlepas untuk bergerak.., bayangkan bila tengah tido..sekali ko terbengkokkan tangan tu.., bentuk huruf L ke…, tak ke terbuka nanti? Haa..,sebab tu la dia tak gam, dan tak pakai benang yang boleh hadam sendiri..


Ni la dia ganglion yang selamat dikeluarkan…, alhamdulillah…, dah tak sakit lagi tangan.., cuma post-operation ni..kena rajin buat fisioterapi sendiri la kat rumah…contohnya genggam bola yang lembut tu.., pasang butang baju..gerakkan tangan atas bawah.., sampai la ok.

Ha.., btw, korang akan diberi MC seminggu, 3 hari lepas operation, kena buat wound inspection kat mana-mana klinik, cukup 10 hari, benang akan dibuka.

Post ini dibuat sebab dulu sebelum buat operation puas mengoogle pengalaman pembedahan pembuangan ganglion..tapi tak jumpa., so bagi mereka yang sama nasib seperti saya, mungkin cerita ni boleh jadi rujukan pada korang.

Sumber : Blog Opiebamad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club