Mungkin ada yang tidak tahu, jika ada benjolan sebesar saiz guli tiba-tiba muncul pada pengelangan tangan ia adalah sejenis ketumbuhan tisu (ganglion). Jika dibiarkan, lama kelamaan akan menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa untuk melakukan aktiviti rutin fizikal pada bahagian pergelangan tangan tersebut.
Jadi cuba anda perhatikan pergelangan tangan anda sekerang. Adakah ada benjolan tersebut? Ini kerana pada peringkat awal benjolan terjadi, biasanya tidak berasa sakit dan ini menyebabkan ada yang tidak ambil endah perubahan yang berlaku pada bahagian-bahagian tertentu tubuh. Umumnya bukan sahaja di bahagian pergelangan tangan, bahkan mana-mana bahagian sendi seperti siku, buku lali dan sebagainya.
Berkongsi pengalaman daripada seorang wanita ini berkenaan benjolan di bahagian pergelangan tangannya, bolehlah dijadikan rujukan. Sekiranya sebelum ini anda menganggap benjolan yang keluar i
Bismillah,
Biasanya selalu kita dengar cerita, pengalaman bersalin anak pertama, pengalaman bersalin anak kembar, dan lain-lain, kali ni…saya nak cerita lain dari yang lain, pengalaman menjalani pembedahan pembuangan ganglion.
Sebelum mulakan cerita, mesti ada yang tertanya tanya, apa itu ganglion. ok, sila rujuk rajah dibawah.
Definisi
Ganlion ini didefinisinkan sebagai satu penyakit yang disebabkan oleh kebocoran pada pembungkus cecair pada sendi. cecair ini sebenarnya berfungsi melumurkan sendi supaya tidak merosakkan tulang rawan bila berlaku pergerakan pada sendi. Cecair ini kemudian akan membentuk gelembung seperti benjolan yang menolak kulit sehingga ternampaklah di permukaan kulit (ok, ni hasil carian di google)
Ads
Definisi yang diterangkan oleh doktor pakar dari Hospital Putrajaya pula…, ganglion ni.., berlaku mungkin disebabkan trauma, atau pernah cedera dikawasan tersebut sehingga menyebabkan ganglion ni.., lebih kurang sama la kan..tapi ganglion ni boleh tumbuh / muncul kat mana-mana tempat yang dia nak..contohnya kat lengan tangan.., siku, dan paling common sekali kat pergelangan tangan.
Macam saya sendiri, saya kena kat pergelangan tangan..(sebab tu saya boleh cerita pasal ganglion ni..hehe)
ok, habis bab definisi. masuk bab nak bercerita. hee
Macamana saya boleh kena?
Tak tau la…macam mana entah.., tapi dulu sebelum kahwin…dah ada dah benda tu..tapi tak sakit, tak menganggu, so takde la amek endah sangat la kan.., pastu tup tup..dia hilang sendiri..agaknya sebab tangan kiri saya ni jenis tak duduk diam..asik nak menggodek benda tu je kan…,
Nak dijadikan cerita…sebelum bulan puasa hari tu dia muncul balik…, tempat yang sama..pergelangan tangan belah kanan. Mula-mula tu tak la sakit sangat. So..bila lepas raya..Agaknya masa raya aktif sangat.., SAKIT…., nak gerakkan tangan one degree ke atas or ke bawah pon punya lah sakit…, last-last husband suruh bandage je tangan tu…,
Ads
Esok pagi, jumpa doktor kat tempat keje ni.., PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UPM, doktor bagi surat reffer, saya minta buat ke HOSPITAL PUTRAJAYA, bahagian orthopedik.
cepat, pantas…, dalam masa sebulan lebih je..dah dapat tarikh pembedahan.
warded daycare. Maksudnya, masuk pagi, buat pembedahan, pastu petang balik.
jenis bius, saya mintak local bius je..,sebab bila bius satu badan..semua organ dalam badan berhenti berfungsi sekejap. nak ke..? Padahal nak buang benda tu kat pergelangan tangan je…, so tak payah la ngengada nak ambil bius satu badan.
Masa nak masuk Operation Theatre(OT) , ko jalan kaki je dari daycare ward tu. Pastu dia suruh baring kat katil, then diaorang sorong la ko ke OT, sampai sana, nanti doktor akan pasang ECG, Bleeding Stopper, pastu baru la start bius.
Nama pon bius local kan…sakit la sikit.., lepas dari tu..tak sakit dah..serius..sampai da siap jahit..lepas siap bedah pon…, memang tak sakit pon tempat jahit tu.. cuma akan nampak la jari tu bengkak sikit.., sebab kesan dari luka pembedahan tu kekdahnya…
tapi jangan risau.., sepanjang pembedahan tu..boleh berbual dengan doktor.., tanya lah apa yang ko nak tanya..
Lepas buka bandage…ramai tanya..kenapa tak gam je..? kenapa jahit. ok..jawapan dia.., sebab, bila gam.., pergelangan tangan kita tak terlepas untuk bergerak.., bayangkan bila tengah tido..sekali ko terbengkokkan tangan tu.., bentuk huruf L ke…, tak ke terbuka nanti? Haa..,sebab tu la dia tak gam, dan tak pakai benang yang boleh hadam sendiri..
Ads
Ni la dia ganglion yang selamat dikeluarkan…, alhamdulillah…, dah tak sakit lagi tangan.., cuma post-operation ni..kena rajin buat fisioterapi sendiri la kat rumah…contohnya genggam bola yang lembut tu.., pasang butang baju..gerakkan tangan atas bawah.., sampai la ok.
Ha.., btw, korang akan diberi MC seminggu, 3 hari lepas operation, kena buat wound inspection kat mana-mana klinik, cukup 10 hari, benang akan dibuka.
Post ini dibuat sebab dulu sebelum buat operation puas mengoogle pengalaman pembedahan pembuangan ganglion..tapi tak jumpa., so bagi mereka yang sama nasib seperti saya, mungkin cerita ni boleh jadi rujukan pada korang.
Kisah ini cukup menyentuh hati buat sesiapa pun yang membacanya, dikongsikan oleh Danial Hasif yang kebentulan ada di situ.
Kisah yang dimaksudkan ini adalah kisah seorang anak yang sanggup berjalan kaki di highway untuk pulang ke Kelantan demi ingin melihat ayahnya yang sakit. Bukan calang-calang jauhnya, nun hingga Ke Pantai Timur jauhnya. Pasti sesiapa pun tidak sanggup, memandu pun kita sudah berasa letih inikan pula berjalan kaki.
Namun semua itu tidak mematahkan semangat anak ini untuk pulang menziarahi ayah tercinta. Mujur ada insan yang membantu, mengetahui lanjut kisah ini jom baca sepenuhnya.
Assalamualaikum… Hari ni cerita sedih sikit .. Kisahnya hari ni aku ride nk pegi chenor .. Tujuannya nk pegi hantar moto. So aku sruh kawan aku bawak kereta sebijik follow blakang .. Jadi jumpa laa abg ni dekat tol gombak dia jalan kaki ..
Aku masatu tunggu kawan aku yg naik kereta ni kat BHP gombak.. Dia ni org kelantan lah. masa aku tengah tunggu kawan aku tuh dia tengok plat moto aku “D” jadi dia tahu la aku ni pun klantan so xmalu la dia nk tegur kan..
Dia nk pinjam fon nk call bini dia aku bgi laa tapi bini dia xangkat .. Lpastu dia mseg ..
Aku tnya dia nk pegi mana ? Dia ckp nk balik kelantan sbb ayah dia sakit .. Lpastu aku ckp la xkn jalan kaki kot bang? Dia ckp dia tawakal je mana thu boleh tumpang lori/bas yg nk ke kelantan jugk ..
Dia pun mula laa cerita kisah hidup dia ni . Dia dulu maritim . Tapi pencen awal sebb kena santau masa kerja dekat sarawak dulu .. Dia ade tunjuk ic/dengan kat pesara dia kat aku.. Sbb dia takut aku xpercaya ..
Aku ckp kat dia kenpa abe xnaik bas ? Dia ckp duit ada rm2 je sbb baru sebulan duk kl kerja pun xdapat lagi .. Masa dia nk teruskan jalan kaki tu aku sruh dia naik dengan kawan aku . Aku hntar dia sampai bentong je sbb aku nk pegi arah lain . Kami hulur sedikit sumbangan dapatlah buat makan dengan tumpang bas sampai kelantan . Dia ni orang lati pasir mas .. Dalam kita susah ade lagi yang susah ingt tu geng.
Dan setelah beberapa hari posting ini menjadi viral di media sosial, ini pula respon yang diberikan olehnya.
Assalmualaikum , saya nk ucapkan terima kasih kepada semua yng mendoakan saya dan kawan saya secara lansung dan xlansung .. Saya xmintak benda ni viral saya cuma post dalam fb saya sbb cerita abg tu menarik dan tersentuh perasaan itu sahaja ..
Saya bukan buat baik nak menunjuk .. Kebetulan saya di situ .. Apa salahnya kalau saya tolong mana yg saya boleh tolong.. Saya rase ramai masyarakat kita yang sangt prihatin kerana ramai yang mseg/call/messenger bertnya khabar, nak bagi sumbangan, tawaran kerja dan sebagainya ..
Kuasa viral sangat membntu abg tu. Dia dah lama lost contact dengan kawan2 lama dia semasa bertugas sebagai angota maritim . Saya xdan nk reply komen sorang2 tapi insya allah sya baca semuanya ..
Alhamdulillah semua komen baik2 saja walaupun ade segelintir yang kecam saya terima dengan hati terbuka .. Jutaan terima kasih sekali lagi. Hanya allah sahaja yang dapat membalas jasa2 kalian ..
Mungkin ada di antara kita masih berbaki pemberian daging korban yang diterima ketika Hari Raya Aidiladha yang lalu. Tidak tahu menu apa lagi yang ingin dihidangkan untuk keluarga, apa kata kali ini sediakan menu special Nasi Daging Daging.
Oleh itu, bagaimana hendak masak Nasi Daging yang power? Ada petuanya, dan paling penting yang anda perlu tahu, nak masak Nasi Daging memang tersangatlah mudah dan ringkas. Campak-campak saja namun hasilnya memang hebat.
Cuba tip atau petua ini ketika memasak.
Mesti ada rempah 4 sekawan
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.
Stok Air Rebusan Daging
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Daun Pandan & Daun Pudina
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik dalam air asam
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
5 cawan beras
2 sudu makan rempah kurma
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
1 sudu makan marjerin
1 ulas bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 helai daun pandan
1/4 cawan susu cair
10 biji tomato kecil – dipotong dua
Setengah kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan marjerin.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji tomato -dihiris
3 ulas bawang merah -dihiris
3 biji cili padi -dihiris
Sedikit asam jawa
1 sudu makan kerisik
3 batang cili merah *
4 biji cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam dan gula secukup rasa *
CARA MEMASAK:
Tumbuk bahan bertanda * di atas.
Satukan kesemua bahan hiris.
Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
Siap dihidang bersama nasi daging panas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tidak kenal Jep, kucing kacak yang selalu mencuit hati kita dengan gelagatnya saban waktu. Walaupun semakin jarang muncul di facebook kebelakangan ini, namun kelibat Jep sentiasa dinantikan peminatnya.
Jumlah pengikut yang seramai 486 ribu di facebook ini menjadikan kucing berbaka American Shorthair ini cukup digilai dan disayangi pengikutnya hingga kini.
“ Saya akui selepas arwah ibu saya meninggal pada tahun lepas, saya mula memperlahankan aktiviti di media social. Bukan tidak ada tetapi saya kurangkan. Ditambah pula dengan kamera saya jatuh dan pecah teruk. Semua itu buat saya patah semangat dan aktiviti saya semakin perlahan,” kata Azwana yang lebih dikenali sebagai Ummi.
Mengimbau detik mula memiliki Jep, Azwana mengakui dia dan suaminya sudah lama mengimpikan kucing berbulu pendek. Lebih-lebih lagi kucing jenis ini sering muncul pada bungkusan makanan kucing jenama terkenal. Hal ini menambahkan lagi keinginan Azwana untuk memilikinya.
“ Saya dan suami memang selalu mengunjungi sebuah kedai haiwan peliharaan di Temerloh dan ketika itulah kami bertemu empat mata dengan Jep. Awal-awal lagi hati saya sudah berkenan dengannya. Dua tiga kali juga kami pergi dan ternyata rezeki kami memiliki Jep cukup kuat. Bila ada duit lebih sikit saya terus sahaja mengajak suami dan akhirnya kami membelinya dengan harga RM900 ketika itu.
Sejak itu Jep jadi peneman dan kesayangan kami serta tiga anak saya, Ahmad Mujahid, 7 tahun, Ahmad Mukmin 6 tahun dan Rumaisaa, 1 tahun 8 bulan. Tidak lama selepas memelihara Jep, kami terfikir untuk mencari pasangannya. Dan akhirnya kini kami memiliki Kaktop, Mia, Jimmy dan juga Zyra,” kata ibu muda ini lagi.
Jep Rapat Dengan Anak
Kini selepas hampir 5 tahun memeliha Jep, hubungan Jep dengan anak-anak Azwana yang lebih senang dikenali sebagai Ummi Jep ini cukup akrab.
“Alhamdulillah keadaan Jep kini sihat, cuma bulunya tidaklah segebu seperti dahulu kerana saya sering lepaskannya bermain di luar. Lima tahun bersama buat kami lebih mengenali. Perangai Jep hari demi hari makin sweet kerana dia cukup rapat dengan anak ketiga
saya.
“Lepas sahaja waktu subuh pasti Jep akan muncul di sebelah katilnya untuk bermain sama-sama. Malah Jep tersangatlah alert. Kalau panggil m esti dia cepat-cepat datang. Lagi-lagi kalau anak saya yang perempuan menangis, Jep lah paling awal sampai untuk memujuk.
Kehidupan kami dengan Jep dan adik beradiknya yang lain sememangnya cukup indah. Bermula dengan sambutan luar biasa peminat kucing pada Jep ditambah dengan tawaran demi tawaran daripada majlis-majlis sehinggalah menghasilkan buku sendiri ‘Kucing Pun Kacak’, kulit depan majalah dan tak kurang juga Jep sebagai wajah muka depan pembungkus makanan kucing Powercat.
Selepas buku, ada beberapa tawaran rancangan tv, tapi memandangkan kami jauh dari KL dan anak-anak pun sudah bersekolah, agak sukar untuk kami penuhi permintaan. Jadi terpaksalah kami tolak. Apapun semua ini adalah memori cukup indah buat kami,” katanya lagi.
Sumber: Keluarga September 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...