Sememangnya isteri ini hatinya begitu setia dan menyayang suaminya. Apa yang dilakukannya termasuk penampilannya adalah untuk suami.
Malah jika suaminya memuji dirinya, lagi bertambah jiwa bahagianya. Aura itulah yang akan menjadi pengukuh rumahtangga makin sempurna.
Begitulah jika dengan perkongsian ini. Isteri sudah tentunya mahukan pujian ikhlas daripada suami.
Sebak juga bila tengok tudung isteri saya ni. Bila saya fikirkan balik, banyaknya kurang saya ni sebagai suami.
Bila isteri beli tudung dan pakai cantik cantik. Dia tak harapkan lelaki tepi jalan puji dia. Dia tak harapkan lelaki lelaki tempat dia bekerja untuk puji dia. Dia tak harapkan lelaki di luar sana untuk puji dia.
Rupanya yang dia harapkan adalah pujian suaminya sahaja. Saya la tu. Tapi Allahu beratnya mulut saya untuk memuji. Beratnya hati saya untuk memahami.
Padahal pujian seorang suami kepada isteri adalah pujian berpahala. Pujian ni lah yang akan membuatkan hati si dia berbunga bunga. Pujian ni lah yang akan memenuhkan tangki emosinya.
Lebih penting lagi, pujian ni juga yang membuatkan dirinya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Ramai rupanya tak tahu yang si isteri ni kena RASA dirinya cantik di mata suami. Baru lah mereka lebih yakin untuk mencintai suaminya sendiri dengan sepenuh hati.
Terlupa yang rupanya pujian saya kepada isteri, kebaikannya akan kembali balik kepada diri saya sendiri
Kredit: Taufiq Razif