Perempuan Ni Sekali Dia Sayang, Sampai Bila-Bila Sayang. Kau Hitam Ker, Pendek, Gemuk Ke, Kau Lah Suami Dunia Akhirat

Share

Memang wanita begitu. Jika sayang pada suaminya, walaupun perut dah boroi pun tetap disayanginya. Hubungan kasih sayang yang tiada batas waktu. Kasihnya sehingga ke jannah.

Kasih isteri kepada suaminya tiada tandingannya. Malah isteri sanggup terima suami seadanya walaupun bentuk fizikal sudah berubah. Perkongsian oleh Amir Syahir ada benarnya. Ikuti nukilannya ini.

“Nanti kalau saya dah tua kerepot, awak sayang saya lagi tak?”

“Kalau saya gemuk nanti, awak nak saya lagi tak?”

“Kalau saya tak reti masak, awak marah tak?”

Kalau tanya soalan ni masa bercinta, jawapannya semua yang manis-manis belaka kan. Bila dah kahwin, sebaliknya pula.

Kalau isteri dah berkedut sana sini mula la cakap sakit mata tengok. Bila isteri dah gemuk, tak make up, cakap stress tengok muka dan badan yang dah macam badak sumbu.

Dulu masa bercinta cakap tak kisah kalau isteri tak pandai masak. Nanti boleh belajar. Bila isteri lambat masak, kau marah-marah. Masin sikit pun bising. Cakap masak macam nak bagi kucing makan.

Suami kenapa berubah?

Kenapa mudah sangat berubah lepas kahwin? Bila ikatan tu dah halal, segala yang tak elok je kau nampak kat isteri kau. Sebab apa jadi macam tu? Sebab kau tak pernah bersyukur dan redha dengan apa yang Allah bagi kat kau.

Kau tak lihat diri kau sendiri. Kau rasa kau dah cukup sempurna. Padahal, bukan kacak sangat pun. Tak reti bersyukur bila ada yang sudi terima kau sebagai suami.

Dah ada isteri masih sibuk nak cari lain. Kononnya perempuan yang kau jumpa tu lagi baik dari isteri kau, lagi cantik, pandai bergaya. Apa kau lupa? Dulu isteri kau pun macamtu. Sebab tu kau jatuh cinta dengan dia. Tapi bila dah kahwin, dia sibuk uruskan kau, uruskan anak-anak sampai takde masa untuk diri dia sendiri.

Perempuan ni kalau sekali dia sayang, sampai bila-bila dia sayang.

Kau hitam ke, kau pendek ke, kau gemuk ke, kau lah suami dia dunia akhirat. Tapi, sekali kau buat dia benci kau, sampai bila-bila dia akan benci kau. Pandang muka kau pun dia tak nak.

Memang hati itu berbolak balik sifatnya. Tetapi, selagi kau bersyukur dengan apa yang kau ada, redha dengan setiap kelebihan dan kekurangan isteri kau, datanglah yang lebih baik pun, kau tak akan tergugat.

Jangan lupa sentiasa berdoa pada Allah supaya sentiasa tetapkan hati kau untuk isteri kau, dan hati isteri kau untuk kau kerana Allah yang memegang setiap hati manusia.

Bila jumpa yang lebih baik nak ke kau, terus kau berubah hati. Tiada manusia yang sempurna. Kelebihan itu disyukuri dan kekurangan itu dilengkapi. Kah!