Perempuan Ni Satu Je, Kalau Kita Dah Kantoi Menipu, Memang Sampai Kiamat Depa Tak Percaya. Jangan Main-Main, Boleh Jadi ‘Nighmare’ Pada Kaum Lelaki Ni

Share

Rumahku syurgaku. Itu adalah satu ungkapan indah dan manis buat pasangan yang ingin sama-sama membina bahagia. Namun, impian itu takkan berkekalan andai ada salah seorang dari anda tidak jujur dalam perkahwinan. Memang susah untuk diterima dan sangat menyakitkan lebih-lebih lagi oleh orang yang paling kita percayai.

Harga sebuah kemaafan tidaklah boleh sampai memaksa pasangan kita untuk menerima kebohongan kita ‘membabi buta’. Tidak dinafikan, isteri ni ada kelebihan deria keenam dalam merasai apa yang tersirat di hati jika pasangan cuba menipu atau berbohong.

 

Jika anda merasakan bahawa suami anda sedang menyembunyikan sesuatu dari anda, selidik terlebih dahulu. Usaha membabi buta menuduh tanpa usul periksa. Cari punca kenapa ia berlaku dan cari jalan supaya hubungan anda tidak keruh dek kerana masalah tersebut.

Baca perkongsian dari saudara Ariff Ismail mengenai isu ini.


JANGAN TIPU WANITA

” Yang abang balik lambat, p tengok bola dengan member “

Bila kita cakap macam ni, jawapan isteri :

” okay abang, jangan balik lambat sangat “

Jika kita dalam sutuasi ini, nak teruskan dengan niat atau batal kan saja niat kita? Kalau betul nak p tengok bola, teruskan. Kalau nak kelain batal kan saja niat kita tu brother.

Kaum hawa ni, dia ada kelebihan yang kita kaum adam tak ada. Kita kalau buat salah belakang dia, mesti peratusan nak kantoi tu sangat tinggi. Panca indera kaum hawa ni padu, kalah kuasa Thanos.

Cuba kita buat muslihat sikit, kata nak p tengok bola tapi p tengok wayang, paling paling dia dapat kesan lokasi kita. Tak pon dia akan keluar ayat ” tengok bola kat mana tu, bukan musim bola dah habis ke?”.

Ehh macam mana kaum hawa ni boleh tahu, untuk pengetahuan kaum adam sekalian, untuk memastikan kejujuran kita, mereka sanggup google dan kaji semua perkara berkaitan apa yang kita buat.

Hobi kita boleh jadi hobi depa juga. Tapi cuba kita kaum adam ni, kita sukar untuk sama sama kaji hobi mereka. Nak ikut depa buat hobi depa pon kita boleh bagi 1001 alasan. Sebab tu lah kaum hawa ni Super Power bab mencari ketidak jujuran lelaki.

Perempuan ni satu je, kalau kita dah kantoi sekali menipu, memang sampai kiamat lah depa tak percaya dah. Baru jadi “nightmare” kat kaum adam. Mereka ni bukan nak menyibuk, tapi mereka ni bab bab kejujuran ni asas utama.

Lagi satu dengan kaum hawa ni, tak perlu tipu pon, cuba kena guna bahasa dan cara yang betul untuk jelas kan pada mereka. Inshaallah mereka akan faham dan beri kerjasama.

Kesimpulan nya, jujur itu lebih baik dari menipu atau berkata dusta. Kunci kebahagian kita terletak pada kejujuran. Inshaallah cinta Adam Dan Hawa akan mekar ke syurga.

– Ariff Ismail –

#resepikeluarga
#doublefbrothers
#isgteam