Pastinya setiap antara kita yang telah mendirikan rumah tangga mahukan kemanisan hidup yang berpanjangan bersama pasangan dengan dikurniakan rezeki cahaya mata sebagai penyeri dan pengikat kasih sayang.
Namun hidup ini penuh dengan ujian, apa yang diinginkan kadang-kadang tidak berlaku seperti diharapkan. Ada yang bertahun-tahun sudah mendirikan rumah tangga, namun masih lagi belum direzekikan anak dan terus menanti dengan sabar.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Atierah Zulfatie di akaun TikTok, wanita ini menceritakan bahawa dia mendapat satu soalan yang agak sensitif mengenai cahaya mata ketika dia membuat sesi Live di Instagram.
Dia yang turut dikenali sebagai Bebytoratora sering memuatnaik video review makanan.
Namun ketika satu sesi live tersebut, hatinya cukup tersentuh bila diajukan soalan yang cukup sensetif berkaitan anak.
Dilihat Atierah seperti sudah tidak dapat menahan kesedihannya lalu menangis semasa menjawab soalan berkenaan.
Ujarnya lagi, ada yang mempertikai fizikalnya yang dikatakan gemuk menjadi punca masih belum mempunyai anak. Wanita berkenaan turut menyarankan siapa yang tidak suka dengannya boleh lah unfollow daripada mengatakan sesuatu yang menyakitkan hatinya.
Ujarnya lagi, dia tidak mampu untuk puaskan hati orang lain dan hanya mampu untuk menjadi diri sendiri dan mencari rezeki yang halal untuk menolong keluarganya dan tidak mengganggu kehidupan orang lain.
Ads
Video ini mendapat lebih 45.4 ribu tanda suka dan ditonton oleh 447 ribu tontonan.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar bebytoratora dikuriniakan zuriat dan terus sabar dengan ujian. Bahkan ada juga yang turut berkongsi pengalaman memberi motivasi kepada bebytoratora.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Berkenalan sejak dibangku sekolah lagi, pasangan ini membuktikan tiada istilah cinta monyet. Jodoh yang kuat membawa mereka ke jenjang pelamin. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.
Menelusuri relung hati insan seni bernama Mohd Razlan Mohamed Yusof atau sinonim dengan panggilan Lan Solo mengakui dia dan isteri, Nur Sheila Hassim atau mesra disapa Sheila Razlan yang saling memahami dan sama-sama bekerja keras. Itu yang mengutuhkan kubu rumah tangga mereka sehingga kini.
“Selain menjadi suri dalam hidup saya, Sheila juga merupakan pengurus bagi kerjaya saya. Tak dinafikan, pengorbanan Sheila cukup besar untuk rumah tangga kami. Dia terpaksa melebihkan saya dibandingkan dengan anak-anak. Ada masanya dia terpaksa melepaskan anak-anak pada famili bagi menguruskan saya.
“Baik dalam rumah tangga mahupun kerjaya, kami berdua sama-sama bertatih dari bawah untuk menjadi seperti sekarang. Syukur kerana segala pengorbanan isteri berbaloi. Alhamdulillah, walaupun kini bergelar penyanyi solo namun tawaran tidak putus-putus. Inilah dinamakan rezeki anak-anak.
“Rezeki bila berkeluarga tu berbeza sangat-sangat berbanding saya waktu bujang dulu, kerana itu saya berasa sangat bersyukur. Saya selalu minta pendapat, berkongsi segala masalah saya bersama isteri saya dan dia sentiasa sokong saya susah senang saya dan bila kita usaha InsyaAllah kita akan dapat hasilnya itu nanti,” jelas Lan Solo lagi yang bakal berkolaborasi dalam satu projek bersama bekas anggota asal Kumpulan Kristal tidak lama lagi.
Tambah Lan lagi, dia percaya pada rezeki dan beruntung dapat isteri yang boleh berkerjasama menguruskan kerjaya.
“Alhamdulillah kami sama-sama sentiasa berusaha tanpa rasa putus asa. Sheila sentiasa ada bersama saya ketika jatuh bangun dalam karier sebagai anak seni. Sheila bukan sahaja pengurus yang memahami, malah ibu dan isteri yang bertanggung jawab.
Bawa isteri mengerjakan umrah
Sibuk macam mana pun dengan urusan kerjaya saya, dia masih sempat ‘curi masa’ urusan hal didikan anak-anak. Senang kata, dia boleh berfikir benda lain dalam masa yang sama, sedangkan saya tak mampu berbuat demikian.
“Dalam membesarkan anak-anak, tak dinafikan Sheila lebih tegas saya pula jenis jarang bersuara. Tetapi sekali bersuara anak-anak takut. Memandangkan saya sibuk ke sana ke mari, jadi kalau ada masa terluang, hal anak-anak saya yang uruskan termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah. Inilah saja ruang yang ada untuk menikmati momen sebagai seorang ayah,” ujar Lan yang bakal membawa isteri kesayangannya ini mengerjakan umrah tak lama lagi.
Dari me time jadi our time
Melihatkan kesibukan sebagai pengurus dan juga isteri, penulis sempat menitipkan soalan sama ada Sheila ada ‘me time’ untuk melakukan aktiviti yang digemarinya.
“Sejak kahwin sedekad lepas, saya tak pernah ada me time. Sebab saya hanya ada Lan sebagai kawan. Kekok kalau dia tak ada. Kalau pergi meeting yang dia tak ada pun misalnya, saya akan wattsapp atau voice note untuk dia sama-sama bagi keputusan. Bukan saja saya, malah Lan pun tak pernah ada me time dia. Jadi me time adalah masa kami berdua. So jadi la our time,” seloroh Sheila lagi.
Jelas Sheila, kesibukan menguruskan kerjaya Lan tidak membuatkan dia mengabaikan tanggung jawab kepada rumah tangga dan anak-anak terutamanya.
“Kalau tak ada urusan,memang saya sepenuhnya bersama anak-anak. Apabila anak-anak masuk tidur dan siapkan kerja rumah, baru saya sambung balas wattsapp atau apa sahaja pasal kerja.
“Saya dan Lan sangat mementingkan komunikasi dan sentiasa berbincang. Jadikan pasangan keutamaan dalam apa jua situasi. Elakkan berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja waima famili sendiri. Dugaan itu yang mengeratkan hubungan. Orang luar tak tidur sebantal dengan kita. Mereka tidak tahu apa, jadi kita tak perlukan orang luar untuk mencorakkan rumah tangga kita,” tegas Sheila lagi.
Lan sensitif tentang anak-anak
Pasangan ini juga pernah diuji ketika Sheila mengandungkan anak keempat apabila bayi tersebut dikatakan mempunyai masalah.
“Apabila xandra disahkan sumbing (klef), saya macam hilang upaya. Saya takut Xandra tak diterima. Jadi,saya korbankan masa kerja untuk bagi sepenuh perhatian pada bayi kami ni berbanding Lan dan anak-anak yang lain. Mujurlah masing-masing memahami dan Lan juga banyak membantu.
“Lan sebenarnya seorang yang sangat sensitif bila bercakap perihal anak. Bukan hanya perihal Xandra, malah hal kakak-kakak dan abang Xandra juga. Dia gigih belajar cara yang betul untuk susukan Xandra supaya Xandra dapat rasa sama seperti yang lain-lain.
“Malah, Lan juga bersengkang mata untuk 30 hari yang pertama untuk belajar apa jua perkara baru tentang Xandra. Bancuh susu, tukar lampin sehingga bila Xandra selsema, Lan belajar untuk sedut hingusnya,” ungkap Sheila lagi.
Lelaki lindungan kaabah
Ditanya mengenai kes kecurangan yang berlaku dalam rumah tangga selebriti sehingga membawa kepada penceraian, jelas Sheila sebagai isteri dia hanya mampu menjaga diri sendiri untuk pandangan suami.
“Selagi namanya lelaki, selagi tu la nafsu dia ada kat mana-mana. Jadi kes sondol menyondol ini bergantung kepada si suami itu sendiri. Setia atau tidak, nampak macam lelaki lindungan kaabah. Tapi apabila orang perempuan melintas pun, menjeling jugak! Fitrah lelaki kan,” ulas Sheila lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penangan Filem Munafik bukan hanya kepada kaki wayang sahaja, malah ramai selebriti yang tidak ketinggalan untuk menonton filem arahan Syamsul Yusoff ini.
Termasuklah juga Datin Seri Shahida yang berkongsi hal tersebut di laman instagramnya baru-baru ini.
Tampil cukup santai dan ringkas dengan jaket dan tudung sarung siap, isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri ini ditemani 3 anaknya.
Di dalam perkongsian tersebut, Datin Seri Shahida sempat berseloroh mengenai penampilannya yang memakai baju tidur memandangkan panggung wayang tersebut berdekatan dengannya.
“Pakai baju tidur, kemudian sarung sahaja jaket. Senang kan balik terus tidur,jangan pelik ada 3 calor brown,kelabu dan pink.
Dalam pada itu, Datin Seri Shahida jujur mengakui cerita tersebut amat menyentuh hatinya. Bukan sahaja beliau, bahkan anak-anak turut menangis.
“Saya jarang tengok filem melayu dan jarang juga tengok wayang kecuali bawa anak-anak tengok cerita kartun. Sejujurnya filem ni sangat menyentuh hati saya,setiap lontaran kata amat memberi makna.
“Saya belajar hari ni daripada skrip yang terus menusuk ke hati ‘Allah izin belum tentu Allah Redha’…’Hidayah takkan datang kalau tidak dicari’.
“Saya menangis menonton bukan kerana sedih dengan jalan ceritanya tapi kerana rasa berdosanya saya selama ini kerana tidak menjadi hamba yg baik dan cinta kepadanya. Anak-anak saya turut menangis bersama.
Sungguh beruntung ibu dan ayah bila mana berjaya melahirkan anak-anak yang soleh dan menjadi huffaf alquran. Tentunya kemuliaan ini adalah sebaik-baik pemberian daripada Allah buat ibu dan ayah sama ada di dunia mahupun di syurga kelak.
Dan atas rasa syukur dianugerahkan anak-anak yang mencintai Al quran, Puan Roslin berkongsi apa yang dirasakannya bila mana mengimbau kenangan 10 tahun lalu. Menurutnya, dahulu dia sering membawa anak-anaknya ke masjid, dan hari ini anak kecil itu menjadi imam kepadanya dan telah pun hafal 15 juzuk Al Quran. Subhanallah!
Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Sejurus selesai solat maghrib malam tadi, mata saya seolah-olah berkaca. Sebagaimana biasa, Jad mengambil alih tugas imam di rumah apabila ayahnya bertugas di luar. Pada malam tadi, Jad telah memilih untuk membaca surah Al-Mulk.
Semasa di rakaat pertama, bacaan Jad tersilap sedikit. Alhamdulillah adiknya Umar terus membantu, menyambung sedikit ayat tersebut. Sebaknya rasa hati! Terlampau banyak pemberianNya kepada diriku. Rasa syukur. Tapi saya juga rasa malu. Malu di atas kekurangan pada diri saya, kekurangan pada ibadah saya, kekurangan pada ketaqwaan saya. Malu.
Surah Al-Mulk adalah di antara surah kegemaran saya. Jiwa saya mudah tersentuh apabila mendengar bacaan surah ini. Bacaan Surah Al-Mulk oleh Sheikh Mishary Rashid yang sungguh mendayu adalah di antara bacaan surah yang mula-mula menarik balik minat saya kepada Al-Quran setelah bertahun-tahun meninggalkannya.
Sepuluh tahun lepas, saya telah nekad untuk berhenti bekerja sepenuh masa. Akhirnya, saya dapat pergi ke masjid sepanjang Ramadan bersama seluruh keluarga. Bertahun-tahun saya sibuk dengan tugas di klinik sehinggakan nak pergi solat tarawih di masjid pun tidak mampu. Padahal surau hanya terletak di seberang jalan. Begitulah kesibukan dunia melalaikan saya.
Sepuluh tahun lepas, saya menangis kerana terlampau gembira dapat bersolat tarawih di masjid bersama dengan anak-anak. Merdu sungguh bacaan imam hafiz di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Saya lantas berdoa agar anak-anak saya nanti dapat menghafaz dan membaca Al-Quran semerdu imam tersebut.
Sepuluh tahun telah berlalu. Solat maghrib malam Ramadan yang pertama, saya tidak dapat menahan sebak. Ma shaa’ Allah! Anak kecil yang sering saya bawa bersama ke masjid kini sudah meningkat remaja. Saya dambakan seorang imam hafiz, sungguh saya tidak menyangka begitu cepat Allah makbulkan doa saya! SubhanAllah. Walaupun Jad baru sahaja menghafaz 15 juzuk, saya tetap bersyukur. Mudah-mudahan Allah murahkan rezekinya untuk menghabiskan hafazan 30 juzuk tidak lama lagi, aamiin.
Bulan Ramadan ini bulan yang penuh keberkatan, Ramadan Mubarak, Ramadan Kareem! Marilah kita sama-sama menadah tangan kepadaNya. Pohonlah keampunan dan panjatkanlah doa. Jangan kita sia-siakan walaupun sesaat bulan Ramadan yang penuh berkat ini.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.