Perdana Menteri Umum Tol Percuma, Diskaun Tol Hingga 50% Untuk Balik Kampung Raya Ni, Warganet Luah Rasa Syukur

Share

Pihak Kerajaan hari ini mengumumkan khabar gembira apabila bersetuju memberikan tol percuma serta diskaun tol kepada rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilakukan selepas sesi rundingan bersama-sama dengan 30 buah syarikat konsesi lebuh raya.

“Tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta. Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.

“Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuh Raya Utara – Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, ia akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11:59 malam 1 Mei (Ahad) bagi semua jenis kelas kenderaan.

Dalam pada itu, pemberian tol percuma di kedua-dua lebuh raya berkenaan bagi perjalanan pulang ke kediaman masing-masing juga akan diberikan.

Bagi perjalanan pulang, ia akan bermula pada pukul 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) sehingga 11:59 malam 8 Mei (Ahad) bagi semua jenis kelas kenderaan.

“Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua jenis kelas kenderaan,” tambahnya dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, Ismail berharap agar pemberian tol percuma dan diskaun tersebut akan dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama orang-orang tersayang.

“Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini.

“(Ia juga) bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini,” tambahnya lagi.

Senarai lebuh raya yang terlibat dengan pemberian diskaun serta bayaran percuma.

Sumber:


ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak

ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club