Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri akhirnya pulang ke kampung halamannya di Johor selepas seminggu tiba di tanah air menerusi
Dia yang pulang menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LTIB) turut ditemani suami tersayang, Alexander Charles.
Lebih mengujakan, kepulangan Dr Amalina disambut ibu tercinta di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Johor Bahru.
Pertemuan ibu dan anak itu dikongsikan menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping gambar bersama ibunya di meja makan dengan pelbagai juadah.
Dalam pada itu, dua biji kek Happy Birthday dan Happy Anniversary yang dihidangkan di meja menjadi perhatian wargamaya.
Menerusi perkongsian bersama mStar, Sabariah Hassan, 61, mengucapkan rasa syukur dan gembira kerana akhirnya dipertemukan dengan anak tunggalnya selepas lebih dua tahun terpisah berikutan sekatan perjalanan akibat pandemik Covid-19.
“Sudah tentu saya seronok akhirnya dapat juga bertemu depan mata, peluk cium anak sendiri. Alhamdulillah di atas kesempatan yang diberikan, bersyukur sangat.
“Pelbagai juadah bersama dua kek, blueberry cheesecake dan biscoff cheesecake itu saya buat sendiri untuk kejutan buat Amalina.
“Benar, Amalina sebelum ini ada request minta saya masak macam-macam tapi bukan dua kek tu. Itu yang Amalina sendiri terkejut sebab tak sangka,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Menurut Sabariah lagi, kek harijadi itu dibuat sempena ulang tahun Dr Amalina ke-34 pada 7 Disember 2021.
“Amalina baru balik, jadi saya sambut birthday dia dengan blueberry cheesecake. Kek biscoff cheesecake pula saya buat sempena ulang tahun perkahwinan Amalina pada 31 Mac ni.
“Amalina nak balik semula ke London dah, jadi saya sambut lebih awal anniversary dia, termasuk birthday. Tak rancang pun pada awalnya, saya spontan buat kejutan,” katanya.
Menurut pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram di Johor itu, percutian singkat anaknya di Johor dihabiskan sebaik-baiknya.
“Seperti yang Amalina request, setiap hari saya masak macam-macam termasuk nasi carrot dan ayam masak merah serta menu barat iaitu chicken lasagna,” katanya yang turut menyediakan nasi minyak, nasi beriani dan nasi hujan panas sepanjang kepulangan anaknya.
Bukan itu sahaja,mereka bercuti bersama yang turut disertai menantunya yang lebih mesra disapa Alex di Desaru baru-baru ini.
Ads
“Alhamdulillah, percutian singkat tapi amat bermakna buat saya dan Amalina. Saya dan Amalina sangat gembira.
“Amalina tak sangka inisiatif kerajaan menerusi program gelembung pelancongan memudahkannya dan suami yang merupakan warga asing pulang ke Malaysia,” katanya.
Baru-baru ini penyanyi, Aril Pilus ada memuat naik video kejutan yang dibuat oleh isterinya bahawa mereka akan menimang cahaya mata kedua setelah 8 tahun. Namun, dalam mengumumkan berita gembira isterinya sedang hamil enam minggu itu, mereka terpaksa akur bahawa terpaksa menjalani pembedahan buang rahim berikutan ketumbuhan fibroid.
Memetik laporan Harian Metro, Aril dan isteri reda dengan ketentuan Allah SWT dan akur apabila dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Anak dalam kandungan sihat, Alhamdulillah selepas lapan tahun, kami dikurniakan cahaya mata. Cuma, kali ini kami diuji apabila isteri disahkan mempunyai fibroid.
“Menurut doktor, isteri perlu menjalani pembedahan berikutan dia mempunyai fibroid di luar dan dalam rahimnya. Sebelum ini kami tak tahu, rupanya sudah enam tahun dia mempunyai fibroid.
“Kami seperti memandang remeh kerana masing-masing sibuk bekerja. Dalam tempoh Perintah Pergerakan Pergerakan (PKP) yang lalu untuk berbincang mengenai perkara ini.
“Selepas berjumpa doktor di Kota Bharu, Kelantan, baru kami tahu tapi fibroid itu tak boleh buang, kena mengandung dulu dan kemudiannya ia akan dibuang sekali dengan rahim isterinya saya ketika dia melahirkan anak,” katanya.
Tambah Aril, isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin akur sekiranya kelahiran anaknya kali ini adalah yang terakhir buat mereka.
“Saya tak boleh nak kata apa, sebab sudah dikurniakan anak ini pun saya sangat bersyukur. Saya tak boleh lawan takdir dan juga nak tentukan qada qadar.
“Bila ada pakar menasihatkan apa yang perlu dan tidak, kami ikut saja sebab kalau tak ikut risau ia akan memudaratkan. Jadi nasihat dari pakar kita terima dan kita akur apa yang sudah terjadi dan akan terjadi.
“Saya pun tidak mahu menyentuh sensitiviti, bukan kita ego tapi tak mahu sentuh takut jadi kemurungan. Sebab kita pun sudah hadapi PKP selama dua tahun, jadi saya tak mahu tambahkan tertekan. Saya letak tepi tekanan itu dan bersyukur dengan apa yang ada” tambahnya.
Terdahulu, Puteri dilihat membuat kejutan buat Aril dan memberitahu bahawa dia sedang hamil.
Suri hati kepada pengarah terkenal, Syafiq Yusof iaitu Aisyeah Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 8.18 pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Syafiq sendiri di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping gambar wajah anak lelaki pertamanya.
Syafiq yang juga anak kepada Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan zuriat itu selain memperkenal nama bayinya sebagai Muhamad Nu’Aiman.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Anak ketiga, lelaki pertama. Muhamad Nu’Aiman bin Muhamad Syafiq,” tulis pengarah drama bersiri Special Force: Anarchy itu yang juga adik kepada Syamsul Yusof.
Meninjau di ruangan komen, ibunya juga turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran cucu kelapannya itu.
Selain itu, rakan artis dan mengikutnya turut tumpang gembira serta meninggalkan ucapan tahniah.
Untuk rekod, Syafiq yang juga anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam serta isterinya mendirikan rumah tangga pada 5 April 2014 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah, 7, dan Nuur Nusaybah, 5.
Ibu-ibu Cubalah Baca Doa Ini Bila Ada Rasa Kecil Hati, Marah Pada Anak-anak
Ibu terasa hati dengan anak? Anak terasa hati dengan ibu? Persoalannya bolehkah seorang anak memusuhi ibunya? Ini perkongsian penuh makna dari Ustazah Norhafizah Musa. Semoga dapat dijadikan panduan bersama.
“Kita sebagai anak jangan sesekali bermusuh. Saya berpegang kaedah ini. Kadang-kadang sebagai ibu, sebagai anak, kita mudah berasa hati. Ada mak cepat terasa hati dengan anak, ada anak berasa hati dengan mak. Tapi jangan dibiarkan. Jangan dibiarkan larut dalam rasa sakit, rasa terluka.
“Kadang-kadang suami terluka dengan isteri. Isteri terluka dengan suami. Bagi ustazah ia adalah perasaan-perasaan yang akan menjerat, yang akan menyempitkan kehidupan kita. Jadi apa kita nak buat? Kita keluar daripada perasaan itu. Kita jangan layan. Dunia ini luas. Banyak lagi tempat yang kita boleh pandang, sudut pandang yang kita boleh pandang.
Perasaan itu sebenarnya tidak baik untuk anak dan juga ibu. Maka sebab itulah perasaan itu harus dibuang jauh-jauh.
“Jadi caranya macam mana? Amalkan doa ini.
Allahummagh firlana warhamna watub alaina. Maksudnya: Ya Allah. Ampunkanlah kami. Kasihanilah kami. Dan terimalah taubat kami.
“Senang. Minta ampun terus. Untuk kita dan anak kita. Untuk kita dengan orang yang kita terluka. Sebab dia pun buat salah, kita pun buat salah. Dan kasihanilah kami, kasihanilah dia kerana dia telah menyakitkan hati saya. Kasihanilah sebab saya terasa hati dengan dia.
“Kita sama-sama perlu dikasihani oleh Allah. (Watubalaina) dan terimalah taubat kami. Bukan maksud terima taubat, tetapi maksud terima taubat ini adalah kita berharap agar Allah memperbaiki diri kita semula. Anak kita sakitkan hati kita, mudah-mudahan Allah baiki dia. Kita sakitkan hati suami kita, mudah-mudahan Allah perbaiki kita.
“Jadi bila kita baca doa ini, alhamdulillah, tidak panjang, tidak melarat-larat, kecil hati sampai hendak bermusuh. Cepat ingat pada Allah. Amalkan doa ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...