Setiap kali pengunjung melakukan pengembaraan di sini, itu bermakna satu pengalaman luar biasa dan meriangkan akan dirasai oleh semua pengunjung Lost World Of Tambun (LWOT).
Lihat sahaja lanskap alam semulajadi yang terbentang luas menghiasi pemandangan taman tema, disempurnakan pula dengan berlatarkan hutan tropika yang hijau merimbun, persekitaran gua batu kapur yang menakjubkan berdiri megah sejak 400 tahun lalu, dan semua itu menjadi antara tarikan yang menyuntik rasa keterujaan bukan sahaja untuk anak-anak malah kita sebagai orang dewasa.
[Best_Wordpress_Gallery id=”22″]
#Keluargagader@Raya Sedondon
Raya Sedondon
Amalan rumah terbuka Aidilfitri sudah menjadi tradisi untuk sambutan perayaan di negara ini. Menyedari akan kepentingan amalan rumah terbuka atau sinonim dengan panggilan open house, Majalah Keluarga meraikannya dengan suasana meriah pada tanggal 22 Jun 2019 menerusi program #Keluargagader dengan penaja bersama Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia). Majlis yang diadakan di Bizmilla Garden Hall One City, Subang Jaya, Selangor mengalu-alukan kehadiran Timbalan Yang Dipertua Kasih Malaysia, Datin Seri Shamsidar Taharin.
[Best_Wordpress_Gallery id=”8″ gal_title=”SEDONDON BERSAMA 2018″]
Himpunan Maya ‘Saya Anak Malaysia’ Semarak Semangat Patriotisme Di Kalangan Kanak-Kanak.
Merdeka! Merdeka! Merdeka. Teriakan suara penuh semangat sering dilafazkan setiap kali negara menyambut kemerdekaan. Namun sejauh mana perasaan kita apabila perkataan merdeka ini disebut atau dilafazkan?
Majalah Keluarga cakna mengenai semangat patriotisme yang juga perlu dipupuk sejak kecil bagi menanamkan perasaan cinta kepada negara telah mengadakan Virtual Himpunan ‘Saya Anak Malaysia’ sempena meraikan bulan kemerdekaan,
Pertandiangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan lebih 100 orang kanak-kanak sejak tarikh penyertaan dibuka bermula 1 Julai hingga 15 Ogos 2021 lalu.
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori A bagi usia 4 hingga 6 tahun dan dan Kategori B usia 7 hingga 12 tahun. Para peserta dikehendaki menghantar gambar, video ((pantun, nyanyi dan lakonan) atau karangan apa sahaja yang menunjukkan “Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia”.
Pertandingan ini juga turut mendapat penglibatan daripada kanak-kanak beberapa buah tadika termasuk Tadika Integrasi Genius Khalifah Jln Kebun, Tadika Amazing Seed, Brainy Bunch Bandar Puteri Klang dan SK Sik Kedah.
Berikut video pengumuman pemenang pertandingan berkenaan.
Tahniah kepada pemenang
Kategori A (Umur 4-6 tahun)
Juara: Mohammad Aref Addin Bin Mohd Amiruddin
Naib Juara: Hayfaa Kamelia Binti Mohammd Kamal Afzan
Ketiga: Muhammad Khalil Faiq Bin Mohd Khushairi
Kategori (Umur 7-12 tahun)
Juara: Nurul Qiesrawiyah Binti Hasbullah
Naib Juara: Nur Amni Damia Binti Muhammad Noor Khairuddin
Ketiga: Nur Zafirah Eryna Binti Mohd Shahrizan Sham
Juara memenangi hadiah wang tunai RM500, hamper serta tropi dan E-Sijil. Manakala naib juara memenangi wang tunai berjumlah RM300 dan tempat ketiga berjumlah RM200. Masing-masing membawa turut membawa pulang tropi dan E-Sijil. Bagi peserta yang tidak berjaya turut diberikan E-Sijil sebagai penghargaan menyertai pertandingan ini.
Tahniah kepada yang berjaya!
Desaru Coast Adventure Waterpark Dibuka! Patuhi Semua SOP.
Tentu ada yang dah rindu nak main air kan? Apa lagi, jom ke Desaru Coast Adventure Waterpark. Lokasi pula strategik. Memang tempat riang ria untuk membawa keluarga bersantai di sini.
Selepas ditutup sejak 18 Mac susulan pandemik COVID-19, Desaru Coast Adventure Waterpark telah membuka semula pintunya pada 9 Julai dengan menyediakan pelbagai tawaran istimewa kepada pengunjungnya.
Menurut Pengurus Besarnya, Shahrul Nizar Ahmad, menjelaskan bahawa Desaru Coast Adventure Waterpark tetap berwaspada walaupun jumlah covid-19 aktif telah menurun di negara ini.
Melalui kenyataan media, taman ini bakal menawarkan harga yang sangat rendah kepada pemegang Mykad yang sah sebagai sebahagian daripada penghargaan kepada rakyat Malaysia.
Utamakan keselamatan
Namun dengan normal baharu ini, pihaknya tetap mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk semua pengunjung dan pekerja bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan terjamin.
Kapasiti maksimum harian turut dikurangkan kepada 1,500 sahaja daripada 5000 pengunjung sebelum ini bagi memudahkan SOP dipatuhi.
Sementara itu, tahap kualiti air dan klorin di semua kawasan taman tema akan dijaga dengan ketat dengan pemeriksaan dilakukan setiap dua jam.
Semua pekerja dan pengunjung juga digalakkan memakai topeng muka ketika tidak berada di dalam air. Untuk kemudahan pengunjung, topeng muka akan dijual di tempat-tempat strategik di seluruh taman ini.
Inilah masanya! Jom ke sini.