“Beberapa kali menghubungi Shazwani dan Farhan namun tidak berjawab sehingga kami membuat keputusan untuk patah balik.” ujar kakak arwah Shazwani Ismail dan Farhan Ismail,41 tahun.
Lemah seluruh anggota badan apabila ahli keluarga terlibat kemalangan dihadapan mata.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu empat sekeluarga, Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35, dan Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 18 maut di lokasi kejadian dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing, hari ini.
Menurut kakak arwah Shazwani beriya-iya nak bercuti ke Cameron Highlands hari ini.
“Kata arwah kalau minggu depan orang ramai sebab cuti umum,” kata Najdiah.
Kejadian berlaku apabila sebuah lori dari arah Cameron Highlands terbabas dan merempuh kereta Perodua Myvi yang dinaiki keluarga terbabit.
Ads
Menurut Najdiah, sebelum kejadian mereka dengan tiga kenderaan berkonvoi ke Tanah Tinggi Cameron Highlands untuk bercuti dan akan pulang esok.
Katanya, dia menyedari kejadian yang menimpa adiknya selepas berpatah balik apabila tidak dapat menghubungi ahli keluarganya yang menaiki kereta berkenaan.
“Apabila sampai di R&R Lojing kami sempat berhenti rehat dan kereta yang dinaiki arwah bersama adik (Farhana) berada di belakang sekali.
“Beberapa kali kami menghubungi Shazwani dan Farhana namun tidak berjawab sehinggalah kami membuat keputusan untuk berpatah balik.
Ads
“Sebaik tiba di lokasi kami nampak ada serpihan kereta milik Farhana, luluh hati kami apabila polis memaklumkan keretanya jatuh ke dalam gaung,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gua Musang, di sini, hari ini.
Najdiah berkata, mereka bertolak dari Kampung Payang Kayu, Kuala Berang, Terengganu kira-kira jam 8 pagi dan akan bermalam di Tanah Tinggi Cameron Highlands.
Katanya, arwah adiknya Farhana belum berkahwin, manakala Shazwani mempunyai tiga anak termasuk Muhammad Fakrul Danish yang turut maut dalam kemalangan itu.
Menurutnya, anak bongsunya Nur Anis Zahra Nazihah, 12, menaiki kereta ibu saudara yang turut serta dalam konvoi terbabit, manakala Nur Jihan Irdina, 13, tidak mengikuti percutian keluarga itu kerana berada di asrama.
Ads
Terdahulu media melaporkan lima maut termasuk tiga lelaki dan dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing.
Lima yang maut ialah Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35; Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20; kesemuanya menaiki kereta Perodua Myvi dan pemandu lori G.Mageswara, 53.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 1.25 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.
“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas.
“Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian video pelakon Saharul Ridzwan bersama dua anaknya, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra sedang berselawat sambil memegang kompang menarik perhatian.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kepandaian dan kesungguhan Ali dan Fateema yang menghabiskan selawat tersebut.
Gelagat mereka sangat mencuri tumpuan ramai. Bukan sahaja comel malah cara didikan Saharul dan isterinya juga mendapat pujian yang mendidik anak mendalami agama sedari kecil lagi.
Di ruangan komen, ramai yang menjadikan Saharul dan isteri sebagai inspirasi dalam mendidik anak-anak dan istiqamah. Ramai juga yang memuji sifat rendah diri pelakon ini.
naidahjunaidah
Assalamualaikum slmt mlm subhanallah walhamdulillah comel mereka jadi ank² s soleh dan solehah Amin ya rabbal alamin☺️☺️
Ainkening I CintaBundle
Siap goyang2 kepala tu😂 Dah la comeyyyy😍
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mereka berjaya. Namun tak semua anak-anak akan dapat memenuhinya.
Mungkin mereka tidak dapat membanggakan ibu bapa dalam bidang pelajaran, tetapi kelebohan mereka pada bidang yang lain.
Setiap dari anak-anak ada keistimewaannya dan tidak harus diperbandingkan.
Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian dari seorang pemuda lepasan SPM ini di Tik Tok apabila mendapat keputusan kurang memberangsangkan.
Walaupun tidak memperoleh apa yang yang diharapkan, reaksi si ibu tetap meraikan remaja tersebut dan berbangga dengan anaknya itu.
“Maaf ibu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tak cemerlang seperti orang lain,” kata remaja itu di ruangan kapsyen videonya.
Berdasarkan slip keputusan SPM yang dikepilkan, remaja tersebut gagal mendapat gred A dalam sebarang mata pelajaran.
Turut disertakan dalam perkongsian itu adalah sepucuk surat tulisan tangan bersama wang tunai RM100 diberikan si ibu kepada anaknya itu sebagai sokongan moral.
“Assalamualaikum. Kepada anak mak, tahniah mak ucapkan kerana dapat keputusan SPM yang baik. Nanti sambung belajar ya anak. Sambung belajar untuk masa depan.
“Mak dan ayah nak tengok abang berjaya dunia dan akhirat. Abang adalah satu-satunya harapan kami.
“Nanti pergi Kuala Lumpur buat kerja baik-baik ya. Jaga anak maksu. Kalau rasa tak boleh jaga, balik semula kampung.
“Mak sebenarnya berat nak lepaskan abang pergi kerja jauh-jauh tapi tak apa, mak doakan semoga Allah sentiasa lindungi anak mak ni,” tulis ibu itu kepada anaknya.
Surat tersebut juga dilihat basah dengan titisan air mata daripada remaja yang membacanya itu.
“Mak tak dapat nak bagi hadiah besar-besar dekat abang. Ini mak bagi RM100 untuk hadiah SPM abang. Mak tak dapat bagi banyak sebab mak bukanlah kerja pangkat tinggi.
“Abang ada cakap nak beli barang-barang abang yang tak cukup. Abang ambil la duit ni pergi beli es
ok.
“Mak sayangkan abang,” ujar ibu itu menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengatakan mereka menginginkan untuk mempunyai seorang ibu yang tahu untuk menghargai usaha anak.
“Syukur bang, saya dapat banyak A pun masih nak dibanding-bandingkan. Nak kata peluk dan ucap tahniah pun jauh sekali. Tapi itulah hargai mak ayah selagi ada.
Warga maya lain pula memberikan semangat kepada pemuda itu untuk meneruskan kehidupan dan tidak putus harapan.
Jika ditanya, menu apakah yang paling mudah dan enak untuk dihidangkan kepada keluarga. Pastinya ramai yang akan menjawab telur.
Ini kerana telur adalah menu paling express untuk disediakan lebih lebih lagi bagi isteri-isteri yang bekerja. Dan telur adalah menu yang paling digemari. Tak kisahlah sama ada telur rebus, telur mata, telur dadar ataupun telur bistik.
Setiap kali dihidangkan, pasti licin pinggan.
Yang paling digemari oleh seisi keluarga pastinya Telur Dadar lebih-lebih lagi jika ia dimasak rangup. Boleh bertambah nasi dalam pinggan suami dan anak-anak.
Tapi ramai yang mempunyai masalah bila telur dadar yang dimasak tidak rangup malah bila dipotong, dalamnya masih belum masak.
Di laman Facebook, satu perkongsian mengenai resipi kegemaran ramai ini telah emndapat banyak like dan share.
Menurut @fikachan97 beliau telah cuba bermacam cara, namun ini resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam. Mari kita ikuti perkongsian cikka ini di bawah.
CARA MASAK TELUR DADAR VERSI CRISPY DI LUAR, GEBU DIDALAM
Cikka dah cuba macam-macam cara, tapi ni resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam.
BAHAN-BAHAN :
2 biji telur
Bawang Holland yang dicincang
Garam secukup rasa
Perasa secukup rasa (tak masuk pun takpe)
1 sudu besar cuka putih
1 susu besar air
CARA-CARA :
1. Mula-mula pecahkan dua biji telur
2. Kemudian masukkan bawang holland yang telah dicincang/potong dadu
3. Masukkan garam, perasa secukup rasa.
4. Kemudian ini bahan rahsianya iaitu 1 sudu besar cuka putih. Satu sudu je tau
6. Lepas itu masukkan 1 sudu besar air.
7. Kacau telur bersama semua bahan tadi sampai kembang dan berbuih macam ni.
8. Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan minyak betul-betul panas.
9. Barulah masukkan telur, bila telur bahagian bawah dah cripsy baru balikkan telur.
8. Angkat telur, toskan minyak dan boleh lah dihidang.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ di seluruh Malaysia sempena cuti sekolah dan persiapan sesi persekolahan 2025 yang diadakan sebanyak 243 kali di seluruh negara.