Sedar tak sedar sudah seminggu anak-anak kita berada di rumah sempena musim cuti sekolah ini. Terasa begitu sekejap masa berlalu, jika ingin dicongak-congak baki cuti sekolah tinggal 2 minggu sahaja lagi. Terasa ralat pula jika tidak dapat menghabiskan masa yang ada dengan bercuti bersama keluarga tercinta.
Tapi ke mana ya destinasi ingin dituju?
Jika masih bingung dalam membuat pilihan, apa kata anda sekeluarga manfaatkan masa bercuti dengan singgah di Gamuda Cove.
Sempena perayaan Hari Natal yang akan diraikan pada bulan Disember ini, Gamuda Cove menerusi Beach Pool Club kali ini menganjurkan festival Xmas Splash Party!
Apa Syoknya Xmas Splash Party Ni?
Tahukah anda dengan menyertai festival ini, anda boleh gunakan kolam mandi secara percuma. Malahan, turut disediakan colourful inflatable dan water gun! Pasti percutian kali ini akan lebih mengujakan.
Bukan itu sahaja, anda sekeluarga dapat berparty sambil layan show yang diadakan. Bahkan akan ada banyak persembahan yang menarik telah diatur oleh Gamuda Cove bagi menggamatkan lagi hari anda sekeluarga.
Antaranya;
-Latin Fiesta Dance Show – tarian yang berasal dari Amerika Latin ini akan menghidupkan suasana menerusi tarian seperti salsa, mambo dan rumba
Ads
-Live DJ performance – tak lengkap rasanya sesebuah parti tanpa alunan muzik yang rancak bukan? Oleh itu Beach Pool Club membawakan khas buat pengunjung dengan barisan DJ yang mantap seperti Joey G, JonnyVicious, Dora, Julia Deychuk, Mister Rodrigo dan Meliha.
-The Famous 90’s Throwback Dance Show – anda juga bakal disajikan dengan persembahan ‘throwback’ dari era 90-an. Bolehlah anda imbau kembali zaman-zaman kegemilangan Britney Spears, Pussycat Dolls dan muzik yang nostalgia.
-Fire-eater Show – jangan lepaskan peluang untuk lihat sendiri secara ‘live’ pertunjukan api di malam hari. Cukup mengujakan!
-Eat n’ repeat – sambil menyaksikan persembahan yang memukau dan menarik, anda juga bole nikmati sajian makanan yang lazat seperti pasta, grill dan aneka pencuci mulut yang menyelerakan.
Jadi usah tunggu lagi, alami keseronokan Xmas Splash Party untuk kali ini!
Pilihan Pakej Yang Ditawarkan
Terdapat dua jenis pakej yang ditawarkan dengan harga berbaloi buat anda nikmati keseronakan di Beach Pool Club.
Ads
Eary Bird – RM78
-Makan secara buffet
-Akses untuk terokai beberapa tarikan di sekitar Beach Pool Club, Discovery Park.
-Akses ke Cove Aerobar
-Akses kolam renang (1 orang)
Early Bird Combo Deal – RM158
Ads
-Makan secara buffet
-Akses ke Cove Aerobar
-Akses kolam renang (2 orang)
-Akses ke Goosebumps Rope Course (2 orang)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Elfira Loy menyifatkan perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah digalas selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, untuk mengekalkan rumah tangga yang harmoni dan bahagia, ia memerlukan banyak pengorbanan.
“Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.
“Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja.
“Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan,” katanya.
Disoal mengapa dia memilih untuk mendirikan rumah tangga ketika namanya memuncak adalah kerana bukan populariti yang dikejarkan selama ini.
“Itu bukan keutamaan dari awal saya masuk dalam bidang hiburan ini. Saya bergelar artis sebab nak kukuhkan nama.
“Segala gelaran atau penghargaan yang diberi, itu semua orang yang beri. Saya hanya fokus kepada kehidupan sendiri dan tak pernah rasa perbezaan itu,” jelasnya.
Pada masa sama, Elfira turut memberi menasihatkan kepada pasangan yang ingin berkahwin diusia muda perlu ada ilmu perkahwinan terlebih dahulu.
“Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.
“Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.
“Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah,” ujarnya.
Untuk rekod, Elfira dan suami, Faris Khairol Anwar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Rayyan dan Aria.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentu sayu hati dan wajah ayah bonda dimain di mata terkenang orang tua di hari raya. Namun perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung merentas negeri demi mengelak penularan covid-19.
Walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB dilanjutkan hingga 9 Jun ini dengan kebenaran menziarah ketika musim perayaan dalam negeri, ini tidak bermakna kita menyalahgunakan kelonggaran sepanjang musim perayaan kerana tindakan itu boleh mengakibatkan peningkatan kes covid -19.
Begitu juga peringatan yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai amalan kunjung-mengunjung dan menziarahi kubur pada Aidilfitri tahun ini. Beliau menjelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan mengeluarkan dasar atau prosedur operasi standard (SOP) tambahan menjelang Aidilfitri ini. KKM bukan mengeluarkan dasar tetapi lebih berbentuk nasihat kepada individu dan keluarga supaya jangan amalkan kunjung-mengunjung dan menziarahi kubur pada tahun ini.
“Memang ada kelaziman kunjung-mengunjung dan ziarah kubur setiap kali menjelang hari raya.
“Tetapi, kali ini di luar kelaziman dan kita kena lihat cara bagaimana kita merayakan Aidilfitri kali ini dengan cara tiada kunjung-mengunjung atau menziarahi kubur.
“Apa yang penting kita kena putuskan jangkitan dan kalau boleh beraya secara tertutup iaitu sesama keluarga saja dan kurangkan aktiviti berkunjung dan kalau boleh jangan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di KKM, Putrajaya, hari ini.
“Hanya tahun ini saja dan jika kita boleh patuh kepada nasihat KKM, kita boleh putuskan jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat kita.
“Sebab Covid-19 masih ada di dalam komuniti, jadi kalau kita terdedah dan membawa pulang virus ke rumah dan kita menjangkiti mereka yang berisiko tinggi.
“Jadi kami menasihatkan kepada setiap individu, keluarga dan masyarakat untuk pastikan kita jaga kita, kita jaga keluarga kita dan kita jaga masyarakat.
“Ini adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya di pihak kesihatan dan kerajaan, tetapi setiap individu dan keluarga perlu ambil iktibar dan jaga diri sendiri,” katanya.
Jika memasak biasanya kita menggunakan pisau yang sama untuk memotong sayur, ikan atau daging. Namun secara praktikalnya cara ini salah yang mengakibatkan proses memasak menjadi tidak lancar.
Tahukah anda bahawa pisau mempunyai pelbagai jenis dan fungsi. Contonya ada pisau khas untuk memotong daging, sayur dan roti. Jika menggunakan pisau yang sama, ia akan mengakibatkan pisau itu tidak tahan lama dan menjadi tumpul. Apabila satu pisau digunakan untuk pelbagai jenis fungsi, pisau tidak kekal tajam.
Bukan itu sahaja, kerja memasak menjadi lambat. Bayangkan untuk memotong daging pisau tumpul tentu daging goreng jadi tak cantik hasilnya.
Menerusi perkongsian ini, ikuti lanjut jenis-jenis pisau dan fungsinya.
JENIS PISAU DAN RINGKASAN KEGUNAANYA
1. Chef Knife adalah pisau yang paling banyak digunakan di restoran², hotel². Pisau sepanjang 8-10 cm ini dapat digunakan untuk memotong sayur, menghiris daging, atau mencincang segalanya. Multifunction pendek kata.
2. Paring Knife atau Peeler atau Pisau Hiris atau Slicing Knife. Slicing Knife tapi kalau tengok kat kedai-kedai tulis paring bentuknya lebih kecil dan pendek, hanya sekitar 3-4 cm. Pisau ini dapat memudahkan kita untuk mengupas kulit buahan dan sayuran sebab bentuknya yang sedikit ramping dan tipis. Ada juga yang potong nipis daging guna pisau ni. Kalau kita gunakan untuk potong bawang. Memang cun jadinya. Sama je tapi kalau nak guna untuk bawang sebaiknya asingkan dari untuk potong buah sebabnya air bawang tu buat pisau kita cepat tumpul. Kalau tak pun, lepas guna tu terus basuh jangan ditinggal² sekejap pun. Petua orang lama tapi yang pasti pisau kat rumah ni jarang tumpul.
Lepas guna tu terus basuh jangan ditinggal-tinggal sekejap pun. Petua orang lama tapi yang pasti pisau kat rumah ni jarang tumpul.
3. Boning Knife dengan bentuk ujung yang agak melebar. Bentuknya yang ramping dan panjang, maka pisau yang satu ini paling tepat di gunakan untuk membersihkan tulang di dalam daging atau kulit ayam, memisahkan ayam dari tulangnya dan membuat irisan yang tipis dan kecil.
4. Meat Cleaver atau Pisau daging, atau Chopper. Pisau ini agak berat, dan digunakan untuk memotong daging. Pisau ini banyak digunakan tukang masak Cina sehingga boleh dinamakan Chinese Chef’s Knife. Pisau ni mempunyai saiz yang sangat besar dan lebar. Kegunaan terbaik dari pisau ini untuk membelah dan memotong tulang ayam dan dapat digunakan untuk memotong sayur, mencincang daging, mengiris serta ketuk bagi hancur bawang putih, serai atau halia.5. Filet Knife digunakan untuk memotong atau memfilet ikan.
6. Bread Knife adalah pisau panjang yang sebelah sisinya bergerigi. Pisau ini memudahkan kita untuk memotong roti supaya tidak hancur, terutama roti yang permukaannya agak keras tapi dalam lembut. Boleh gak kalau nak potong kuih yang macam cucur tu. Gerigi pada mata pisau ini memberi hasil potongan yang licin, bagus dan tidak hancur. Masa memotong juga tidak perlu ditekan lebih lama tapi hasilnya yang cantik je. Kalau guna pisau biasa tak akan dapat hasil yang cantik macam ni sebab tekstur roti biasanya kasar. Kuih atau kek pun walau apa pun jenisnya seperti kek buah atau kacang lebih mudah dipotong dengan pisau ini. Pisau ini harganya sedikit lebih mahal dari pisau biasa tapi functionnya hebat. Nak bersihkan pun mudah. Bersihkan pisau dari sisa remahan roti atau kuih. Cuci dengan air sabun hangat lalu keringkan segera. Sayangnya mata pisaunya yang bergerigi tidak mudah diasah seperti pisau dapur.
7. Pisau Ukir atau Paring Knife adalah pisau yang kecil dengan bentuk lekungan pada hujungnya pisau ukir ini memang sangat baik bila di gunakan untuk mengkir buah atau sayur, sesuai dengan namanya. Sehingga hasil dari pisau ini akan bagus dan yang pastinya akan sesuai dengan hiasan sayur atau buah yang kita inginkan jadi bentuk-bentuk yang menarik.
Dah tahu kan fungsi setiap pisau untuk memasak. Lepas ini, boleh lah dapatkan koleksi pisau mengikut fungsinya. Namun tidak perlu semua pisau kena beli, beli ikut keperluan. Pisau tajam memang cepat kita melakukan tugasan memasak. Hirisan dan potongan pun menjadi lebih kemas dan cantik.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.