Percik Ikan Kembung ‘Sedak Dooh’, Rahsianya Buat 4 Kali Salutan. Ni Resipinya!

Menu Percik Ikan Kembung pasti ada yang menggemarinya, lebih-lebih lagi jika disajikan sebagai menu berbuka puasa. Boleh buat makan berselera tidak pandang kiri dan kanan. Maklumlah sudah beberapa jam menahan lapar gara-gara aroma semerbak saat ikan tersebut dibakar, baunya cukup ‘menggoda’ rasa hingga boleh buat seisi keluarga tidak sabar untuk menikmati juadah yang disediakan.

Jika tidak percaya, bolehlah cuba resipi ini dan nikmati keeanakan rasa hidangan Percik Ikan Kembung yang dikongsikan oleh Suhasnida Ismail. Bukan sahaja berkongsi resipi malah turut berkongsi rahsia untuk pastikan ikan percik yang dimasak betul-betul sedap.

 

 

PERCIK IKAN KEMBUNG SEDAK DOOH

Bahan A: Perap Ikan

8 ulas bawang putih

3 batang serai

1inchi halia

1 tbsp cili kering kisar

2 inchi kunyit hidup

Ads

sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap

1tbsp garam

1/2 tbsp jintan manis

secubit belacan (optional)

sedikit air untuk blend

 

Bahan B: Bahan Kuah

8 biji bawang merah size 50sen

2 ulas bawang putih

Ads

sehiris halia

1 tbsp ketumbar biji (sangai)

secubit belacan

3 tbsp cili kering

900ml santan pekat

2 hiris asam limau/asam keping

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Ads

 

Bahan C: Bahan Perasa

2 tbsp garam bukit

2 tbsp gula pasir

2 tbsp gula kabung thai

1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap

 

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejamPercik Ikan Kembung ‘Sedak Dooh’, Rahsianya Buat 4 Kali Salutan. Ni Resipinya!Percik Ikan Kembung ‘Sedak Dooh’, Rahsianya Buat 4 Kali Salutan. Ni Resipinya!
  2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak
  3. Blend bahan B dan masukkan dalam periukPercik Ikan Kembung ‘Sedak Dooh’, Rahsianya Buat 4 Kali Salutan. Ni Resipinya!
  4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa
  5. Masak sampai mendidih & pekat
  6. Bakar ikan atau ayam sampai masakPercik Ikan Kembung ‘Sedak Dooh’, Rahsianya Buat 4 Kali Salutan. Ni Resipinya!
  7. salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedapPercik Ikan Kembung ‘Sedak Dooh’, Rahsianya Buat 4 Kali Salutan. Ni Resipinya!
  8. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor stgh ayàm size 2kg.

Selamat Mencuba

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI