Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan untuk peroleh zuriat, tidak kira sama ada cepat atau lambat.
Namun, menjadi satu titik keresahan bila perkahwinan dah menjangkaui beberapa tahun, tapi masih belum ada rezeki ke arah itu. Paling ditakuti jika salah sorang pasangan mengalami masalah kesihatan, mulalah ketika itu diri sendiri yang dipersalahkan.
Tular baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Ain Nur Ainie berkongsi dikurniakan rezeki anak setelah 3 tahun penantian. Walaupun mempunyai sebelah ovari dan tiub fallopio kiri sahaja, namun rezeki Allah nak bagi mengatasi segalanya.
Imbas kembali saat pertama kali Ainie mendapat tahu sakitnya itu,
“Masa first jadi dulu, saya lambat detect. Sampaikan tumor sebelah kanan dah saiz 20cm dan terpaksa buat laparatomy buang sekali ovari, fallopian kanan dan appendiks. Siap ada gigi dan rambut lagi pada ketumbuhan tu. Yang sebelah kiri pula 10cm, doktor just buang cyst ja. Ovari kiri simpan lagi tapi jadi balik cyst dari last year sampai la sekarang ada lagi,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Ainie juga berkongsi tidak menyangka yang dirinya akan pregnant juga walaupun dalam keadaan diri macam ni, semua kuasa Allah.
“Tengok-tengok ada dua garisan. Tiga kali buat pun masih dua garisan. Kami kemudiannya pergi periksa di klinik.. Alhamdullilah syukur saya sah pregnant.” tambahnya.
Setiap orang pasti akan ada satu saat perasaan putus asa, lebih-lebih lagi bila melibatkan diri dan orang sekeliling mereka.
Menurut suaminya, Muhammad Fadzilah, Ainie pernah memintanya untuk berkahwin lain, tapi baginya buat apa nak kahwin lain, dia percaya bahawa rezeki tu InsyaAllah ada.
“Siapa lagi kalau bukan saya yang nak bagi semangat kat dia selain dari keluarga dia. Bagi saya, kahwin lain itu bukan satu jalan untuk selesaikan masalah,” katanya ketika ditemubual.
Mengimbas kembali saat mengetahui isterinya hamil anak mereka,
“Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu betapa seronoknya saya sehingga air mata jantan pun keluar tau!” tambahnya.
Tiada apa yang boleh dinasihatkan oleh Fadzilah untuk orang ramai, tetapi…
“Cuma nak cakap orang yang sakit pun ada hak untuk kahwin, Ada hak untuk ada pasangan, ada hak untuk bahagia bersama pasangan. Dan stau lagi, ingat kalau pilih jalan untuk cari lain pun, belum tentu orang yang kita kahwin tu akan sihat selama-lamanya,” katanya.