Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.
Alangkah bahagia kiranya dapat suami, isteri dan anak-anak hidup dalam suasana mesra, harmoni.
Begitulah juga dengan pengacara dan pelakon, Elfira Loy yang bersyukur memiliki keluarga bahagia. Malah beliau menyedari apa yang dikecapinya kini adalah hasil percaya pada rezeki dan sikap tidak berkira.
Luahan hatinya itu dikongsi menerusi instagramnya sempena meraikan sambutan hari jadinya.
“Kebahagian keluarga adalah my top priority.
El seorang yang jenis , kalau el ada Rm100 , el bagi 100 semua kat diorang . El lagi sangup takde duit dari tengok orang lain takde duit.”
“Sebab el sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia.
Until now , i still believe that whatever i have now is not mine tapi milik semua orang. Bila bila je boleh hilang. Sebab tu whatever i do , el mesti fikir orang lain dulu.”
View this post on Instagram
Elfira yang menyambut ulang tahun yang ke 27, turut mendapat komen daripada warganet yang setuju dengan pendapatnya yang utamakan keluarga dan sikap tidak berkira. Antara komen adalah
“Betul tu, moga mencurah rezeki buat keluarga.
“Moga El, dimurahkan rezeki.”
Untuk makluman, Elfira berkahwin dengan pasangannya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khakaf
Sumber: elfiraloy
Bahan persiapan hari jadi yang murah di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club