Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik dalam hidup mereka. Dalam bab pendidikan misalnya, biar berhabisan duit demi memastikan kejayaan mereka.
Lihatlah bila anak-anak besar, bagaimana pula cara mereka membalas jasa dan pengorbanan orang tua mereka.
Demikian yang cuba dikongsikan oleh pelakon dan hos terkenal, Norman Hakim. Menerusi perkongsiannya di instagram, suami kesayangan Memey Suhaiza memuat naik video pendek dan sekeping gambar berkenaan anak sulungnya Danish Hakim.
Apa yang membuatkan pelakon ini tersentuh hati bila mana anak sulungnya memberikan sejumlah wang kepadanya dan bekas isteri iaitu Abby Abadi.
Menurut Danish, wang tersebut diperoleh dari hasil bisnesnya. jadi, Danish berniat untuk memberi belanja kepada kedua orang tuanya kerana dia percaya rezeki yang diperoleh bakal bertambah.
Papa tak pernah mintak,tapi abang @danishhakimofficial cakap,dia percaya pada ‘miracle’ bila rezeki dia makin bertambah2 bila bersedekah & bagi duit belanja pada parents
Semoga usaha & bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan & dirahmati
Sekadar berkongsi,saya tidak pernah ajar anak2 untuk bagi duit pada parents,tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita.We lead by example.In shaa Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.Itu semua janji Allah yg mmg dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44).Yang penting kena sentiasa ikhlas & istiqomah.Semoga kita sama2 sentiasa dipelihara dibawah jagaanNya🤲🏻❤️
Mohon doakan jugak untuk exam SPM abang @danishhakimofficial in shaa Allah kalau takde aral start pada 22 Februari 2021 ni nanti🙏🏻
Menurut Norman lagi, apa yang dilakukan oleh anak sulungnya itu mungkin dari pemerhatiannya dan mungkin belajar dari dirinya dan bekas isteri.
Ini kerana, mereka tidak pernah lokek memberi wang kepada kedua ibu bapa.
Sumber: Norman Hakim & Danish Hakim
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club