Kalau nak buat biskut atau kuih, bahan ini pasti digunakan. kalau tak ada, kek itu sama ada tak menjadi atau bantat dan mungkin juga tidak gebu. Bila itu berlaku, pasti ibu-ibu rasa kecewa tengok hasilnya kan.
Sebab tu resipi kek mesti ada Baking Powder & Soda Bikarbonat. Namun, adakalanya kita sering tersalah atau tertukar dua benda ni. Sebab tu kek tak jadi.
Jadi, apa kata hari ini kita belajar mengenal mana satu paking powder dan mana satu soda bikarbonat. Nanti mudahlah untuk ibu-ibu nak buat kek atau biskut
Ads
Baking Powder (Serbuk Penaik)
Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial.Ia mengandungi sejenis asid(biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali(soda bikarbonat).Kedua-dua bahan ini di campur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.
Soda Bikarbonat
Ads
Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial.Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasidseperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Ads
Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida.Apabila di bakar ia akan mengembang,sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.
Menguruskan bil-bil bulanan andai sebelum ini diletakkan bersepah ada baiknya mencuba idea yang dipraktiskan oleh wanita ini. Tanpa perlu menggunakan modal yang besar, namun cukup sekadar mengunakan bahan sedia ada di rumah, ‘wall hanging oraganizer’ yang cukup praktikal dapat dihasilkan. Malah menariknya juga ia mampu menyuntik gaya dekorasi di ruangan dinding.
Jom semak perkongsian wanita ini yang dikenali sebagai Rozita Che Hassan di akaun fbnya.
Lepas satu-satu idea datang nak deko rumah dengan barang terpakai yang diberi sentuhan assesori Mr DIY. Sini saya nak share pada kawan-kawan macam mana saya buat wall hanging organizer untuk bills dan nota-nota penting…serta botol kaca untuk hiasan meja sisi ruang tamu saya.
Semuanya saya guna barang yang ada kat rumah jer.
Guna barang sedia ada
Kalau kawan-kawan ada tray peti sejuk lama jangan buang yer..sebab tray ni lah saya buat wall hangging organizer.
Tray ni dari peti sejuk mak mertua saya yang lama dan rosak sebelum tolak pada penjual besi buruk,saya ambil dulu traynya. Dulu saya buat para untuk bekas sabun basuh baju. Bila dah lama tak guna tempat tu, saya cabut dan buat wall hangging pulak!
Clip-clip besar dan kecil tu saya beli dekat Mr DIY…harganya tak sampai RM 4 setiap set..
Penyepit baju kat bawah sekali tu,saya buat tempat gantung kunci 2 in 1..selain gantung kunci boleh juga sepit-sepit benda lain nanti. Pengikat clip-clip tu plak saya guna cable tie.
Ada 5 kaler semuanya siap dengan cutter sekali harga RM 6.13
Dan satu lagi barang perhiasan yang saya buat ialah botol kaca hiasan untuk meja sisi. Botol tu saya guna botol sos spegetti,kemudian beli fancy stiker dan tali jut dekat Mr DIY.
Kegunaan tali tu untuk menambahkan keserian botol dan tak nak nmpak kosong sangat saya tampal stiker dipermukaannya. So.. bolehlah hias dengan apa-apa bunga atau daun kat dalam tu. Letak kat maja sisi atau rak-rak sebagai pemanis ruang tamu rumah anda. Harga RM5.50 jerr..jimat berbaloi-baloi.
Berbaloi kiranya dapat menikmati keenakan rasa puding karamel yang dihidang sejuk sebagai menu pemanis mulut di waktu cuaca panas sekarang ini. Apatah lagi untuk menyediakan puding karamel ini cukup mudah.
Pun begitu, andai kata anda alergik dengan telur dan tiada pula pengukus di rumah, tiada masalah untuk anda menikmati puding karamel sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Nordiana Ab Kadil.
Jadi bolehlah dicuba dan nikmati kelazatan rasa puding karemel tanpa telur dan kukus ini.
PUDING KARAMEL PKP TANPA TELUR TANPA KUKUS
(Sesuai untuk yang alergi telur dan sesuai yang tiada pengukus )
Bahan puding:
1paket serbuk agar-agar yang jernih
(10gm)
4cawan air
1tin susu cair
1cawan susu pekat
3 sudu tepung kastard
Sedikit esen vanila
Karamel:
3sudu Gula pasir
2sudu air
Ektra info : Ini cawan yang saya gunakan untuk menyukat bahan-bahan.
Cara :
1.masukkan Gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil, gula dibiarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air.
2.Kemudian masukkan ke dalam loyang.
3.Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul-betul mendidih dan pekat.
4.Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang Yang berisi karamel tadi.
5.Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3jam
6.Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong
Sedia untuk dihidang
Tips: Pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Alangkah bertuah menantu dan mentua yang hubungannya sentiasa wangi dan mesra. Dan betapa pedihnya bagi mereka yang hubungannya sentiasa panas dan meruncing.
Apabila menantu dan mentua tidak sebulu, orang lain dalam keluarga akan turut sama merasakan tempiasnya,
Kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan. Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni balik.
1. Kalau anak perempuan, minta ajelah menantu bg mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah. Jgn lupa jemput saya.
2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh aje dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.
3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Sukahati dia oranglah nak susun perabot macamana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang
4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.
5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup
6. Tak payah gosip ngan anak2 lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang gak
7. Kalau anak ngan menantu bergaduh, bgtau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.
8. Kalau menantu tu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal pulak.
9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.
10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah tu tak lupa.
gambar sekadar hiasan10 cara jadi menantu favourite!
Selalu senyum
Apabila berdepan dengan ibu mertua, jangan sesekali menarik muka masam sebaliknya berusaha untuk senyum seikhlas mungkin. Ini kerana bimbang ibu mertua terasa hati walhal punca anda monyok tidak ada kaitan dengannya. Jadi perlu senyum sentiasa walaupun dalam hati anda tidak begitu gembira.
Elak masuk campur
Anda sangat tidak digalakkan untuk masuk campur dalam perihal anak menantunya yang lain selagi apa yang berlaku itu tidak bertentangan dengan syariat. Elakkan bergosip dan menjadi batu api kerana tersilap langkah, ia akan memakan diri anda sebagai menantu. Jadi, berbaik-baiklah dengan mertua dan ipar-duai yang lain.
Murah hati
Untuk mengambil hati mertua, anda tidak boleh kedekut sebaliknya perlu bermurah hati misalnya belikan ibu mertua hadiah, pakaian atau paling kurang barang keperluan rumah. Anda juga boleh beri wang kepadanya untuk dia berbelanja.
Ringan tulang
Ingat, di rumah mertua anda perlu ringan tulang! Bangun awal pagi, solat Subuh dan segera bantu ibu mertua di dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Anda juga perlu tunjuk skil memasak dan soal sedap atau tidak itu bukan keutamaan. Yang penting anda rajin ke dapur.
Selalu minta pandangan
Sebagai ibu, hati mana yang tidak gembira jika anak menantu selalu menghubungi atau menziarahinya. Selain bertanya khabar, sebagai menantu anda juga boleh bertanya pendapatnya tentang sesuatu perkara misalnya yang melibatkan anak-anak anda yakni cucu-cucunya. Sesekali anda juga boleh bertanya resipi kegemaran suami anda yang juga anak kesayangannya. Pasti ibu mertua anda gembira.
Usah cemburu dengan ibu mertua sendiri
Asyik anda sahaja layan suami! Sesekali berilah peluang untuk ibu mertua melayan anaknya misalnya ketika anda balik kampung. Bukan setiap hari ibu mertua anda berpeluang layan anak lelakinya seperti zaman bujang mereka dulu. Jadi biarkan jika ibu mertua manjakan suami anda. Cemburu biarlah bertempat!
Jaga air muka suami
Isteri yang baik dan bijak adalah isteri yang pandai menjaga aib suaminya. Jadi, elakkan memarahi suami di depan ibunya walaupun apa yang dilakukan suami ketika itu benar-benar menyakitkan hati anda. Kawal emosi anda depan ibu mertua! Usah sesekali memperkecilkan suami di depan ibu mertua anda dan adik-beradiknya yang lain. Ini boleh memberi gambaran positif pada ibu mertua anda bahawa anda seorang yang sangat menghormati suami.
Jaga percakapan
Usah biarkan kerana mulut badan binasa! Jika anda seorang yang dikategorikan sebagai ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar kurang bercakap. Dan pastikan anda sentiasa alert apa yang bakal diperkatakan anda, bimbang ia mengecilkan hati ibu mertua. Fikir sebelum bercakap!
Dahulukan dia
Sebagai menantu yang baik, anda perlu dahulukan ibu mertua anda dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh mudah, apabila ibu mertua naik kenderaan bersama anda, pelawa dia untuk duduk di hadapan iaitu di sebelah anaknya. Beri dia peluang bersembang dengan suami anda dan sesekali anda duduk di belakang bersama anak-anak tidak mengapa.
Puji suami anda
Hati seorang ibu pasti gembira jika ada orang lain yang selalu memuji anaknya. Jadi, anda perlu selalu memuji kebaikan suami anda di depan ibu mertua. Sesekali ucaplah begini, “Syukur sangat Allah beri suami sebagai jodoh saya. Pandai sungguh mama didik dan ajar dia. Saya rasa sangat beruntung dapat suami macam dia”
Sumber: Majalah Keluarga Januari 2016 & Normaliza Mahadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.