Kalau nak buat biskut atau kuih, bahan ini pasti digunakan. kalau tak ada, kek itu sama ada tak menjadi atau bantat dan mungkin juga tidak gebu. Bila itu berlaku, pasti ibu-ibu rasa kecewa tengok hasilnya kan.
Sebab tu resipi kek mesti ada Baking Powder & Soda Bikarbonat. Namun, adakalanya kita sering tersalah atau tertukar dua benda ni. Sebab tu kek tak jadi.
Jadi, apa kata hari ini kita belajar mengenal mana satu paking powder dan mana satu soda bikarbonat. Nanti mudahlah untuk ibu-ibu nak buat kek atau biskut
Baking Powder (Serbuk Penaik)
Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial.Ia mengandungi sejenis asid(biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali(soda bikarbonat).Kedua-dua bahan ini di campur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.
Soda Bikarbonat
Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial.Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasidseperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida.Apabila di bakar ia akan mengembang,sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.
Kredit: Blog Qasehuteq
https://www.facebook.com/KeluargaMagazine/videos/886302205129416/