Tidak dinafikan sebagai ibu ayah kita juga tidak sempurna dalam mengawal emosi ketika berkomunikasi dengan anak-anak. Kadang-kadang tanpa sebab yang wajar pun kita mudah marah-marah anak dengan penuh perasaan. Jika keadaan ini berulang-ulang setiap hari tentunya memberi kesan tidak bagus kepada perkembangan emosi anak-anak juga.
Sedangkan dalam hidup ini, kita semua mahukan sebuah keluarga yang dapat menjalani rutin harian dengan emosi yang tenang dan damai.
Pun begitu, tahukah anda bilamana seseorang ibu atau ayah itu mudah mencetuskan perasaan marah kepada anak-anak, ada sesuatu yang tidak kena. Perlu dinilai apa masalah yang ada dalam diri sendiri dan bukannya hanya tahu menyalahkan anak-anak.
Menurut perkongsian oleh Mohd Fhais, salah seorang Parenting Influencer di media sosial, ini terjadi adalah kerana kurangnya ‘me time’ berkualiti. Jadi untuk itu, jom sama-sama kita baca dan fahaminya agar kita dapat memperbaiki diri ke arah menjadi ibu ayah yang terbaik untuk anak-anak.
Ini perkongsiannya.
Bila mudahnya cetus rasa marah dengan anak. Tu tanda kurangnya “Me-Time” berkualiti. Sedangkan batu jika di ketuk setiap hari pun boleh berderai pecah. Inikan pula manusia, setiap hari diuji dan diuji tanpa cuti lama kelamaan otak jadi tepu, emosi jadi rapuh dan mula tindakan jadi tak terkawal dan impulsif.
Me-Time bukan masa bersendirian semata-mata tapi Me-Time adalah proses detoksifikasi segala fikiran jahat, emosi negatif dan latih self-control diri jadi lebih baik.
Kualiti hidup kita bergantung pada kualiti Me-Time kita.
– Me-Time dengan alam
– Me-Time dengan Allah
– Me-Time dengan Al-Quran
– Me-Time dengan solat
– Me-Time dengan diri sendiri
ARTIKEL MENARIK :Cuaca Panas Bil Elektrik Melambung. Salah Satu Puncanya Dari Penggunaan Penapis Air. Sila Takenote!
ARTIKEL MENARIK LAGI : Masa Bermain Dengan Anak Tak Lama, 12 Tajun Je Kita Ada!
Tak dapat setiap hari, buat la seminggu sekali.
Tak dapat seminggu sekali, buat la sebulan sekali.
Tak dapat juga sebulan, buat la setahun sekali.
One is better than none.
Sebab itu la kerja mengurus anak ni bukan kerja seorang diri, tapi kerja berpasukan. Sorang jaga, sorang rehat, seorang stress seorang lagi menenangkan.
Wallahu A’lam,
Sumber : Mohd Fhais