Umum mengetahui penggunaan kad mesin juruwang automatic (ATM) mempunyai tempoh jangka hayatnya dan apabila tamat tempoh, kad tersebut perlu diperbaharui bagi membolehkan ia berfungsi.
Pun begitu, perkongsian seorang anak yang terpaksa membawa ibu lumpuh dan terlantar bagi melakukan prosedur tersebut menarik perhatian wargamaya.
Pengguna TikTok Nur Hatini Mahamud berkongsi video memaparkan keadaan ibunya yang lumpuh seluruh badan dan difahamkan perlu hadir ke bank demi untuk menukar kad yang akan tamat tempoh.
Menurutnya, sebelum itu dia sudah pun menghubungi bank untuk bertanya mengenai prosedur bagi pesakit lumpuh.
Namun jawapan yang diterimanya amat mengecewakan.
Mak: Dikni kad bank mak dah nak tarikh luput.
Me: Okay sat nak call bank tanya macam mana kalau untuk orang lumpuh seluruh badan nak renew kad bank.
Bank: Cik kena bawak jugak mak mai dengan bank.
Me: Selain pi bank ada kaedah lain untuk mak saya yang lumpuh ni?
Ads
Bank: Memang kita tak ada cara lain, cik kena bawak mak mai bank dan tolak makcik masuk ke dalam bank jugak.
Jelas wanita ini lagi, dia terpaksa menggunakan khidmat ambulans St John sebab tak mampu bawa ibu menggunakan kereta disebabkan keadaan ibunya yang tak boleh duduk.
Tambahnya, dia perlu mengeluarkan kos sendiri menyewa khidmat ambulans demi menukar kad di bank. Dia berasa sungguh kecewa dengan tindakan pihak bank yang seolah-olah tidak bertimbang rasa.
Menjelaskan dengan lanjut, ibunya adalah penerima pencen dan duit itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain bagi pesakit bedridden.
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya bersimpati dan berkongsi turut melalui situasi yang sama ketika berurusan dengan institusi kewangan yang lain.
Ads
-“Sama seperti arwah Datuk yang mengalami strok, kad bank beliau perlu renew. Pihak bank minta datang juga ke kaunter. Hendak sewa ambulans mahal, minta van jenazah ke sana,” titip pengguna TikTok @mascayah.
Dalam pada itu, ada dalam kalangan warganet yang berkongsi kebanyakan bank bertoleransi dalam mempermudahkan urusan pelanggan terlantar.
-“Dalam kes mak mertua saya, dia terbaring. Kami beritahu bank, mereka datang ke rumah tolong buatkan. Sepatutnya mereka datang ke rumah, bukan pelanggan ke bank.”
-“Saya bekas pekerja bank dan bekerja selama 21 tahun. Saya pernah dapat pelanggan begini tetapi kami sendiri pergi ke rumahnya.”
-“Ada surat doktor, staf kena berurusan dengan pengurus untuk membuat lawatan ke rumah pelanggan.”
-“Saya dahulu pernah kerja bank dan mengikuti rakan sekerja jumpa pelanggan yang terlantar. Pelanggan mahu keluarkan duit. Semua ini atas budi bicara.”
Satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Itu yang boleh diungkapkan apabila menonton video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Siti Sarah.
Dia telah berkongsi momen sweet pasangan suami isteri yang mempunyai masalah penglihatan menerima kejutan daripada anak mereka.
Video tersebut menunjukkan betapa mereka gembira dengan pemberian anak mereka yang turut menyertakan sekali ucapan buat ibu dan ayahnya.
Siti Sarah yang mengusahakan perniagaan ‘delivery surprise’ ini turut sebak apabila membacakan ucapan anak pasangan itu yang begitu mengharukan. Walaupun kejutan itu merupakan sesuatu yang begitu menggembirakan, terbit rasa sayu apabila anaknya yang bertugas sebagai jururawat terlihat begitu menghargai pegorbanan ibu dan ayah menerusi bait-bait ucapan yang tulis.Mereka juga mengakui terharu dengan penghargaan yang dibuat oleh anak pasangan ini. Delivery paling bermakna bagi aku harini dan aku simpan dkt sini .. delivery harini mengajar aku sesuatu … sesuatu yg susah kita nak jumpa .. dan kita sendiri terlepas pandang .. kita selalu nak kan yg perfect nk ibu bapa mcm ni mcmni .. tk dpt apa2 kita bebai .. tapi kadang2 cuba kita fikir mereka yg tk mampu nak bagi .. mak abah yg tak dpt melihat masyallah aku menangis ya waktu nak baca air mata bergenang suara aku bergetar2 dgn harapan makcik tu takdelah perasan .. yg paling aku nampak ialah walaupon mereka buta .. aku tgk dorang happy mcm kita jgak .. tak nmpak sedih langsung .. dikurniakan pulak anak yg baik masyallah bila aku baca dah lah mmg aku panggil mak abah aku dgn panggilan mcmtu dan gelaran aku sendiri ialah kakak .. aku sendiri rasa nak berguling nngis dkt tar eh over lak kau
Mesti mak abah dia syg dkt anak igt kot bday anak dia masyallah bertuahnya kamu
Thnks kepada yg order ni .. betul3 terkesan dihati saya
Paling mencuri tumpuan sudah tentu ucapan balas ibu dan ayah pelanggan Siti Sarah yang turut mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar anak mereka terus diberi kesejahteraan dunia dan akhirat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meskipun kecantikan dan wanita itu tidak dapat dipisahkan, tapi jika salah cara dan pemahaman dalam bab penjagaan kecantikan bimbang juga boleh menyebabkan masalah lain pula.
Atas sebab ini juga, Dr Noorulhana Hadzarami, Doktor Pakar Bius ingin berkongsi info kepada wanita di luar sana tentang mitos dan fakta kecantikan. Jom semak.
Adakah amalan berpantang kaum Melayu selepas bersalin mampu memastikan wanita cantik dan sihat hingga ke mati?
Tidak. Wanita seluruh dunia tidak mengamalkan pantang kaum Melayu tetapi mereka tetap cantik dan sihat. Hanya sebahagian kecil wanita Asia mengamalkan pantang dan pastinya ia bukan amalan pantang kaum Melayu.
Amalan berpantang hanyalah untuk memberi ruang ibu berehat selepas bersalin. Tak salah jika ia dilakukan dengan rasional dan tidak melampau. Amalan pantang yang ketat adalah berbahaya dan boleh membawa maut. Yang lebih penting untuk sihat dan cantik ialah pemakanan seimbang dan senaman sepanjang hayat. Bukan amalan jangka pendek yang dilakukan sekali dua seumur hidup.
Adakah senaman tidak bagus untuk wanita kerana ia menyebabkan rahim jatuh?
Rahim tidak jatuh disebabkan senaman. Malah obesiti akibat tidak bersenam adalah faktor penting rahim jatuh. Faktor lain rahim jatuh ialah bersalin berkali-kali, proses bersalin terlalu lama, usia lanjut, tekanan abdomen yang kuat (batuk kronik, sembelit) dan tidak mengamalkan senaman otot pelvis.
Otot pelvis kita boleh dilatih melalui senaman Kegel supaya dapat menampung rahim dengan baik.
Adakah senaman angkat berat tak bagus kerana membuatkan otot wanita bertambah besar.
Tidak. Senaman rintangan dan angkat berat boleh membantu tulang supaya padat dan membentuk otot yang kuat. Adalah sukar untuk otot wanita menjadi besar dengan hanya melalui senaman. Jadi usah risau untuk menambah variasi senaman.
Adakah kulit yang cantik perlu putih melepak?
Tidak. Semua warna kulit adalah cantik. Melanin adalah cantik. Malah, melanin pada lapisan kulit mampu melindungi kulit dari cedera akibat sinaran UV. Hargailah warna kulit kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ajal, maut dan rezeki segalanya di tangan tuhan, tiada siapa dapat menghalangnya jika Allah telah mentakdirkan sesuatu perkara itu berlaku, maka berlakulah ia.
Sesungguhnya, setiap kita yang bernyawa pasti akan mati. Apabila sampai masanya ia tidak dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat pun.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Terkini, calon Perikatan Nasional (PN) DUN Tioman bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Md Yunus Ramli, meninggal dunia awal pagi tadi.
Md Yunus, 61, dipercayai meninggal dunia pada jam 3.30 pagi akibat komplikasi jantung.
Hal ini cukup mengejutkan kita semua dan antara yang terawal berkongsi menulis coretan rasa hati apabila mendapat perkhabaran duka ini adalah salah seorang kenalan beliau iaitu ustaz Nazmie Samarahan.
“Terkejut pagi ini mendapat berita Calon PAS/PN Dun Tioman, Pahang abang Myr Md Yunus Ramli meninggal dunia. Rasa sedih sangat.”
“Kenal sejak saya berkhidmat di Rompin Pahang. Antara insan yang membuka laluan untuk saya berkuliah di Masjid Sungai Puteri secara bulanan.
“Sering berbalas wssup dan ucapan sebagai tanda ukhwah kami yang berterusan sekalipun saya sudah tidak lagi berkhidmat di Rompin. Moga ahli keluarga tabah dan teruskan perjuangan beliau. Mohon doakan Almarhum sahabat-sahabat semua.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.