Penyanyi dan instruktur zumba, Nas Adila disahkan menghidap kanser payudara sejak awal Mac lalu dan memberitahu penyakit itu mula dikesan selepas dia menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang, Selangor.
Nas, 37, bagaimanapun kini hanya mahu kuatkan semangat seterusnya sentiasa positif dalam fasa berdepan ujian dariNya.
“Saya sebenarnya baru tahu (kanser) pada 1 Mac tempoh hari. Saya mulanya perasan ada ketulan (pada bahagian payudara) pada awal tahun, namun lama-kelamaan ia semakin membesar.
“Jadi saya ambil tindakan untuk pergi lakukan pemeriksaan dan dapat keputusan pada 1 hari bulan 3 memang pasti ia kanser payudara bermungkinan tahap tiga,” katanya.
Nas memaklumkan perkara tersebut menerusi sesi temu bual bersama Buletin FM, pada Khamis.
Ditanya sejauh mana dia kuat dalam melalui ujian berat ini, Nas menyifatkan apa yang berlaku sebagai hikmah untuknya lebih mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.
“Bagi saya, apa yang pertama difikirkan ialah saya perlu reda. Saya pun tidak tahu dapat kekuatan ini daripada mana, mungkin Allah yang kurniakan.
Ads
“Saya fikir lagi bersyukur sebab bila kita diuji, maknanya Allah sayang. Allah nak saya lebih rapat lagi denganNya.
“Saya tak mahu fikir sangat mengenai penyakit yang dialami. Jadi saya positifkan diri selain banyak bertanya dengan mereka yang pulih daripada kanser katanya.
Nas pada masa sama menjelaskan dia akan melakukan ujian CT scan bagi mengetahui tahap sebenar kanser minggu hadapan sebelum memulakan rawatan kemoterapi.
Meninjau di ruangan komen, ramai mendoakan semoga urusan Nas dipermudahkan dan diberikan kesembuhan.
Ads
Terdahulu, rakan artis yang juga penyanyi Ismaliza Ismail berkongsi tentang perkembangan Nas Adila di Insta Stories.
“Salam semua. Post ini dibuat dengan izin tuan punya badan. Seorang lagi sahabat kita sedang diuji.
“Setelah melalui pelbagai saringan kesihatan, sahabat kita Nas Adila baru saja disahkan menghidap kanser payudara dan akan memulakan rawatan kemoterapi pada 20 Mac ini.
Ads
“Sama-sama kita doakan semoga Nas Adila kuat melalui ujian dan dugaan ini. Doa dan semangat.
Sahabat semua diperlukan untuk memberi kekuatan kepada beliau melalui ujian ini” titipnya.
Nas Adila yang berkahwin pada 12 Disember 2015 bersama peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) Aliff Razali dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Bagai bulan jatuh ke riba, seorang ibu tunggal sebak menerima elaun tunggakan sebanyak RM64,175 bagi pihak arwah suaminya yang meninggal dunia pada tahun 2017.
Ngah Osman, 74, berkata ketika ditemui pemberita meluahkan rasa bersyukur kerana beliau tidak menyangka akan menerima wang sebanyak itu.
Difahamkan sebelum meninggal dunia, arwah suaminya, Ismail Abas bertugas sebagai bilal Masjid Kampung Kolam Kuala Ibai di sini selama 34 tahun.
“Saya pun sebenarnya sudah lupa tentang elaun tertunggak ini, tidak sangka jumlahnya sangat banyak dan di luar jangkaan saya.
“Insya-Allah saya akan menunaikan umrah menggunakan wang ini dalam masa terdekat dengan ditemani anak-anak,” katanya.
Ngah merupakan antara 12 penerima tunggakan elaun imam dan bilal masjid mukim yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ibu kepada empat anak itu berkata, selama berkhidmat sebagai bilal masjid, arwah suaminya yang meninggal dunia pada usia 74 tahun tidak pernah menerima elaun bulanan selama 12 tahun sejak 2005.
“Sepanjang tempoh itu, arwah menyara hidup kami sekeluarga dengan menjadi nelayan sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung lima tahun lalu,” katanya.
Sumber : Kosmo
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Pasangan suami isteri, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah menimang cahaya mata kedua semalam.
Berita tersebut dikongsikan oleh Pengarah Filem Munafik 2 menerusi akaun instagramnya.
Bayi perempuan yang diberi nama Sumayyah itu dilahirkan petang semalam pada pukul 3.30 petang.
Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki.. . Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi. Kalini Allah kurniakan kami anak perempuan yang diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul. . Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan.. #tangisanKesyukuran
lizaali1207 Nama simple yg penuh makna, congratulations to both of u….
afyrafiqah Tahniah syamsul,,Sumayyah lambang wanita soleha,,semoga baby Sumaiyyah mnjadi anak Yg soleha seindah nama mu in shaa Allah Aamiin ya rab
hdanzifa MashaAllah tahniah , mata mcm lepas nangis alhamdulillah
nazrawanie Tahniah.. Smga sumayyah menjadi anak yg solehAh yg membesar dengar baik..doakan saya jgk agar dapat merasai mempunyai zuriat sndiri…
math_luth Alhamdulillah…lengkap sedah keluarga kecilnya…
zarazinda Alhamdulillah… Moga anakanda Sumayyah menjadi insan yg special di sisi Allah swt.. Aamiin.. ❤️❤️❤️?
rjmuzafarrjmusa Syukur Alhamdulillah..semoga kehadiran cahaya mata ini akan menjadikan bro@syamsulyusoffilm menjadi seorang “imam” yg baik buat semua..ingt..imam itu menjadi ikutan..???
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...