Perangainya Persis Mak Saya, Beza Dengan Ummi Dia Ni.” Ogy Ahmad Daud Dedah Sisi Anak, Anggap Aminah Anugerah Terindah!

Share

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Kerana itu,doa tidak pernah putus buat si anak. Demikian juga dengan selebriti bernama Ogy Ahmad Daud ini.

Menerusi perkongsian pelakon terkenal, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud baru-baru ini, dia memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Nur Aminah Aishah.

Aktres dan pengacara popular  ini berkongsi bait-bait kata yang cukup bermakna buat permata hati yang juga cinta hatinya.

Rupa-rupanya,  9 November yang lalu, genap usia Nur Aishah Aminah 14 tahun.

Ogy yang memanggil anaknya dengan panggilan Aminah menyatakan perangainya saling tak tumpah seperti arwah ibunya yang juga seniwati terkenal, Allahyarhamah Hajjah Saadiah Baharom yang begitu lemah lembut orangnya.

Lahirnya 9hb nov 2007, Nur Aminah Aishah cinta hatiku. Saya panggil Aminah, dia bahasakan diri dia Aishah.

“Perangainya persis arwah mak saya, lemah lembut orangnya.

Beza sungguh dgn ummi dia ni opposites attract. Maka itu Allah berikan Aminah pada ummi tau,” ungkap Fauziah yang juga cukup bersyukur dengan kehadiran Aminah yang dianggap merupakan satu anugerah yang terindah.

Bukan itu saja malah Ogy turut menitipkan pesanan cukup bermakna buat gadis manisnya itu.

“Selalu saya berkata pada Aminah, “Aminah tak perlu jadi genius tapi Aminah perlu menjadi manusia yang beradab”.

“Ummi loves you so much Aminah. Terima kasih Allah berikan Nur Aminah Aishah pada ku, hingga ke akhir hayat ummi akan menyayangi dan memelihara Aminah.

Sumber / Sumber Foto : Facebook Fauziah Ahmad Daud