
Perabot lama kalau pandai dihargai akan mampu terlihat berharga malah tampak mewah seperti mana yang dikongsikan oleh saudara Fithry Anaqi ini.
Ini perkongsian penuh daripadanya.
Old is Gold.. Terjumpa 3 beradik ni dekat kedai 2nd… Terus beli dan jadikan anak angkat…
kita make over skit bagi moden… Teringat masa kecik2 dulu buat kubu n rumah guna bantal2 dia…
Menerusi perkongsian Fithry Anaqi yang telah melakukan makeover pada perabot lama tampil dengan imej moden, nyata memukau pandangan dan terlihat begitu eksklusif.
Step 1 : Ketatkan mana yang patut
Perabot lama yang dibeli di kedai menjual perabot terpakai ini pada peringkat awalnya perlu dibaik pulih. Mana yang longgar diketatkan bagi memastikan keadaan kerusi kukuh dan selamat untuk digunakan.
Step 2 : Tanggalkan cat lama
Step 3 : Cat & gayakan dengan aksesori
Pilihan rona emas menjadikan kerusi yang awalnya nampak biasa terlihat cukup luar biasa. Apatah lagi apabila diserikan dengan aksesori tambahan sekali gus menjadikan kerusi ini kelihatan moden.
Step 4 : Pemasangan kusyen
Tampak begitu sempurna apabila digandingkan bersama kusyen dengan kemasan fabrik rona coklat.
Sumber : Fithry Anaqi
“Cinta & Cahaya Kekuatan Bonda…” Akibat Kanser Limfoma, Berat Kini 35Kg & Jalani Radioterapi 10 Hari, Elyana Tetap Positif!

Disebalik senyuman dan tawa penyanyi ini, hanya dia yang tahu betapa luluh hati apabila dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua.
Kegigihan penyanyi ini melawan penyakitnya cukup dikagumi ramai. Malah, dia dan suami, Khairul Anuar Hussin tidak berputus ada mencari penawar menyembuhkan barah limfoma tahap empat yang dihidapi tersebut.
Melihar secara luaran, seakan-akan tidak percaya penyanyi Lagu Kalis Rindu tersebut menghidap penyakit kronik. Dari luaran Erneelya Elyana binti Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana nampak sihat dan bertenaga serta ceria.
Namun begitu, doktor mendapati kanser itu telah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal paha.
Menerusi ruangan Insta Storynya, Elyana ada berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Bukan itu sahaja, berat badannya turut merosot kepada 35kg.
“Saya tidak mendapatkan rawatan kemoterapi, sejak tahun lalu. Bukan sengaja tak nak dapatkan rawatan, tetapi berat badan susut membuatkan saya terpaksa menangguhkannya. Ini kerana bimbang tubuh tidak kuat untuk menanggung kesan rawatan. Selera makan saya pun berkurangan sejak itu.
Begitu pun, pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman ini tetap optimis dan positif. Malah kental untuk terus berjuang melawan penyakit nya.
Malah, Elyana turut mendedahkan dia kini dalam proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.
“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.
“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” kongsinya lagi.
Elyana sebelum ini mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya apabila berkongsi dirinya menghidap kanser limfoma sejak sekitar 11 tahun lalu.
Dalam pada itu, dia urut berterima kasih kepada suami, anak dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan kesihatan dirinya.
Lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, Elyana akui masa yang berkualiti adalah ketika berada di rumah.
Elyana yang mempunyai dua anak, seorang anak kandung iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani baru menginjak usia 2 tahun. Merekalah yang menjadi sumber kekuatan untuknya melawan kesakitan yang dihidapi.
“Aktiviti yang kami selalu buat adalah dengan lepak di rumah. Di rumah kami dapat berehat dan bergurau bersama. Sebagai selebriti ada kalanya ditegur peminat untuk bergambar dan sebagainya. Jadi masa terbahagi dua. Tetapi di rumah fokus saya hanya pada keluarga semata-mata. Selalunya aktiviti kami lebih menjurus pada hal anak.
Sumber: elyanaofficial1 & Majalah Keluarga Edisi Mac-Apr 2019
Tawaran harga menarik daripada Zalora, Klik di sini.

“Tersentuh Hati Tengok Chef Wan Layan Ibunya, Sangat Baik dan Mesra.”Patutlah Rezekinya Sentiasa Murah Kata Netizen!

Sangat beruntung dapat anak macam Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ni kan. Walaupun dia dikenali dengan mulut laser dan sangat berterus terang terutama dalam isu semasa, namun layanannya pada ibu sangat baik dan lembut.
Ada sahaja video mahupun gambar ibunya dimuatnaik dalam laman instagramnya yang kadang kala menimbulkan kelucuan. Ada saja benda yang hendak disakatnya pada ibu tersayang.
Tak kurang juga yang terharu melihat layanan Chef Wan pada ibunya yang sangat mesra dengan panggilan Cik Ani. Terserlah kasih sayang seorang anak yang tiada penghujungnya buat “syurga dunianya” itu.
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Selain itu, Dato’ Chef Wan turut memuat naik video yang menunjukkan ibunya sudah bangun dari tidur dan bersedia untuk sarapan bersama.
Rata-rata pengikut di instagramnya memuji layanan Chef Wan terhadap ibunya. Tidak kurang juga yang kagum dan memuji kepetahan Cik Ani berbahasa Inggeris selain memiliki kulit yang lembut dan cantik.
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Sumber: _chefwan58
“Mohon Maaf Saya Ambil Air Paip…”- Viral Tentang Nota Ni, Rupanya Ni Kisahnya!

Viral di media sosial berkenaan kemurniaan hati seseorang yang tidak bernama apabila meninggalkan sekeping nota yang cukup ringkas tulisannya namun cukup tinggi nilainya. Ini sekali gus mencuri perhatian warganet apabila dikongsikan oleh pemilik warung Pok Choh yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang Kuala Terengganu.
— Assalamualailum, Mohon Maaf, saya ambik air paip kat kedai ni. Di sini saya sertakan duit rm2#. Kereta mati. TQ —
Difahamkan menurut Mohd Fazli Jusoh atau lebih mesra disapa Abang Hogan, kedai makannya ditutup beberapa hari bersempena cuti panjang ketika mengundi baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Warung kami berdekatan Airport Kuala Terengganu. Kami jual sarapan, antara menu Nasi Dagang nasi lemak dan sebagainya.
“4 hari lepas kami cuti, esok akan mula meniaga selepas mengundi marin. Bila kemas-kemas kedai, terjumpa nota ni terselit atas meja tempat kami biasa hidangkan lauk-lauk. MasyaAllah.. hebat orang ni” ujarnya ikhlas memuji tindakan tersebut.
Menyedari betapa murninya hati si pemberi nota tersebut, wang yang diberikan telah dimanfaatkan, bukan untuk tujuan peribadi malah dijadikan wang sedekah untuk manfaat yang lebih berganda.
“Moga dipermudahkan urusan awak sekeluarga, insyaAllah. Nanti kami masukkan duit ni dalam tabung madrasah.
“Sebenarnya dok perlu pon bayar setakat air paip tu. Ambik jer sebanyak mana yang perlu, moga pahala terus mengalir ke pusara ayahanda Pok Choh.. Amiin,” ujarnya yang juga suatu ketika dahulu pernah diuji dengan mengidap kanser limfoma tahap 4.
“bukan nilai duit tu sebenarnya.. perbuatan yang kecik macam ni.. nilainya tinggi..-Netizen
Meninjau diruangan komen, warganet memberikan pujian dan wajar sifat yang baik ini terpahat kukuh dalam diri setiap antara kita.
“bukan nilai duit tu sebenarnya.. perbuatan yang kecik macam ni.. nilainya tinggi..,” komen salah seorang netizen.
‘Mohon jangan cuti sampai 4 hari lain kali,” seloroh salah seorang warganet.
Dan tidak kurang juga ramai memuji tindakan orang tersebut. “Bagus la gitu ia maklum pada owner kedai,” komen yang lain.
“Allahu. Budi pekerti yang baik orabg yang amik dan bagi. Moga pahala buat semua,” ujar yang lain pula.
“terbaik..moga pahala berlipat kali ganda..dan mengalir seperti air sungai yang deras,” doa yang lain pula.
Sumber : Warung Pok Choh