Perabot Lama Bertukar Baharu. Mudah & Murah Je Kosnya!

Share

Menaiktaraf perabot lama untuk nampak baharu dengan sedikit kos mampu menghasilkan gaya yang memukau.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaiza Saari, siapa sangka set sofa yang dimiliki kini adalah hasil daripada Diy perabot lama.

Nak lihat transformasi yang dilakukan olehnya, jom baca perkongsian ini.

Ada perabut lama jangan di buang, saya diy ja tukar balik perabut lama buat nampak baru untuk rumah flat saya.

Ni gambar kerusi asal, kusyen pun dah kemek.

Part ukur ni kena hati-hati jangan dah siap cantik tetiba nak pasang tak boleh masuk, korang tengok tukang ukur akak pun korang dah boleh agak kesungguhan dia.

Ni papan bahagian belakang nampak akak
letak span kat tepi supaya kain tak luka
nanti, ini papan bahagian yg akak nak letak butang 12 biji.

Ini la rupa asal kusyen lama tu akak selit dengan span kat celah bedah tu supaya nanti tak nampak belubang time ni la kalau nak
pekemas kasi padat.

Ni dah siap akak guna pakai stepler gun ..

Ini part nak masuk butang dalam lubang yang
akak tebuk tadi tu, part ni akak guna 2 orang
satu untuk tekan dan tarik benang butang
sorang lagi nak kena gun benang tu ke
papan ketat ketat! Ketat supaya kejadian nya cantik.

Dah tebalik pulak gambar akak ni, ni
bahagian belakang kusyen nampak
lubang yang akak dah tebuk tu … situ la nanti
akak nak masuk kan jarum.

Drill buat lubang untuk butang..akak pakai
butang untuk kusyen sandar je…

Bahagian kemasan dah akak beli kain yang
semiter 2.50 semiter untuk tutup bahagian belakang yang tak cantik tu.

Ni dah siap nak bawak jumpa rangka kusyen.

Akak pakai jarum ni ye beli kat kedai bunga, benang akak pakai benang ni, kuat sikit pasai kita nak tarik nanti tak putus,…belum akak lupa jangan tarik ja tekan sama span tu supaya butang tu lekat dengan cantik.

Sumber : Suhaiza Shaari

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club