
Siapa kata anai-anai langsung tak beri kesan dalam kehidupan kita. Kehadiran anai-anai di kediaman kita sememangnya satu ancaman besar.
Mana taknya, bukan hanya perabot dan kayu-kayu habis di makan anai-anai ini bahkan baju-baju yang tersimpan kemas di dalam almari juga turut musnah.
Rekahan dinding atau lubang pada kawasan rumah antara penyebab utama anai-anai mula mendekati kediaman kita. Tak perlu gunakan racun untuk menghalau anai-anai ini sebaliknya usahakan cara ini dulu untuk pulihkannya. Jom cuba.
Petua Halau Anai-anai
1. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
2. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
3. Air Kapur sirih
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
4. Air Cucian Beras
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
5. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Selamat Mencuba!
Dulu Alami Masalah Saraf Dan Tak Boleh Cakap, Berkat Urutan Dan Doa Tanpa Putus Seorang Nenek, Kini Haikal Bakal Jadi Tahfiz!

Tiada yang mustahil dalam membentuk dan mendidik anak menghafal al-Quran dalam usia muda. Yang penting disiplin.
Biarpun dibesarkan oleh nenek dan datuknya, adik Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin membuktikan kesungguhan dan dispilin yang tinggi membolehkan dia muncul juara Qari Junior 2017.
Sekali gus memenuhi impian neneknya, Asmah Jusoh dan datuknya Mohd Nasir Mohd Din, yang mahu menjadikannya seorang tahfiz akhirnya menjadi kenyataan.
Ibu-ibu di luar sana boleh menjadikan petua nenek Haikal ini sebagai panduan:
Petua Nenek Latih Cucu Cintakan Al-Quran
- Mulakan pendedahan pada al-Quran seawal usia 4 tahun. Haikal mampu khatam dalam tempoh 2 bulan dan menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika usia 8 tahun.
- Setiap bulan khatam al-Quran 2 kali.
- Setiap pagi bangun seawal 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah. Pada hari cuti, perlu habiskan 7 juzuk al-Quran. Sambil siapkan kerja sekolah, Haikal akan mengaji.
- Tak mengambil sebarang makanan ringan. Setiap hari bawa bekal yang dimasak nenek ke sekolah.
- Merakam surah dan membaca semula surah yang dirakam
Sejarah Sukar Haikal
Ketika usia setahun setengah, Haikal tidak boleh meniarap dan bercakap serta alami masalah saraf dan hampir menjadi orang kurang upaya.
Sejak itu, nenek latih Haikal menulis agar tangannya kuat. Diurut kaki dan tangan cucunya sambil tak henti berdoa pada Allah.
Umur 2 tahun, Haikal baru boleh berjalan tapi belum boleh bercakap.
Disebabkan tidak lekat nak sebut nama mama mahupun babah, nenek ajar Haikal sebut Allah. Sebut berulangkali sampai “Allah’ menjadi sebutan pertama anak kecil ini.
Ini Cara Haikal Hadapi Tekanan
Didikan nenek yang kental disiplin ada ketikanya membuatkan Haikal alami tekanan. Subhanallah… sungguh hebat Haikal atasi tekanan dirinya.
“Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji. Tak susah pun, cuma perlu fokus.”
Sumber: Sinar Harian/GPS Bestari
“Hargai Dan Sayangi Isteri & Suami Kita. Mungkin Esok, Kita Atau Dia Tidak Pulang.” Deep Perkongsian Ustaz Ini


“Tak Sia-Sia Dengar Kata Mak Suruh Berlakon Sampai Ke Sudah” Bell Ngasri Dinobat Bintang Paling Popular!

Pelawak Bell Ngasri mencipta sejarah manis apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung di Istana Budaya, di sini pada malam Jumaat.
Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri cukup sinonim dengan watak Barkoba dalam telefilem 16 Puas itu turut memenangi kategori Artis Komedi Popular.
Ternyata kempen besar-besaran yang dilakukan bintang berusia 43 tahun itu membuah hasil dengan kemenangan tersebut.
“Saya adalah orang yang pernah cakap tak perlu populariti. Saya tak bergantung kerana populariti dan masih di sini setelah 37 tahun.
“Saya hanya membawa watak kecil. Kalau di majlis (anugerah), saya perlu hiburkan orang ketika iklan. Tapi saya percaya ada orang yang minat,” ucapnya di pentas kemenangan.
Bell turut mendedikasikan kemenangan ini buat ibunya, Habibah Jaafar dan sutradara tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada emak daripada saya enam tahun, bawa angkut naik bas mini bagi susu dalam bas dan suruh berlakon.
“Sebenarnya ini permintaan dia juga untuk tengok anaknya jadi pelakon. Begitu juga watak Barkoba, terima kasih arwah Mamat Khalid,” katanya ketika mengambil trofi kemenangan.
Dalam pada itu, semasa berlangsungnya sidang media, Bell sekali lagi membuat ucapan khas buat ibunya yang selama ini tidak pernah lepas menyuruhnya berlakon dah berbuahkan hasil.
“Sepanjang 37 tahun saya dalam bidang ini, saya rasa akhirnya berbaloilah dengan apa yang saya buat selama ini. tak sia-sia saya dengar kata mak saya suruh berlakonlah sampai ke sudah.
“Berlakon la kau sampai bila-bila Bell, tak payah kau buat kerja lain. Saya nak belajar bidang lain disuruhnya berlakon juga. Tapi alhamdulillah impian ibu saya lah yang nak saya hargainya dengan inilah dia bintang paling popular.
“Mak saya hari ni pun menangis lagi. saya demi Allah saya tak tipu, apa saya cerita mak saya yang sebelum ni 5 hari dia menangis, betul, hari ni lagi pun dia menangis. Sampai saya untuk hari ni saya tak nak menangis saya tahan diri saya tapi ye la kadang2 xboleh nak tahannya.” katanya.
Sementara itu, Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni ABPBH 35 telah diberikan kepada Tan Sri Michelle Yeoh.
Bintang popular, Yuna pula diangkat sebagai penerima Anugerah Eksplorasi Seni ABPBH 35.
Di bawah keputusan penuh ABPBH 35 yang berlangsung di Istana Budaya pada malam Jumaat:
● BBNU LELAKI POPULAR – Amir Ahnaf
● BBNU WANITA POPULAR – Anna Jobling
● PENYANYI LELAKI POPULAR – Khai Bahar
● PENYANYI WANITA POPULAR – Aina Abdul
● ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR – Dolla
● AKTOR FILEM POPULAR – Beto Kusyairy
● AKTRES FILEM POPULAR – Sophia Albarakbah
● AKTOR TV POPULAR – Meerqeen
● AKTRES TV POPULAR – Anna Jobling
● PENYAMPAI RADIO POPULAR – Tyzo
● PENGACARA TV POPULAR – Elly Mazlein
● ARTIS KOMEDI POPULAR – Bell Ngasri
Selain 12 anugerah utama, tujuh lagi kategori Ekstra ialah:
● COUPLE TV POPULAR – Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
● COUPLE FILEM POPULAR – Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
● DRAMA POPULAR – Melur Untuk Firdaus
● LAGU PALING BOOM POPULAR – Terus Hidup (Aina Abdul)
● CONTENT CREATOR POPULAR – Alieff Irfan
● TIKTOKERS POPULAR – Sally Whoo
● LAWAK VIRAL POPULAR – Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey