Makan pepes ayam panas-panas memang sedap. Sesuai buat hidangan minum petang bersama keluarga.
Rasa ayam dan adunan rempahnya menjadikan hidangan ini enak untuk dijadikan hidangan.
Apa kata buat resipi ni. Jom cuba, pasti anak-anak suka!
Bahan-bahan
1 biji bawang besar
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5 tangkai cili kering
Sedikit halia
1 Inci kunyit hidup
Sedikit daun kunyit hiris halus
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 kotak santan
1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
*Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis.
Penyediaan:
Bahan yang siap diblender
Tumis bahan yang diblender sampai naik bau.Masukkan santan.Gaul rata.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak sampai bahan menjadi pekat.
Sediakan 3 ketul dada ayam.Potong kecik. Pecahkan 2 biji telur
Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi.Tak perlu tambah air.
Ayam yang telah dikisar.
Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.
Campurkan bahan yang ditumis bersama ayam.
Gaul sebati.
Sediakan daun Pisang.Potong lebih kurang 3×4 Inci.Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung.
Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.
Hasil yang telah dibungkus.
Kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit.Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan.
Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.
Siap untuk dihidang. Kalau tak tak ada daun Pisang boleh je masukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak.kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru di potong dan dibakar.
Selamat mencuba!
Sumber: Rosmirah Yussof