Siapa pernah makan pepes ayam? Ia merupakan salah satu resepi yang amat lazat dan mungkin kalau ada yang belum pernah mencuba rasa bolehlah dikatakan menu ini rasanya seperti sata dan otak otak.
Kalau beli, harganya boleh tahan. Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri guna resipi yang dikongsikan Nur Izzati Zulkifli ini. Tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
Alhamdulillah..pertama kali cube buat pepes ayam..teringin sgt2..menjadi..cukup sume rase..cume cara lipat tu jew..hahahahaa..
Resepi pepes ayam
Bahan-bahan
Isi ayam(blend kering sampai lumat)-beli online disini
Telur 2 biji
Bawang merah 5 biji*
Bawang putih 6 ulas*
Halia 1 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Jintan manis 2 sdb*
Jintan putih 2 sdb*
Ketumbar 2sdb*
Serai 3 batang*
Cili boh 1 senduk
Daun pisang
Garam
Gula
Serbuk perasa
Santan kotak setengah kotak kecik
Isi ayam tu lps blend kering ketepikn bersama telur 2 biji
Kisar semua bahan yang bertanda *
Cara membuat:
1) Panaskan sedikit minyak..masukkn bahan blend(kecuali isi ayam blend dan telur) dgn cili boh 1 senduk..masak sehingga pecah minyak..minyak jangan banyak yew..agak-agak jew..lepastu masukkan santan setengah kotak..
2) Perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa
3) Setelah masak ketepikan dalam bekas sehingga sedikit sejuk
4) Bila dh sejuk campurkan dengan isi ayam blend dengan telur 2 biji
5) Gaul sehingga rata
6) Potong daun pisang(layorkn sekejap)
7) Letakkn 1 sudu bahan2 td kt atas daun pisang dan stapler atau cucuk lidi
8) Kukus kan selama 20 min
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
9) Siap kukus sudah boleh bakar sekejap
Siap…
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club