Hari ini kita semua menerima berita duka dengan perkhabaran penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 2.15 petang tadi.
Seakan baru sahaja antara kita ulang menonton lakonan hebatnya di dalam filem Darah Satria bersempena bulan kemerdekaan baru-baru ini. Namun hari ini berita duka pemergian Aman Shah, disahkan sendiri oleh anak sulung Allahyarham, Hadzly.
Ini sebagaimana memetik berita yang dilaporkan oleh Awani.
Menurut Hadzly, 43, Allahyarham bapanya dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu.
Kata Hadzly, buat masa ini, jenazah bapanya masih berada di IJN dan akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras pada pukul 6 petang ini sebaik selesai dimandi dan dikafankan.
Hadzly berkata, mana-mana kenalan atau ahli keluarga yang berhasrat untuk memberi penghormatan kepada Allahyarham bapanya boleh melakukannya di masjid berkenaan.
“Insya-Allah jika tiada aral jenazah ayah saya akan dikebumikan sebelum solat Maghrib,” kata Hadzly.
Ads
Aman Shah yang berusia 68 tahun pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari.
Dilahirkan di Johor Bahru pada 9154, ketika bergelar penyanyi, Allahyarham Aman Shah pernah bernaung di bawah syarikat rakaman EMI antara 1980 hingga 1987.
Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.
Sumber : Awani
Ads
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Malah, ada yang mengganggap anak-anak ini sebagai cerminan ibu bapa, bak kata pepatah ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’
Didikan yang baik membuahkan hasil yang baik untuk anak-anak. Sikap toleransi, bertanggungjawab dan tolong menolong antara nilai yang baik untuk diterapkan. Malah tidak ketinggalan amalan bersedekah pada yang kurang memerlukan.
BUDAK LELAKI 6 TAHUN JUAL MAINAN UNTUK BELANJA ANAK YATIM
Bukti didikan baik ibu bapa pada adik yang dikenali sebagai Sayf Mecca, yang tular baru-baru ini di Twitter yang mengambil keputusan untuk menjual koleksi mainannya. Hasil daripada jualan tersebut, dia mahu belikan set Happy Meals untuk diberikan kepada rumah anak yatim.
Menerusi perkongsian ibunya bernama Adawiyah, anak lelakinya yang berusia 6 tahun itu mengambil keputusan untuk menjual koleksi mainannya berpunca daripada maskot Mickey Mouse di McDonalds.
Jelasnya, maskot itu kelihatan seperti meminta sedekah dan secara tidak langsung memberi idea kepada Sayf untuk berkongsi rezeki bersama rakan-rakan yang tidak berkemampuan.
Sayf Mecca(6 tahun) jual his toys utk nak belanja orphanage (35orang) happy meals! Thanks aunty uncle yang support Sayf Mecca.
Sayf malu malu masa bagi bagi kan happy meal. Haha sikit lagi jd YB @SyedSaddiq. Btw, Sayf Mecca decide nak belanja friends dia sebab dia tgk ada mascot mickey mouse dkat mcd minta sedekah so dia came out with idea nak jual toys and tlg less fortunate friends.
Sayf malu malu masa bagi bagi kan happy meal. Haha sikit lagi jd YB @SyedSaddiq . Btw, Sayf Mecca decide nak belanja friends dia sebab dia tgk ada mascot mickey mouse dkat mcd minta sedekah so dia came out with idea nak jual toys and tlg less fortunate friends. pic.twitter.com/sXJsQsJhnf
Today Sayf Mecca sambung lagi garage sale depan rumah mimi di ampang. Siapa nak support Sayf Mecca’s charity project boleh dm for address. Ada hotwheels and monster truck. Rm2-rm5 only!
Perkongsian itu mendapat perhatian warga Twitter dan mereka bangga dengan peribadi adik Sayf serta mendoakan yang baik-baik. Malah ada juga yang berniat untuk turut membantu dengan membeli mainan yang dijual olehnya.
Datin Lisa Surihani baru-baru ini berkongsi momen sewaktu dia berpantang selama 44 hari bersama bayi ketiganya.
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kesayangan Dato Yusry Abd Halim ini melahirkan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Mak Budi yang juga Confinement Lady atau CL yang menjaganya selama dalam pantang.
Menurut Lisa, Mak Budi banyak membantunya mengembalikan tenaga selepas melahirkan anak ketiganya. Walaupun Mak Cudi adalah CL yang dibayar atas khidmatnya, namun keperibadian Mak Budi cukup disenangi mereka sekeluarga.
Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga @lavenderconfinementcare . Dari waktu hamil trimester kedua, liaise bersama Puan Aishah, yang mengaturkan semua dgn amat sopan dan baik sekali dan mengikuti langkah2 atas sebab keadaan sekarang bg memastikan keselamatan semua.
Menurut Lisa lagi, kehadiran Mak Budi banyak membantunya dalam proses berpantang selain cukup rajin dan khidmat yang diberikan melebihi daripada yang diminta.
Terima kasih Aishah, kerana membantu dan menyenangkan keadaan bg saya sekeluarga sebaik mungkin. Pengalaman pantang yang amat baik bg saya dan anak, Alhamdulillah dikurniakan CL yang baik, Mak @budisampir , servis dijalankan dgn baik, tp Mak Budi buat lebih walaupun tidak diminta.
Bahkan perwatakan Mak Budi yang cukup lemah lembut dan kelakar amat disenangi mereka sekeluarga.
Perwatakan santai, lemah lembut tapi kelakar buat kami sekeluarga jadi biasa dgn Mak Budi. Byk membantu keadaan saya bukan sahaja dari segi physical, tetapi mental dan emosi juga. Byk memori utk dikenang dan ketawa bila ingat kembali.
Justeru, Lisa dalam perkongsiannya mengakui cukup sedih kerana selepas ini mereka berpisah. Bahkan, kasih sayang Mak Budi kepada anak-anaknya membuatkan Lisa terasa sayang untuk berpisah dengan wanita tersebut.
Terima kasih juga kerana menjaga dan menyayangi Yunos macam cucu sendiri sepertimana Mak Budi sayang dan ingat pd baby2 customer lain. Kami akan rindu kehadiran Mak Budi dan gelak tawa smpai mata berair sama Mak Budi. 💜
Selesai ini, saya du’akan moga Mak Budi dan Team Lavender sentiasa di bawah perlindungan Allah swt, moga dikurniakan barakah , rahmah, dan afiah sentiasa.
Pernah tak alami situasi ini apabila, anak-anak sedang bergaduh. Adakah kita perlu marah abang atau anak yang kecil. Ini satu tips yang dikongsi oleh seorang Ustaz.
Ikuti selanjutnya perkongsian bermanfaat ini untuk memastikan kita mendidik anak dengan cara yang betul.
Dulu semasa saya kecil, saya selalu bergaduh dengan abang saya nombor lima. Macam anjing dengan kucing, ibaratnya. Hehe! Tetapi ibu saya selalu menangkan abang. Ibu marah dan rotan saya.
Pernah sekali saya mencarut, keluar perkataan bukan-bukan (semoga Allah maafkan saya), abang-abang pun apa lagi, tangkap dan ibu ambil cili dan cilikan mulut saya. Pergh! Rasa 2 inci tebal mulut ini. Padahal itu salah abang saya, bukan salah saya. Saya rasalah. Hehe!
Satu hari, saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada seorang ustaz ini.
“Kalau anak kita bergaduh yang kecil dan besar, jangan marahkan yang besar sebab dia dah besar.
Malu dia depan adik dia bila dia kena marah. Tapi marahkan yang adik. Bila abang tengok adik dia kena marah, si abang akan rasa kasihan pada adiknya,” katanya.
Saya terus terfikir. MasyaAllah, ibu saya tak pernah pun pergi ceramah parenting seperti ini, saya rasa. Atok-atok nenek kita tak pernah pun pergi kursus bagai. Tetapi cara didikan mereka itulah yang menyebabkan kita menjadi ‘manusia’ hari ini. MasyaAllah.
Ada seornag cikgu ini memberitahu saya satu lagi ilmu, macam mana nak beri anak-anak kita berkasih sayang. Rupa-rupanya dari kecil lagi kita perlu melatih mereka memberi hadiah sesama dia.
“Akak, ini hadiah adik bagi. Akak cakap akak sayang adik,”
Kadang-kadang beritahu juga pada kakak,
“Adik, ini kakak ada bagi hadiah,”
Sebenarnya kita yang beri hadiah itu tetapi gunakan nama anak-anak kita yang bagi. Nanti mereka sayang antara mereka.
Tetapi sedih bila melihat situasi hari ini. Kadang-kadang bila pergi shopping dengan wife, ternampak gelagat mak dan ayah marah anak mereka di depan orang ramai. Cubit, lempang anak di depan anak-anak yang lain. Baru saya faham sebenarnya setiap anak ini ada maruah masing-masing. Jangan jatuhkan air muka anak kita di depan anak-anak yang lain supayah mereka saling sayang menyayangi dan hormat menghormati.
Sebab itu kadang-kadang saya ditanya, “Anak saya ini makin besar, makin tak nak ikut kami pergi ke mana-mana ustaz. Budak-budak sekarang..”
Bagi saya, sama saja budak sekarang dengan budak dulu. Tetapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yang kita wujudkan di rumah dan di tempat dia belajar.
Anak-anak hari ini lebih suka duduk dengan kawan-kawan mereka sebab kawan-kawan lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa menghargai anak kita. Kita lebih suka bercakap dengan telefon dan senyum pada telefon berbanding senyum dan bercakap dengan anak-anak kita.
“Ya Allah, ampuni kami. Semua salah saya,”
Saya pernah dikongsi satu orang pakcik. Dia suami kepada cikgu kima saya dulu, Cikgu Joned Badar. Pakcik Mus ada 11 orang anak lelaki dan semua berjaya dengan bermacam-macam profession. MasyaAllah. Masa kecil, anak-anak mereka ini kalau datang beraya, habis rumah orang dikerjakan. Pecah sana sini, tuan rumah berbulu je tengok. Tetapi pakcik Mus akan bawa anak dia yang buat salah tadi masuk kereta, bawa pusing-pusing makan aiskrim. Selepas habis makan, dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta seorang-seorang. Bukan di hadapan anak-anak yang lain. MasyaAllah. Banyak yang saya belajar dengan pakcik Mus.
Kadang-kadang perasan tak, kita kata pada anak kita.
“Ibu nak Ahmad balik sebelum jam 6.30 petang!”
Bila dia balik lewat, kita marah, tengking dan pukul mereka. Tetapi ada masa dia balik lebih awal dari jam 6.30 petang, kita terlupa nak menghargai dia.
“Bagus anak ibu, balik awal. Anak soleh betul,”
Kadang-kadang kita kedekut nak memuji anak kita. Kita lebih suka melihat kebaikan anak orang lain, puji anak orang lain berbanding memuji darah daging kita sendiri.
Ya Allah Tuhan kami, maafkan kami. Kami bodoh, tak pandai menjadi ibu dan bapa, abaikan tanggungjawab kami untuk mendidik anak kami dengan cara sunnah. Kami tak kenalkan mereka dengan Mu dan Nabi SAW. Maafkan kami ya Allah. Kami lebih sibuk dengan dunia kami, harta kami berbanding mendidik anak-anak kami menjadi seperti sahabah rhum.
Ya Allah, ajarlah kami menjadi ibu bapa seperti sahabah rhum. Wahai Allah Tuhan kami, janganlah jadikan anak-anak kami sebagai penghalang pada kami untuk masuk syurgaMu. Amin. – Ustaz Khailil Razak | Dr Zubaidi
Credit: Penmerah via Kids Wear by Darwish Rich Design
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...