Pasca banjir, di sebalik orang ramai memberi tumpuan untuk sama-sama menghulurkan bantuan dan pertolongan membersihkan rumah buat keluarga yang dilanda banjir, pakar kesihatan turut memberikan amaran tentang bahaya pendedahan dan penularan penyakit bawaan air seperti leptospirosis (kencing tikus), taun dan demam kepialu.
Lantaran itu, sebagai langkah berjaga-jaga Dr Erna Nadia memberi pesanannya di media sosial untuk dijadikan peringatan bersama.
Ujarnya sama ada banjir biasa atau banjir lumpur, kedua duanya boleh menyebabkan sistem kebersihan menjadi lemah dan sukar dikawal.
Gambar: Sumber NST
Dapatkan Single Dose of Doxycycline
Bagi mereka yang mahu menolong sebagai sukarelawan/sukarelawati, dapatkan single dose of doxycycline di klinik berhampiran anda. Ini adalah antibiotik dan ianya adalah ubat terkawal. Tak boleh main beli sahaja ya.
Single dose antibiotik ini adalah salah satu cara untuk prevent penyakit bawaan air seperti kencing tikus atau leptospirosis.
Ads
Ya anda mahu membantu namun kesihatan tetap perlu dijaga juga.
Tak Sihat Segera Maklumkan
Bagi mangsa banjir, jika tidak sihat, maklumkan pada sukarelawan/wati yang datang membantu. Jangan diam atau takut. Kita semua mahu membantu anda inshaAllah.
Semoga segalanya dipermudahkan untuk kita dan semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik, amin.
suri rumah atau bekerja?ebenarnya berada di rumah akan lebih penat jika kita tidak pandai menguruskan masa.
Lebih-lebih lagi, apabila tiada kerjasama dan bantuan dari pasangan kita. Semuanya dilakukan sendiri. Itu yang menyebabkan ada yang tertekan dan kepenatan.
Justeru, untuk kaum lelaki bergelar suami, kena baca catatan lelaki ini yang dikongsikan di laman facebooknya. Menurut Firdaus Shakirin, isterinya sebelum ini bekerja tetapi mengambil keputusan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Pengalaman pernah menjadi suri rumah hujung minggu membuatkan lelaki ini tahu betapa penatnya melakukan kerja rumah sendiri berbanding ketika waktu bekerja.
Bekerja dgn jadi surirumah, yg mana lagi penat? Saya tanya isteri…sbb dia berenti keje utk jadi surirumah…
Dia kata jadi surirumah lagi penat…
Penat keje lain, penat surirumah lain..saya faham, saya kata awk tak perlu buat smua, awk masak, jaga anak ja…yg lain smua tinggal kat saya, balik keje, saya buat la…
Yg lain2 tu apa…kemas umah, basuh baju, sidai baju, lipat baju…yg tu tggal, saya bleh buat, bukan pyh pun, bukan lama pun, jap je nk setel…
Saya faham, sbb saya pernah jd “surirumah hujung minggu” bila isteri kena keje time ujung mgu…Kul 6 bgun, mandi, sembahyg…anak2 tdo lagi, isteri plak nk kluar g keje dah…Then, saya start la buat keje2 umah, mula dgn basuh baju dlu…Sambil2 mesin tgh jalan tu, ambik penyapu, sapu umah smua…kena buat pelan2, takut anak2 jaga…lepas habis sapu, mop lantai…elok ja baju2 dh siap dlm mesin tu, angkat dan sidai…
Siap dah dua keje…kemas umah dan sidai baju…
Anak2 jaga…bagi susu, buka cerita kartun…pastu bagi diorang mandi, lpas mandi, bwk g cari sarapan…blk suap diorang mkn, then main2 dgn diorang…tghari, bwk plak diorang p bgkus lauk…berdukung sambal pilih lauk…kalau nasib saya baik, ada pekerja kat kedai tu tolong ceduk, bgkuskan kat saya sbb nmpk berdukung ank…sorang dukung, sorang lagi pegang kat tepi…nasiblah saya pandai masak nasi, xpyh beli dah nasi…lauk ja yg kena beli…
Habis mkn tghari, masa ni selalu diorang akan tdo…maka bg la diorang tdo plak, lpas tdo, sya bgun, kluar basuh pinggan, kmas dapur, kmas mainan2 ank td tu…angkat baju di ampaian, lipat…anak tdo sejam dua, diorang jaga, sambung la main plak smpai ke ptg…umah bersepah lagi sekali…ptg2, bwk naik motor, ronda2 taman…sementara nk tgu ibu diorang balik…
Dah isteri nk blk, kita pun kemas umh lagi, bg nmpk elok, bersih, teratur, then bg anak2 mandi, siapkan ank2, pkai baju tdo siap2..isteri balik, dah xde apa keje yg dia kena buat dh…
Dari pagi hingga ptg tu, terasa lama sangat, lambat ja masa berlalu…selalu ja tgok jam, bila bini nak balik ni…kita ni tak rehat lagi, tdo pun xsempat lagi, mandi pagi tadi sekali tu ja…keje plak tak pernah habis, ada ja keje nk kena buat…
Sbb tu, saya suruh isteri “simpan” sikit keje2 utk saya…dia tak perlu buat smuanya, sbb nnt dia akan jadi kalut, jd penat dan letih…jaga anak dan memasak dah cukup dah…
Kita org laki, yg dh jadi suami, klu ada usaha, ada kesungguhan utk buat keje2 umah, insyaAllah, xde masalah…keje ringan ja pun, xberat sgt pun, peluh kluar skit ja…didik diri utk selalu tolong isteri, sbb hakikinya, itu memg keje2 yg kita sendiri perlu buat, cuma isteri yg “tolong buat” utk kita…
Gout merupakan satu bentuk artritis akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Asid urik terhasil daripada pemecahan bahan kimia purin dalam badan. Kebiasaannya, purin hadir secara semulajadi di dalam badan, tetapi ia juga terdapat dalam sesetengah jenis makanan. Asid urik disingkirkan daripada badan melalui air kencing.
.
Diet untuk pesakit gout boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah. Diet tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi. Pesakit gout yang mengamalkan diet bagi gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik.
.
Tujuan pengurusan pemakanan bagi pesakit gout adalah supaya untuk mencapai berat badan ideal dan tabiat pemakanan yang baik, mengelakkan sesetengah makanan yang tinggi kandungan purin, mengambil makanan yang baik dan membantu mengawal paras asid urik
Prinsip asas diet bagi pesakit gout :
.
1. Penurunan berat badan – berlebihan berat badan meningkatkan risiko untuk menghidap gout. Kajian mencadangkan penurunan kalori dan berat badan boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan serangan gout. Penurunan berat badan juga akan mengurangkan tekanan terhadap sendi-sendi.
.
2. Karbohidrat kompleks – makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta bijirin penuh yang membekalkan karbohidrat kompleks. Elakkan makanan dan minuman yang ada kandungan sirap jagung tinggi-fruktosa (high-fructose corn syrup), serta hadkan meminum jus buah-buahan yang semulajadi manis. Metabolism fruktosa dalam badan akan menghasilkan asid urik seterusnya meningkatkan parasnya dalam darah.
.
3. Minuman – kekalkan hidrasi dengan meminum banyak air kosong.
.
4. Lemak – elakkan pengambilan lemak tepu daripada daging, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak.
.
5. Protein – pilih bahagian daging/ayam tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan kekacang sebagai sumber protein.
Saranan makanan atau suplemen yang lebih khusus :
1. Organ dalaman – elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, paru, perut, limpa dan lain-lain : ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
2. Daging merah – hadkan pengambilan daging lembu, kambing dan khinzir.
3. Makanan laut – sesetengah jenis makanan laut seperti ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi berbanding yang lain. Akan tetapi, kebaikan pengambilan ikan adalah lebih banyak berbanding risiko bagi pesakit gout. Oleh itu, pengambilan ikan secara sederhana adalah disarankan.
4. Sayur-sayuran tinggi purin – kajian telah menunjukkan bahawa kandungan purin dalam sayur-sayuran seperti bayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.
5. Alkohol – Bir dan likuor meningkatkan risiko penyakit gout dan serangan gout berulang. Pengambilan wain secara sederhana pula tidak meningkatkan risiko serangan gout. Elakkan alkohol semasa serangan gout berlaku, dan hadkan alkohol, terutamanya bir pada masa lainnya.
6. Makanan dan minuman manis bergula – hadkan/elakkan makanan manis bergula seperti bijirin manis, kuih muih manis dan roti/bakeri. Hadkan pengambilan jus buah-buahan yang semulajadi manis.
7. Vitamin C – Vitamin C mungkin membantu menurunkan paras asid urik. Bincang dengan doktor/pegawai dietetik tentang kesesuaian suplemen tambahan 500 mg vitamin C dengan diet serta pelan perubatan anda.
.
8. Kopi – terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan kopi secara sederhana berkemungkinan membantu penurunan risiko gout. Namun, pengambilan kopi mungkin tidak sesuai jika anda mempunyai masalah perubatan yang lain. Berbincanglah dengan pegawai dietetik untuk menentukan kesesuaian jumlah kopi dalam diet anda.
Diet bagi pesakit gout boleh membantu menyekat pembentukan asid urik dan meningkatkan penyingkirannya. Namun, diet ini tidak dapat menurunkan kepekatan asid urik secukupnya bagi merawat gout. Ubat-ubatan masih diperlukan disamping diet yang betul untuk membantu mengurangkan kekerapan serangan gout dan tahap keterukan penyakit gout.
Diet yang bersesuaian, disamping kawalan kalori dan senaman berterusan adalah perlu untuk memperbaiki tahap kesihatan pesakit gout secara menyeluruh dengan membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nama Dr Amalina bukanlah asing bagi masyarakat kita, dahulu dia dikenali kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM sehingga ditawarkan melanjutkan pengajian di luar negara.
Baru- baru ini namanya sekali lagi meniti di bibir masyarakat bila mana muncul antara individu terawal yang bertanggungjawab dalam proses pembedahan adik Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan di dalam mulut.
Rentetan daripada kejayaan itu, ramai netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Amalina dan pasukannya yang berjaya melakukan pembedahan itu dengan selamat. Tak kurang ada ada yang melemparkan kata-kata negatif kononnya dia tidak menutup aurat dengan sempurna kerana tidak bertudung.
Persoalan tersebut turut diajukan kepada Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih mesra dengan panggilan Dr Maza. Semoga pandangan yang diutarakan oleh Mufti Perlis ini menjawab segala persoalan dan menutup cercaan kepada mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
BUAT BAIK TAPI TAK PAKAI TUDUNG.. Catatan Dr MAZA
Sejumlah orang menghantar soalan kepada saya tentang kebaikan seorang doktor perubatan yang membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak yang menghidap Germ Sell Tumour. Kisah itu viral dan menjadi trending sehari dua ini. Persoalan mereka “patutkah kita memuji-muji doktor tersebut sedangkan beliau tidak bertudung kepala dan agak seksi?”.
Walaupun kita rasa persoalan seperti itu tidak wajar, namun itulah persoalan yang bermain dalam fikiran sebahagian mereka yang terkena versi kefahaman Islam yang bersifat punitif. Kadang-kala bukanlah salah mereka, sebab mereka telah dididik dalam versi kefahaman agama seperti itu. Kefahaman agama mereka bersifat begitu menghukum sesuatu kekurangan yang mereka lihat pada seseorang dan gagal melihat kebaikan-kebaikan lain yang ada pada individu yang sama.
Versi kefahaman atau cara fikir seperti itu menjadikan mereka memilih satu amalan yang menjadi satu ukuran utama mereka seperti bertudung, atau menyokong perjuangan mereka atau seumpamanya. Itu dijadikan penentu tunggal bagi kebaikan dan keburukan seseorang. Segala amalan baik akan dinafikan jika tidak mempunyai ciri yang mereka pilih itu.
Mereka itu lupa bahawa di akhirat kelak, ALLAH menimbang dengan adil setiap kebaikan dan kejahatan seperti yang ALLAH nyatakan dalam Surah al-Zalzalah. Mereka juga lupa al-Quran dalam Surah al-Qari’ah menyatakan bahawa sesiapa yang pahalanya mengatasi dosanya maka dia akan ke syurga. Sesiapa yang sebaliknya, maka dia ke neraka. Ertinya, penilaian ke syurga bukan dibuat atas siapa yang tidak mempunyai dosa, tetapi siapa yang pahalanya mengatasi dosanya.
Mereka lupa dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya Nabi s. a. w. memberitahu bagaimana diampun dosa pelacur kerana memberi minum kepada anjing yang kehausan hampir mati. Tentulah betapa lebih layak untuk mendapat keampunan seseorang yang memberi minum atau menyelamatkan nyawa manusia yang terancam jika dilakukan dengan jiwa yang kudus.
Ya, dosa tetap dosa. Kita tidak menghalalkan dosa disebabkan sesuatu kebaikan yang lain. Namun, kita tidak boleh menafikan kebaikan seseorang disebabkan satu dosa yang lain. Boleh jadi orang yang kita lihat melakukan sesuatu dosa itu, dia lebih baik di sisi ALLAH disebabkan pahalanya yang lain atau kemurnian niatnya yang kita mungkin tidak tahu. Boleh jadi kita yang tidak melakukan dosa tertentu ini, lebih buruk di sisi ALLAH disebabkan dosa yang lain.
Justeru, janganlah kita cuba menentu syurga dan neraka sesiapapun. Tugasan kita hanya memberitahu bahawa itu dosa, ini pahala. Pahala boleh membawa ke syurga, sementara dosa boleh membawa ke neraka. Beritahu apa yang ALLAH suruh dan apa DIA larang.
Adapun kedudukan pelaku dosa dan pahala di sisi ALLAH, hanya DIA yang maha tahu. Dia Yang Maha Mengetahui hakikat keseluruhan hidup seseorang zahir dan batin. DIA yang mengetahui timbangan antara dosa dan pahala seseorang.
Kemudian kita hendaklah kita tahu di sana ada dosa peribadi hanya antara hamba dengan TuhanNYA tanpa membabitkan hamba-hamba ALLAH yang lain. Dosa jenis ini mudah diampunkan oleh ALLAH. Di sana pula ada dosa yang membabitkan kezaliman antara kita dengan hamba-hamba ALLAH yang lain. Dosa ini tidak diampuni sehingga kita memohon kemaafan atau membayar pahala kita di akhirat kelak. Jika tidak, kita mesti menanggung dosa orang yang kita zalimi. Inilah yang Nabi s. a.w tegaskan dalam hadis riwayat Muslim.
Maka, boleh jadi ada orang yang di mata kita lekeh disebabkan dosa peribadi seperti tidak menutup aurat, namun dia kurang melakukan dosa dengan hamba-hamba ALLAH yang lain. Boleh jadi orang yang kita pandang tinggi dengan penampilannya, tapi betapa banyak dosanya dengan hamba-hamba ALLAH yang lain.
Justeru, janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan yang kita lihat. Ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang dia lakukan, tapi kita dituntut untuk adil dalam menilai orang lain. Dosa dinilai dosa, baik dinilai baik. Ada dosa tidak semestinya tiada kebaikan. Ada pahala tidak semestinya tiada dosa.
Akhirnya, hendaklah kita sedar, kita semua sebenarnya pendosa. Cumanya, antara yang diketahui orang dan tidak ketahui oleh orang lain. Seperti mana kita mahu orang adil kepada kita, maka adillah kita terhadap setiap orang. Apa yang salah ia tetap salah tetapi tidak bererti menafikan kebaikan yang lain jika ada. Apa yang baik tetap baik, tetapi tidaklah menjustifikasi dosa yang lain.