Salam takziah kepada ahli keluarga 68 penumpang dan anak kapal Yeti Airlines (ATR-72) di Nepal selepas pesawat itu terhempas 10 saat sebelum mendarat di Lapangan Terbang Pokhara.
Susulan insiden malang ini, sebuah rakaman video memaparkan detik akhir sebelum kejadian nahas pesawat di Nepal pada akhir minggu lalu menjadi tular di media sosial.
Difahamkan klip video tersebut sebenarnya sempat dikongsi oleh seorang penumpang warga India, Sonu Jaiswal yang menaiki penerbangan Yeti Airlines 691 dari Kathmandu ke Pokhara itu beberapa saat sebelum pesawat yang dinaikinya terhempas.
Rakaman berkenaan jelas memaparkan keadaan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara yang diambil dari dalam pesawat yang membawa 68 penumpang bersama empat kru tersebut ketika ia bersiap sedia untuk mendarat.
Jaiswal kemudiannya merakamkan situasi di dalam pesawat sebelum cahaya seperti kilat muncul pada skrin secara tiba-tiba disusuli jeritan penumpang dan bunyi kuat dipercayai berpunca daripada enjin pesawat.
Ahli keluarga dan rakan Jaiswal yang telah menyaksikan video itu menerusi akaun Facebook miliknya mengesahkan ketulenannya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Dia membuat siaran langsung ketika pesawat itu terhempas ke dalam gaung berhampiran Sungai Seti,” ujar temannya, Mukesh Kashyap.
Bagaimanapun, masih tidak jelas bagaimana dia memperoleh akses kepada internet ketika pesawat belum lagi mendarat.
Difahamkan, pasukan penyelamat sedang berhempas-pulas untuk mengeluarkan baki mayat mangsa penumpang dari bangkai pesawat berkenaan yang hancur berkecai.
Jurucakap polis, AK Chhetri berkata, sebanyak 70 mayat mangsa penumpang telah ditemui sehingga awal pagi Selasa.
“Lapan mayat sudah diserahkan kepada waris keluarga masing-masing. Penyerahan 14 mayat akan dibuat selepas proses autopsi selesai, manakala 48 mayat bakal dihantar ke Kathmandu untuk ujian DNA,” jelasnya.
Pihak berkuasa turut menggunakan dron untuk mengesan dua lagi korban nahas tersebut setelah kawasan carian diperluaskan kepada tiga kilometer.
Pada Isnin, pasukan penyelamat menyerahkan kotak hitam pesawat buatan Perancis tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan selanjutnya bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tragis berkenaan. – Agensi
Sumber : Sinar Harian
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club