Ekoran kes Covid-19 meningkat baru-baru ini sehingga membabitkan kanak-kanak mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa ekoran anak-anak kini sudah memulakan persekolah.
Ekoran daripada itu, pihak Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat. Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN). “Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching. “Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos.
“Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah COVID-19, seperti Kuching, Sarawak. Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar di empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos.
Ads
Berikutan itu, beliau berkata JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.
Ads
Menjawab soalan tambahan Teo sekiranya KPM bercadang menutup sekolah di Sabah susulan terdapat kes positif dalam kalangan murid di negeri itu, Radzi berkata perkara itu akan dilihat mengikut kes.
Ads
“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah). “Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut,” katanya.
Pada satu tahap dia pernah dilemparkan dengan tuduhan ‘gila’ kerana buat macam macam termasuk jual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi menyelamatkan syarikat dan stafnya.
Jujur mengakui Mila atau nama penuhnya, Nursyamila Jirin, 34, sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, dia tak pernah ada sekelumit rasa seperti hilang arah atau kecewa.
“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar (pandemik) ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan. Dan macam macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini
” Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri. Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan bulan.
“Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan. Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu. Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya.
Restoran terpaksa ditutup
Kata Mila, Restoran Embun Urai menyajikan restoran makanan laut ala Thai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong juga saat ini terpaksa ditutup sementara waktu.
“Dalam perniagaan pasti ada yang kita dapat selamatkan dan sebaliknya. Itu lumrah.
“Yang boleh diusahakan dengan cara lain, kita usaha teruskan. Insya-Allah Tuhan beri jalan. Kita jalan terus,” katanya yang sudah 20 tahun menceburi perniagaan.
Kempen RM5 Juta
Sedar ramai yang bergelut dan terkesan dengan pandemik COVID-19, orang kuat jenama perniagaan Bizmilla bersyukur kerana ruang membantu itu dipermudahkan menerusi Kempen RM5 Juta Tunai Percuma dengan kerjasama Malakat Mall.
Kempen bermula 31 Julai itu menurut Mila atau Noorsyarmila Jirin diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini. Bahkan kempen itu juga dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.
“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.
“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh ataupun nak tunjuk hero. Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah. Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati.
“Lalu, inisiatif kempen ini dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall diharap mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan,” kata isteri kepada Ailis Mustapha ini.
Pulangan tunai kepada pelanggan
Bercerita lanjut mengenai kempen itu, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’ atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.
“Peruntukan wang tunai RM5 juta itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit
tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.
“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma’ ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi.
“Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya.
Hadiah percuma baucar tunai RM300
Kata Mila lagi, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.
“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.
“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.
Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.
“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya.
Manfaat untuk lebih 100000 keluarga
Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, sangat teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.
Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.
“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” kata Coach Fadzil.
Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya (Malakat Grocer) ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kecur liur lihat resipi ni kan, bagi keluarga yang suka menu berasaskan daging bolehlah cuba resipi Daging Goreng Thai Style ni buat berbuka.
Bagi anda yang gemarkan resipi yang berempah, ini sesuai dicuba kerana banyak rencah dan lebih ‘rasa’ dalam setiap gigitan.
DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.
Resepi Original – @Azahari Abdullah @Selongkaq Dapuq Chef -Abang ‘ E
Kredit Resepi Anak Mama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum sedia maklum mengenai insiden yang melanda pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad. Dia yang direman selama tiga hari bagaimana pun dibebaskan dengan jaminan polis.
Menerusi perkongsian terbaru, pelakon I Promise, Janji Anaqi memuat naik satu kapsyen yang ringkas bersama video pendek yang memaparkan dia bersama anak lelakinya Jebat Jayden.
” ‘ I’m ok Insya Allah, Baba loves you so much ‘. Demikian kapsyen yang ditulis Sharnaaz.
Namun yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah video tersebut dirakamkan dalam gambar hitam putih.
Sedikit sebanyak menggambarkan suasana sedih dan sayu usai apa yang dilalui pelakon berkenaan. Lebih meraih tumpuan adalah wajah anaknya yang tampak sedih dan tidak ceria seperti sebelum ini apabila bertemu dengan babanya.
Sejak dahulu lagi, semua tahu hubungan erat antara ayah dan anak ini. Bahkan, kasih sayang yang ditunjukkan oleh Sharnaaz untuk anak tunggalnya itu membuatkan peminat kagum.
Bukan itu sahaja, dua beranak ini juga cukup akrab. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-sama yang membuatkan peminat turut terhibur apabila menontonnya. Gelak ketawa anak dan ayah ini penuh rasa bahagia dan kasih sayang.
Rata-rata rakan selebriti dan juga peminat turut memberi kata-kata semangat buat Sharnaaz. Tak kurang juga yang meluahkan rasa sebak mereka setelah melihat reaksi Jebat dan Sharnaaz ini.
fizoomar Be strong bro..ko je yg tahu ape yg sebenarnya berlaku..we always pray for u brother!!
elizadsharifuddin Baba & jayden kuat ! Moga di bwh lindunganNya sentiasa . 🤲🏻
jasminhamidjh Semoga adikku serta family sentiasa di dalam peliharaan ALLAH
eina_azman Be strong sharnaaz… Insyallah semoga semua nya baik2 saja🤲🏻🙏🏻
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...