Satu program E-Keluargagader dianjurkan oleh Page Keluarga bagi memberi ruang dan peluang kepada kaum ibu belajar buat roti untuk keluarga bersama Puan Suzana Ahmed Shukri.
Menerusi kelas ini, yang diadakan secara atas talian, para peserta seramai 60 orang dapat belajar cara buat roti yang viral iaitu Roti Kpop & Roti Paung.
Sesi pembelajaran di buat dengan menggunakan medium Teams serta dipancarkan secara live menerusi Facebook Keluarga.Bagi memeriahkan lagi suasana, selain mendapat ilmu membuat roti, para peserta juga berpeluang memenangi hadiah menerusi sesi menjawab kuiz serta cabutan bertuah.
Tahniah diucapkan kepada peserta yang terpantas menjawab soalan kuiz iaitu Puan Norfazliana, Puan Aliza, Puan Khairunnisa dan juga Puan Nor Aziah.
Manakala pemenang untuk cabutan bertuah pula adalah menjadi milik Puan Khairunnisa, Puan Suriani, Puan Maisarah, Puan Izzura dan Puan Radziah.
Berseronok Satu Keluarga Di Karnival UDA 2024, Ada Peluang Menang Proton S70!
Karnival UDA 2024 akan berlangsung selama tiga hari dari 27 hingga 29 September
2024, di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Dianjurkan oleh UDA Holdings Berhad (UDA), acara ini bertujuan untuk memperkasakan pemilikan hartanah Bumiputera serta memperkenalkan peluang perniagaan kepada usahawan tempatan.
Karnival ini mensasarkan kehadiran sehingga 150,000 pengunjung sepanjang tempoh tiga hari tersebut, dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk menarik minat masyarakat pelbagai lapisan.
Siapa Tahu Ada Rezeki, Boleh Beli Aset Berharga!
UDA menampilkan dua pengisian utama iaitu pameran hartanah dan reruai jualan
usahawan yang mempamerkan pelbagai produk tempatan. Pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai tawaran hartanah istimewa termasuk kempen Jimat Super Deals, yang menawarkan penjimatan hebat kepada pembeli dengan pelbagai insentif menarik seperti guaman percuma untuk S&P dan bayaran pendahuluan rendah.
Wow! Ada Proton S70 Untuk Dimenangi
Untuk memeriahkan lagi karnival, Proton S70 disediakan sebagai hadiah cabutan
bertuah khusus kepada pembeli hartanah UDA yang layak sepanjang kempen berlangsung. Selain pameran, pelbagai aktiviti turut diadakan, termasuk Fiesta Bakat yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), seperti pertandingan bola sepak, bola jaring dan memanah.
Selain itu, zon-zon khas seperti Zon Keluarga, Zon Makan Fest, Zon Wanita dan Zon Maskulin menyediakan pelbagai aktiviti dan sesuai untuk semua peringkat umur. Usahawan tempatan daripada pelbagai bidang seperti fesyen dan kecantikan turut serta memeriahkan karnival ini.
Banyak Makanan Sedap, Puas Hati!
Pengunjung juga berpeluang menikmati hidangan pelbagai usahawan makanan, dengan
menawarkan pengalaman unik dalam merasai kepelbagaian masakan tempatan.
Dengan penglibatan pelbagai rakan strategik dan selebriti, Karnival UDA 2024 menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan, selain memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan dunia hartanah dan keusahawanan.
Acara ini bukan sahaja mendekatkan UDA dengan komuniti, tetapi juga mengeratkan hubungan antara pengunjung melalui pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan.
Save the date! Ibu ayah bolehlah bawa anak-anak ke Karnival UDA 2024, pastinya dapat menggamit pelbagai kenangan terindah bersama keluarga tersayang.
#Keluargagader@Lost World Of Tambun (LWOT)
Treasure Hunt Challenge!
Kerjasama, persefahaman dan komunikasi yang baik adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Memahami akan pentingnya aspek ini dalam kekeluargaan, maka #keluargagader, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Treasure Hunt di Lost World Of Tambun (LWOT), Ipoh Perak pada 6 April yang lalu bersama 40 ahli keluarga.
[Best_Wordpress_Gallery id=”12″ gal_title=”LOST WORLD OF TAMBUN”]
Cuti-cuti Di Legoland Malaysia Resort
LEGOLAND Malaysia Resort sering menjadi lokasi percutian keluarga setiap masa dengan pelbagai permainan interaktif yang mengujakan! Selain itu, taman tema air dengan keluasan yang besar dan penginapan yang membuatkan anak-anak seakan berada di alam fantasi. Nyata, destinasi ini menjadi idaman setiap kanak-kanak dan orang dewasa.
Sejak penubuhannya tujuh tahun lalu, LEGOLAND Malaysia Resort sering menjadi lokasi percutian keluarga setiap masa dengan pelbagai permainan yang mengujakan! Terkini, tarikan baharu LEGOLAND Malaysia adalah SEA LIFE Malaysia.
Ia merupakan pusat perlindungan hidupan laut pertama di negara ini berkonsepkan akuarium interaktif dengan elemen LEGO yang unik. Menurut Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia Resort, Kurt Stocks, akuarium interaktif ini dipenuhi dengan 13,000 hidupan laut terdiri daripada 120 spesies dan 11 zon habitat berbeza dipersembahkan dalam persekitaran selamat, menyeronokkan dan berunsurkan pendidikan.
Konsep yang di bawa oleh SEA LIFE Malaysia dengan harapan keluarga yang melawat akuarium ini akan pulang dengan inspirasi untuk mempelajari, mencintai dan memelihara laut. Bagi memastikan semua pengunjung berpeluang menikmati tarikan baharu ini, menerusi pas tahunan baru, warganegara Malaysia boleh menikmati akses tanpa had ke Taman Tema LEGOLAND dan Taman Air, selain akses percuma ke SEA LIFE Malaysia.
Sememangnya LEGOLAND Malaysia Resort sentiasa mahu memberi yang terbaik kepada pengunjungnya. Memang benar! SEA LIFE Malaysia merupakan tarikan terbaharu di sini. Ia adalah akuarium interaktif pertama dengan elemen LEGO yang unik.
Selain tarikan baharu itu, LEGOLAND Malaysia Resort tetap dikunjungi ramai dengan taman tema permainannya yang mengandungi tunggangan mendebarkan, bengkel LEGO yang menarik, dan Miniland yang mengagumkan, di mana landskap, negara dan mercu tanda Asia yang menarik dicipta semula dalam skala miniatur menggunakan lebih daripada 30 juta bata LEGO. Selain permainan interaktif, LEGOLAND turut menyediakan taman tema air, hotel dan restoran bertemakan lego.
Juga Taman Air LEGOLAND yang mempunyai lebih daripada 20 slaid unik, lebih daripada 70 model LEGO dan banyak lagi untuk keluarga nikmati. Ini termasuk Sungai Build-A-Raft dan Joker Soaker. Yang pertama adalah konsep yang unik di mana kanak-kanak boleh menyesuaikan rakit mereka sendiri dengan bata LEGO yang lembut sebelum terapung di sungai yang mempunyai arus serta merasai siraman air deras melalui baldi gergasi menuangkan 350 gelen air.
Nyata taman tema ini merupakan lokasi percutian sehenti buat keluarga yang berunsurkan hiburan dan pendidikan. Tidak mustahil, ramai beranggapan ia sebagai pilihan percutian wajib untuk sesisi keluarga.