Penting Tapis Dahulu Tepung Sebelum Guna, Elak Dari Termasuk Ulat Atau Bubuk Dalam Makanan!

Share

Setiap kali nak buat kek ke biskut, mak-mak suka ayak atau tapis terlebih dahulu sebelum guna. Betul tak? Ini kerana mahukan struktur tepung lebih nipis, tidak mudah berketul dan lebih lembut.

Tapi ada satu sebab lagi kenapa pentingnya tapis dahulu tepungnya, iaitu untuk elak sebarang benda lain masuk ke adunan atau ulat tepung seperti yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi Tiktok, @cerokdapodotcom.

Ulat kecil yang masih lagi bergerak itu dapat dilihat dengan jelas menerusi video yang telah dikongsikan itu.

Menurut pengguna akaun TikTok ini, penemuan tersebut antara sebab kenapa tepung gandum perlu ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan. Biasanya tepung tersebut perlu dibuang saja jika terjumpa ulat seperti ini.

Perkongsian video yang berdurasi 18 saat itu mendapat perhatian warganet di aplikasi tersebut dengan peroleh lebih 800 ribu penonton. Malah ada juga yang berkongsi pernah berhadapan situasi seperti ini. Malah ada yang komen tepung tersebut tak perlu dibuang, boleh dibuat untuk basuh ayam atau kegunaan lain.

Lihat video penuh di bawah:

@cerokdapodotcom #cerokdapodotcom #homemadebakers #bakerskajang #masukberanda #fypdongggggggg ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Sumber: @cerokdapodotcom (TikTok)