Insiden menyayat hati di mana kanak-kanak dilanggar van sekolah sehingga mengakibatkan kematian baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.

“Penting Beritahu & Pesan Pada Anak.” Elak Kemalangan Berlaku,  Ini Zon Bahaya Van & Bas Sekolah Yang Anak-anak Perlu Tahu!
Sumber gambar: Sinar Harian

Kecuaian pihak pemandu van menyebabkan ramai melahirkan rasa tidak puas hati dan meminta pihak berkuasa melakulan sesuatu bagi mengelak kejadian sebegini berulang lagi.

Titik buta adalah salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku. Setiap kenderaan mempunyai titik buta tersendiri. Semakin besar saiz sesebuah kenderaan, maka makin luas kawasan titik buta atau blind spot ini.

Sangat penting peranan ibu bapa penting bagi menerangkan kepada anak-anak supaya lebih berhati-hati apabila berada berdekatan dengan sesebuah kenderaan.

Justeru, Public Health Malaysia (PHM) menerusi Facebooknya berkongsi keadaan zon bahaya van atau bas sekolah yang patut diketahui anak-anak.

“Penting Beritahu & Pesan Pada Anak.” Elak Kemalangan Berlaku,  Ini Zon Bahaya Van & Bas Sekolah Yang Anak-anak Perlu Tahu!

Jarak 10 kaki dari kenderaan adalah zon bahaya terutamanya kawasan titik buta (zon merah) iaitu di hadapan dan sisi belakang kenderaan.

Perkara ini bukan sahaja penting untuk ibu bapa tahu, tapi paling penting kena beritahu dan pesan pada anak 🙏🏻.

Ads

Jarak 10 kaki dari kenderaan adalah zon bahaya terutamanya di kawasan titik buta (zon merah)iaitu di hadapan kenderaan dan sisi belakang. 

“Penting Beritahu & Pesan Pada Anak.” Elak Kemalangan Berlaku,  Ini Zon Bahaya Van & Bas Sekolah Yang Anak-anak Perlu Tahu!Selepas kenderaan berhenti, lihat kiri dan kanan dan terus keluar dari zon bahaya (lihat zon hijau). Sama juga ketika hendak naik bas/ van. 

Ingatkan anak anak untuk elak dari mengutip barang yang terjatuh. Apabila mereka tunduk mengutip barang, pemandu tidak akan nampak langsung. 

Peranan pemandu juga penting. Ingat, ada puluhan nyawa anak anak kecil dibawah tanggungjawab anda.

Ads

Sumber: Public Health Malaysia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI