
Kecoh pagi ini apabila tular video seorang pensyarah mengeluarkan kata-kata kurang enak didengar setelah mendapati pelajarnya tidak menggunakan laptop semasa pembelajaran secara online berlangsung.
Teguran yang bertujuan untuk memudahkan pembelajaran dilakukan bagi pelajarnya yang masih belum mempunyai laptop menjadi lebih mengejutkan apabila pensyarah berkenaan didapati mempersendakan golongan B40 yang tidak mementingkan pelajaran anak.
Lantaran itu, ramai warganet tampil meluahkan rasa tidak puas hati dengan sindiran kata-kata pensyarah berkenaan.
Ini Reaksi Timbalan Naib Canselor HEP UiTM.
Rentetan daripada insiden itu, Timbalan Naib Canselor BHEP, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi bergegas ke UiTM kampus di Perak itu untuk mendapatkan maklumat serta gambaran situasi sebenar.
Susulan berikutan klip video yang tular memaparkan seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA yang didakwa menghina seorang mahasiswa yang tidak memiliki komputer riba, dengan langkah yang proaktif, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi selaku Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah bergegas ke UiTM Seri Iskandar untuk mendapatkan gambaran situasi sebenar isu ini.
BHEP sentiasa cakna dan ambil peduli akan permasalahan mahasiswa khusunya golongan mahasiswa B40 UiTM.
Apa yang pasti, kejadian ini menjadi iktibar kepada semua pihak.
SumberBAHAGIAN Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM
“Simple Nama, Mesti Comel Campuran Melayu Korea.” Ryzal Duriankimchi Kini Bergelar Ayah, Timang Anak Perempuan!

Instafemes Ryzal dalam perkongsian terbaru memuat naik berita kelahiran bayi sulung nya. Dalam perkongsian tersebut,dia memberitahu isterinya selamat melahirkan bayi perempuan.Assalamualaikum warahmatullah. Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya.
Alhamdulillah rezeki Allah untuk kami. Puteri comel ini kami berikan nama Rina, lahir 20/10/2021 jam 6:27 petang seberat 3.31kg.
Terima kasih semua yang doakan kesihatan ibu & bayi. Berkat doa semua, Allah permudahkan Maryam bersalin secara normal.
Nama Rina (Rizal + Narae). Kalau Rizal Maryam jadi Rima, cabut lari nurse dengar nama anak.
Isterinya Maryam turut berkongsi berita yang sama di instagram miliknya.
Sumber: ryzalibrhm & maryamyunrrr
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Benda Kecil Macam Ni Buat Anak-Anak Ingat Besar Nanti.” Video Sheikh Muszaphar Pakaikan Anak Hijab Buat Ramai Sebak

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sememangnya ikon bapa yang cukup ideal. Apa tidaknya, kejayaan membentuk dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya menjadi sumber inspirasi buat ibu bapa yang lain.
Apa sahaja yang beliau praktikkan untuk anak-anak pasti menjadi. Itu yang membuatkan ramai kagum dengan semangat dan juga kerajinannya terutama dalam melayan anak-anaknya juga dipuji.
Dalam perkongsian terbaru, suami kesayangan Datin Dr Halina dilihat sedang memakaikan tudung kepada anak keduanya, Tasha.
Akui Sheikh Muszaphar sendiri, apabila memiliki anak perempuan, si ayah kena belajar benda-benda simple sebegini termasuklah mengikat rambut, mekap dan juga memakaikan tudung. Kerana ini semua akan membuatkan anak-anak perempuan gembira.


Apa yang melucukan, walaupun belum nampak mahir, namun ada warganet yang memuji ayah kepada enam cahaya mata ini sudah nampak peningkatan berbanding ketika memakaikan anak sulungnya, Bella tudung sebelum ini.
Perkongsian angkasawan Negara itu mendapat pelabgai reaksi. Ada yang terharu dan tak kurang yang memuji cara Sheikh Muszaphar dalam membesarkan anak-anaknya.

ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Andai Suami Tidak Lagi Bekerja! Wanita Ni Kongsikan Tip Elak Terbeban Saat Lalui Detik Tu.

Hidup ini penuh dengan perkara yang berlaku secara ‘tiba-tiba’. Jika tiba-tiba terjadi sesuatu yang menggembirakan pasti hati kita rasa bahagia. Namun bila perkara sedih menimpa, pastinya hal tersebut akan menguji kesabaran dan ketabahan diri dalam mengharunginya.
Namun persoalannya, adakah kita sebagai isteri telah mempersiapkan diri untuk menempuh saat-saat tidak terduga? Sebagai contohnya, andai suami tidak lagi bekerja.
Melalui perkongsian daripada Puan Nurul Ilyani ini diharap dapat menyalurkan motivasi dan inspirasi kepada wanita bergelar isteri. Jom semak perkongsian penuh daripadanya untuk manfaat bersama.
9 tip melalui situasi andai suamimu tidak lagi bekerja..
Wanita bersuami perlu bersedia, suami diberhentikan kerja, berhenti sukarela atau berhenti dengan persetujuan bersama. Isteri perlu bersedia hilangnya tempat bergantung saat suami kembali kepada Tuhannya.
Beberapa hari lepas, suami saya membawa berita yang tidak berapa baik. Namun, kami sudah bersedia. Dari dulu sentiasa bersedia. Tiada yang kekal di tangan kita.
Firman Allah azza wa jalla
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
Al An’am ayat 32
10 tahun lepas, apabila kami mendirikan rumah tangga, kami sudah merancang kehidupan bagaimana yang kami mahukan. Ia bukan yang indah-indah.
❌Tiada percutian mewah.
❌Tiada rumah mewah-mewah. Malah rumah pertama kami beli, kondominium berharga RM142k pada tahun 2010. Ia bersesuaian dengan kemampuan kami.
❌Tiada kereta mewah. Di saat rakan-rakan seperjuangan saya di satu syarikat kewangan dulu memprovokasi saya membeli Toyota Camry untuk impress pelanggan (sangat normal jika kerja begini, mereka suka impress pelanggan, tapi bukan saya), kami memilih Toyota Avanza yang sekarang masih ada sehingga kini.
❌Tiada 2 kereta. Kebanyakan orang yang bekerja akan perlukan 2 kereta terutamanya yang tempat kerja tiada pengangkutan awam yang baik. Kami masih bertahan dengan satu kereta, dan suami hanya naik motorsikal yang dibeli cash pada tahun 2015.
❌Tiada barangan branded. Ini memang tagline kami. Pilih yang paling murah dengan kualiti. Biasanya suami akan tukar kemeja dan seluar bundle setahun sekali dengan yang lebih baik. Kos tukar semua paling tinggi pun RM50 dapat hampir 10 pasang baju dan seluar, ikut harga.
❌Tiada baju branded juga buat anak-anak.
❌Tiada juga kasut dan hand bag branded. Apa yang ada pakai.
Tapi, jangan salah faham. Bukan kedekut. Bukan tidak mampu. Inilah namanya hidup 50% di bawah garis kemampuan.
Contoh, sekiranya anda mampu membayar kereta dengan installment RM1200, maka pilih kereta dengan installment RM600.
Habis. Itu strategi ikat perut. Jadi kemana duit jika asyik ikat perut?
1) Pendidikan anak-anak. Kami sentiasa memastikan kualiti. Bayar mahal tak apa, janji sesuai, bagus dan demi kebaikan anak-anak
2) Ibubapa
3) Simpanan
4) Pelaburan semula-Bisnes, hartanah, emas
Cukup dulu.
Kenapa saya cerita di atas, ini untuk kita betulkan mind setting. Hidup seadanya supaya berlaku sesuatu kita tidak terduduk lesu.
Tip ini, jika sudah diamalkan boleh teruskan, jika belum, mulakan untuk tahun-tahun seterusnya.
Tip 1
Kereta
Beli kereta berharga setahun gaji. Jadi kalau anda baru bekerja, kira. Gaji 3000×12=36,000. Beli kereta harga 36,000.
Kalau kahwin, tiba-tiba ada dua kereta, fikir apa nak buat dengan salah satu. Kereta ini bebanan. Bukan aset.
Tip 2
Rumah
Beli rumah 3 kali gaji tahunan. Kalau gaji 40000 setahun x 3= 120,000. Kalau bajet cukup beli rumah flat, beli sajalah. Ukur baju di badan sendiri.
Tip 3
Urus wang
Urus wang suami isteri, kena urus sama-sama. Bukan akaun awak, akaun awak, akaun saya, akaun saya.
Pastikan suami bayar semua kewajipan dan tanggungjawab dia sampai habis duit gaji dia (minta maaf, ini mesti suami ramai kecam), baru isteri masuk tolong. Top up mana yang tidak cukup. Ini supaya suami tidak salah faham dan lepaskan tanggungjawabnya kepada isteri. Kes begini saya biasa jumpa semasa saya jadi perunding kewangan. Suami culas.
Isteri pula jangan kedekut tahi hidung masin dengan suami. Kalau suami tidak cukup, bantulah. Begitulah saya buat. Dulu pendapatan saya 2 kali ganda suami. Saya bayar majoriti, tapi saya masuk lepas suami habis bahagikan duit untuk pembayaran tanggungannya. Bukan saya masuk dulu.
Dari situ suami saya sentiasa berazam mahu naik gaji, naik pangkat dan mahu memikul tanggungjawab kewangan. Sehingga saya boleh duduk di rumah dan buat bisnes. Suami masih jadi investor bisnes saya.
Tip 4
Tahu anda di didik dengan parenting bagaimana dan bagaimana anda parenting anak anda?
Sekiranya anda dari keluarga kelas pertengahan atau atasan yang banyak ibubapa manjakan, hati-hati anda mungkin tidak mampu survive tanpa anda meningkatkan survivaliti anda.
Ibubapa saya dari kelas B40, ibubapa susah. Saya susah dari kecil. Saya sudah bisnes dari kecil. Setiap sen sangat bernilai, jadi lebih mudah adjust dengan kegawatan dan kesusahan.
Jadi, biasakan anak-anak hidup susah. Bukan serba kekurangan makan sihat, pendidikan, tempat tinggal, tapi susahkan dari segi proses untuk mereka mendapatkan sesuatu. Perlu kerja, perlu berjualan, perlu bisnes supaya mereka faham susahnya cari duit.
Tip 5
Mulakan dari sekarang turunkan gaya hidup.
Sedikit-sedikit buang lifestyle, ambil yang perlu saja. Apakah lifestyle? Hobi mahal yang perlu kos, entertainment, percutian dan sebagainya sehingga anda dapat mengumpul satu amount kecemasan sebanyak 3 bulan gaji dana kecemasan.
Kemudian, tambah lagi kepada 6 bulan. Kemudian hiduplah macam biasa dan tidak berlebih-lebihan.
Tip 6
Mula tambah pendapatan dengan bisnes. Tiada cara lain memang perlu bisnes. Juallah apa saja dengan modal kurang dari RM2000. Lagi kecil lagi baik. Untuk orang yang tidak pernah bisnes, jika salah langkah terbakar duit. Cari pengalaman.
Tip 7
Belajarlah. Menuntutlah. Membacalah. Itu saja membezakan orang yang tahu dan tidak tahu.
Tip 8
Hentikan alasan. Itu tidak boleh. Ini tidak boleh. Dia bolehlah. Aku ni macam mana?
Semua kata-kata negatif, hentikan. Bertindak dengan satu langkah pertama.
Tip 9
Doa. Allah azza wa jalla seperti sangkaan hambaNya. Kita sangka baik, inshaAllah. Yang teruk, yang buruk, yang sengsara pun boleh diharungi.
Ya, saya mengingatkan diri saya. Dunia tidak pernah tidak memenatkan. Kita semua penat. Jadi ambillah seadanya. Jangan sampai lupa akhirat.
Wallahu’alam.
sumber :Nurul Ilyani