Bab hilang atau tercicir barang baik pensil, pemadam mahupun pensil warna sudah menjadi perkara biasa. Ada juga kes tertukar dengan kawan dan sebagainya menyebabkan ibu-ibu pening kerana terpaksa membeli yang baru.
Menerusi perkongsian ibu bernama Zulaikha Ali menerusi laman facebooknya mungkin dapat membantu anda bagi memastikan pensil warna anak-anak tidak hilang lagi. Pensil warna tidak hilang lagi, dalam masa yang sama jimat duit poket ibu-ibu tak perlu membeli yang baru. Jom baca ni
Mak-mak ni kadang nak benda yang menyenangkan kerja dia. Ehehe. Inilah jadinya bila mak tak rajin nak kutip pensel kaler anak-anak setiap masa.
Kadang terselit bawah dapur
Kadang terselit celah sofa
Kadang sampai masuk mesin basuh pun ada
Punyalah merata bersepahnya tu *biasalah anak-anak kecik kan* yang paling haru bila tak sampai berapa hari beli dah kurang 3 batang. Adehhh.
Lagipun tahun depan si abang ni nak masuk sekolah dah (pasti 4 tahun) jadi nak ajar jaga barang sendiri tu mula dengan yang simple-simple dulu. *anak lelaki kot, kalau anak perempuan mungkin boleh harap sikit,hihi*
Lega lepas siapkan benda ni. Lepas ni takde dah sepah-sepah. Paling best takde budak datang mengadu kat ummi kaler pensel dia hilang.
Alatan nak buat semua beli kat Diy je. Step dia pun mudah sangat.
Ikut Panduan ini:
Alatan yang diperlukan
Gam tembak
Pensel warna (ikutla nak yang panjang ke pendek)
Gunting
Tali (macam tali ampai tu, tapi halus je)
Selotape corak
Ring key chain
Step 1 :
• Mula-mula potong dulu tali tu
• Ikutla nak panjang mana
• Ikatkan dekat ring keychain tu kuat-kuat
Step 2 :
• Lekatkan tali kat hujung pensel warna tu guna gam tembak.
• Kalau guna selotape je nanti tali tu boleh cabut
Step 3 :
• Dah siap gam semua tali, buhla selotape corak2 tu bagi lawa sikit. Taknak pun takpe. Nak bagi anak suka je. Hehe.
• Kalau rajin buh la tag nama dia. Yang tu guna kotak Shaklee je. Gunting sikit.