Penjagaan Kulit Wajah Cantik Berseri & Awet Muda, Ikut Petua Orang Lama Yang Cukup Mudah & Lengkap Semula Jadi

Share

Sebenarnya untuk wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Daripada menggunakan bahan kimia, mari kita praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Nak cantik kena usaha! Jom sama-sama kita amalkan;

 1. Naikkan seri muka

Guna air basuhan beras

Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.

Basuh muka dengan air kelapa

Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.

Bancuhan serbuk kunyit  & madu

Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .

Sapu yogurt asli

Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.

2. Hapuskan blackhead & whitehead

Bancuh baking soda & jus lemon

Bancuh dua sudu kecil baking soda dan 2 sudu besar jus lemon, kemudian sapu pada kawasan bermasalah terutama sekali pada bahagian hidung dan biarkan dalam 3 minit.

Selepas itu balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu bersih dan picit keluar whitehead & blackhead.Kemudian bilas bersih.

3. Hilangkan tanda penuaan pada wajah

Guna air mawar sebagai toner

Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.

INFO EKSTRA!

Tukar cadar dan sarung bantal Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali sebulan. Ini kerana minyak asli daripada rambut  ketika tidur boleh menyebabkan salah satu faktor muka berjerawat.

Ketika mandi, sila pastikan cuci rambut dahulu baru cuci muka. Ini kerana selepas mencuci muka cuci liang pori wajah akan terbuka, kandungan bahan yang ada pada shampoo ketika membilas rambut akan terkena muka.

Sekaligus membuatkan pori wajah tersumbat dan boleh mengakibatkan jerawat.