Berkongsi info dan cara menghindari makanan yang boleh menyebabkan gout, doktor ini terpanggil untuk berkongsi faktanya.
Semoga serba sedikit penerangan ini, menjadi satu titik permulaan untuk kita pastikan pemakanan keluarga adalah dari sumber yang sihat dan berkhasiat. Jom semak.
MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN GOUT
Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.
Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) dalam lendiran sendi dan menyebabkan sendi-sendi tidak dapat dibengkokkan dan ia menyebabkan kesakitan.
Selain itu, pembentukan kristal dalam lendiran sendi akan menyebabkan radang sehingga menyebabkan ia menjadi merah bengkak dan panas. Sendi yang sering terlibat ialah sendi pada ibu jari pada kali pertama, namun boleh juga berlaku pada sendi seperti lutut, siku dan tumit.
Peningkatan tahap gout yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pembentukan kristal yang lebih besar (dinamakan “tophi”) sehingga mencacatkan sendi itu. Peningkatan uric acid yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan masalah batu karang dan akhirnya kerosakan buah pinggang.
Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga pemakanan seharian dan elakkan makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi.
Kurangkan berat badan dan minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Kecoh Di Media Sosial Tentang Food Security, Wanita Ini Kongsi Ilmu Prep Beras Dan Bijiran Elak Bubuk Dan Kutu, Boleh Tahan 30 Tahun!
Kecoh di media sosial mengenai persiapan stok makanan yang dikatakan ada kaitan dengan food security.
Apa yang pasti ilmu prep barang makanan adalah untuk mengelak pembaziran lantaran kutu dan bubuk.
Ia amat sesuai juga jika berlaku bencana seperti banjir dan bencana. Apa yang pasti, ilmu ini amat berguna untuk kita menyimpan barang makanan agar tahan lama.
Nak tahu cara yang betul, ikuti perkongsian wanita ini. Boleh dijadikan panduan.
PENYIMPANAN BERAS & BIJIRIN
Kalau betul cara penyimpanan, beras boleh bertahan sehingga 30thn
Ada pelbagai cara untuk memanjangkan jangka hayat beras serta bijirin, diantaranya ialah:
1.Botol + OA (oxygen Absorber)
2.Vacum Sealed
3.Mylar Bag
4.Grain Pro
Telur kutu/bubuk memang sedia ada pada butiran beras. Tunggu masa serta persekitaran yang sesuai untuk ianya menetas dan membiak.
Memanaskan beras/bijirin hingga 140 darjah F (60 darjah celsius) selama 15 minit atau membekukan pada 0 darjah F (-18 darjah celsius) selama 3 hari akan membunuh semua peringkat kumbang/serangga perosak dari telur sehingga dewasa di dalam beras/bijirin.
Jika tidak mengikut suhu tersebut, serangga perosak tetap blh membiak. Ada perkongsian sahabat di group wasap yg menyatakan dia telah membekukan beras selama 7 hari tetapi bubuk tetap membiak. Sebabnya dia tidak bekukan pada 0 darjah F.
Kami tiada freezer dan oven sbb system solar kami tak mampu menampung bebanan utk menggunakannya.
Dibawah ini saya kongsikan cara saya menggunakan botol + OA
PENGURUSAN OA:
1.Hanya keluarkan jumlah yang hendak digunakan dan letak dlm bekas kedap udara.
2.Baki OA hendaklah segera di Vacum Sealed semula supaya tidak rosak. Jika tiada vacuum sealer, keluarkan sebanyak mungkin udara yang ada didlm packagingnya. Gulung plastiknya, klip guna binding paper klip atau getah dan letakkan dalam bekas kedap udara. Jangan biarkan OA terdedah direct didalam botol.
Tugas OA sedut udara, walaupun bekas kedap udara, masih ada udara dlm tu. Fungsi OA akan berkurang atau dah x function sbb dia serap udara dlm bekas tu.
3.OA yang berfungsi dengan baik adalah OA yang panas bila disentuh ( anak akak akan letak dipipi sebelum guna OA). OA dianggap tidak berfungsi atau rosak jika tiada kepanasan jika disentuh. Jangan gunakan OA yg sudah tidak panas.
4.Apakah maksud CC pada Oxygen Absorbers? Kemampuan OA menyerap oksigen.
Oksigen diukur dalam sentimeter padu (cc). Saiz OA sepadan dengan jumlah oksigen yang diserap.
Sebagai contoh, OA 100 cc akan menyerap 100 cc oksigen.
CARA KIRAAN OA
Air volume x 21%
Akak bagi kiraan mudah ya
Tinggi x Lebar x panjang – berat makanan
Cth : 15 x 10 x 6 = 900cm kita ambik berat makanan 400g
so 900-400 = 500
500 ni darab dgn 21 % = 105cc
bekas tu kena letak OA sebanyak 105cc
Akak malas buat kira2 ni so akak mmg bantai 1kg = 100 cc hehe
OA ada dlm 30cc, 50cc, 100cc dan 150cc. ini yang pernah akak jumpa.
Untuk selamat better guna lebih dari kurang. Contoh kiraan diatas 105cc OA blh letak 50cc OA X 3pcs = 150cc
Better save than sorry
1.BOTOL + OA
Pastikan bahan yang ingin disimpan betul-betul kering serta tiada serangga perosak yang dapat dilihat dengan jelas akan kehadirannya.
Jika ada terlalu banyak serangga perosak sebaiknya gunakanlah utk stok harian.
Tetapi jika stok beras yang infested terlalu banyak, boleh je beras tu ditapis utk buang serangga perosak dahulu. Kemudian baru dibotolkan.
Biasanya akak akan letak OA di bahagian bawah, tengah dan atas bergantung pada berapa liter botol tersebut.
Letak OA, masukkan beras sampai penuh dan padatkan.
Jika masih ada ruang, penuhkan. Goncang sampai tiada bunyi. Selagi ada bunyi beerti belum padat
Kalau betul cara penyimpanan, beras blh bertahan sehingga 30thn. Dikalangan sahabat-sahabat kami ada yang simpan dari thn 2012 dan masih elok. Try masak dan makan thn lepas, masih ok juga. Rasa nasi teda rasa KFC.
Lihat gambar dan video
Sumber: Urban Preppers Malaysia
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak Hidup Senang Selain Kena Kerja, Buat & Amal Perkara Ni Untuk Lebih Kaya!
Jika ditanya siapa nak hendak hidup kaya, tentu semua ramai mahukannya. Umumnya selain untuk hidup senang, kita kenalah rajin berusaha dan berkerja keras mendapatkan rezeki untuk keluarga.
Selain itu, ketahui juga apa lagi usaha yang boleh kita lakukan untuk mendapat kesenangan hidup di dunia ini.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor. Jom semak.
Amal Je 15 Tips Ni Kalau Nak Jadi Kaya Raya Dengan Sangat Cepat!
1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap ‘Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah.’
2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar dan tanya pada Allah. Kenapa aku di uji. Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.
3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.
4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.
5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!
6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.
7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.
8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.
9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!
10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.
11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.
12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).
14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabil kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.
15. Akhir sekali. Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki! Sayangi diri sendiri.
Sumber : Nur Aliah Mohd Nor
Masak Guna Rice Cooker Pun Boleh, Kalau Dah Teringin Nak Merasa Tart Telur Buatan Sendiri!
Ada orang kata kalau tak cukup kelengkapan memang tak boleh sediakan hidangan lebih-lebih lagi kalau menu pastri. Ini memandangkan menu pastri ini kerja memasaknya sedikit rumit dan perkakasan untuk memasaknya lebih khusus.
Namun bagi yang kreatif, itu semua bukan halangannya jika sudah teringin jika tiada loyang, oven atau sebagainya dicarikan akal untuk dapat disediakan juga. Contohnya memasak tart telur atau ada juga yang panggil pai susu dengan menggunakan periuk nasi. Cukup unik dan menarik untuk dicuba.
Resipi dan cara membuatnya telah dikongsikan oleh Empayar Annur dan semoga jika ada sesiapa antara anda yang teringin memasaknya, bolehlah mencuba!
PAI SUSU @ TART TELUR RICE COOKER EMPAYAR ANNUR
KULIT PAI (Crust)
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin
1 biji telur
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
- Gaul semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut & tak melekat ditangan
- Bentuk ikut periuk masing-masing (cth dlm pic)
FILLING
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur
1 sudu makan tepung kastad
1/2 cawan air
1 penutup esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur (kalau x letak pewarna pun xpe, tapi kaler filling agak pucat)
# Gaul sekata
# Tuang atas kulit pai yg dh d bentuk dlm periuk
- Buka api kecik. Masak 30 – 40 minit
- Saya lapik loyang. Loyang TAK PERLU letak air (Bukan kukus ye)
- Kulit pai TAK MELEKAT ye. Dah masak, tunggu sejuk sikit. Cungkil2 tepi die. Sengetkan periuk dan buatla gaya mane pun nak bagi dia keluar
SELAMAT MENCUBA
sumber : Empayar Annur via MAHN