Pening Nak Susun Buku Sekolah Anak? Wanita Ini Kongsi Tip Mudah Susun Atur Buku Sekolah Anak

Share

Apabila sesi persekolahan bermula, orang yang paling sibuk adalah ibu bapa. Bagaimana nak uruskan keluarga dan uruskan persekolahan anak-anak. 

Menyiapkan bekal anak, membuat kerja-kerja rumah serta menyiapkan barang persekolahan setiap hari mengikut jadual yang diberikan. 

Bayangkan, kalau seorang anak mungkin boleh diuruskan lagi tapi jika sudah tiga atau empat orang, pasti kelam kabut dibuatnya. 

Disini seorang wanita telah berkongsi cara mudah untuk susun atur buku sekolah anak. Semoga tip ini bermanfaat untuk anda. 

Cara ni saya guna untuk susun semua buku sekolah anak iaitu buku-buku skolah Agama dan 

sekolah kebangsaan.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Total semua hampir 20 subjek

Di bawah ini saya tunjuk tutorial untuk beberapa subjek sahaja

1 file untuk 1 subjek

Saya beli file yang boleh muat buku teks sekali dengan buku latihan. So senang nak sekalikan dan saiznya muat untuk masuk beg sekolah.

Dekat fail tu saya letak label :

  1. Nama Anak
  2. Nama Kelas
  3. Subjek
  4. Hari

Kalau jadual waktu anak-anak sentiasa berubah, Jangan panik! 

Kita cuma perlu sediakan file yang berlabel subjek sahaja. Lebih praktikal untuk setahun sesi pembelajaran 

Caranya :

Saya print out sendiri setiap label.

Ajak anak buat aktiviti ini sekali, lebih mudah untukl dia faham sistemnya.

Jangan lupa terangkan caranya pada anak kita tau.

Dengan mudah dan anak pun tertarik,

Bila buat sistem macam ini :

 1. Buku terjaga elok, tak rosak tak koyak @ kelepet kat hujung2 dia

2. Anak boleh terus ambil fail yang nak dibawa, buku automatik dah tersedia dalam tu. Masuk dalam beg sekolah. Kemas je.

3. Kurang risiko buku tertinggal. Sangat betul.

4. Kalau cikgu bagi kertas latihan, senang simpan. Kat sekolah anak masukkan terus ke dalam file ikut subjek.

 Mudah juga utk susun file-file ni kat rak dan meja, tak berselerak.

Ajar anak-anak disiplin dari awal. InsyaAllah mudahkan urusan kita juga.

Kredit : @fariha norbaya

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club