Berdepan dengan banjir saban tahun diakui banyak kerosakan harta benda yang perlu ditanggung oleh mangsa banjir. Ini membuatkan lelaki ini mempunyai caranya yang tersendiri untuk memastikan rumah yang dihuni dapat diselamatkan daripada dimasuki air banjir sekali gus dapat meminimakan kos baikpulih jika terjadi banjir besar.
Menurutnya, dengan kaedah yang dikongsikan ini sesuai dipraktikkan bagi mereka yang bersedia untuk hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja. Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.
Oleh itu, jom kita fahamkan teknik yang digunakan olehnya dan bolehlah dijadikan panduan bersama untuk kegunaan di masa akan datang.
Persediaan Hadapi Banjir
Pada mangsa-mangsa banjir dan mereka yang duduk di kawasan berpotensi banjir sedikit perkongsiaan dari saya untuk persediaan banjir di masa akan datang (kalau ayaq dah masuk dalam rumah baru nak buh.. no use la pulak hehe)
Jika anda nak kurangkan kesan air banjir masuk kedalam rumah anda.. dalam gambar tu cara RG buat benteng dari air banjir masuk rumah.
Peralatan asas perlu ada
1. Plastik ( paling best plastik biru yang jual kat hardware sebab tebal dan murah)
2. Batu bata ( ukur panjang ruang yang anda perlu tutup & ketinggian bata yang anda nak bubuh)
3. Plastersin (bagi tutup ruangan antara celah pintu belah dalam dan luar khususnya ruangan pintu ke lantai rumah)
4. pump ayaq tujuannya untuk sedut ayaq jika benteng banjir anda tadi dibolosi lebih-lebih lagi diruangan bilik air. )
(submersible water pump yang rege RM150 ke bawah yang ni ..jika ada sangat bagus..tapi kalau tak de pun tak pe jika tak cukup bajet..sebaiknya stdby satu kat rumah jika rumah anda memang ada potensi naik air..)
Alhamdulillah 90% berjaya menyekat air masuk dan mampu mengurangkan risiko damage kepada harta benda anda serta tak penat sangat nak kemas rumah lepas banjir surut.
Cara ni hanya sesuai bagi hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja.
Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.
Jika rumah anda dimasuki air sekalipun ..jangan susah hati. Selepas banjir surut…sila buat tuntutan claim banjir dengan menghubungi syarikat takaful @ insurance rumah anda (bagi yang ada amik perlindungan banjir).
Mereka akan hantar adjuster inspect rumah anda dan in shaa Allah dalam masa 2 minggu pampasan akan dibayar ke acct anda dengan duit pampasan tersebut dapatlah digunakan untuk baik pulih apa yang rosak dan guna untuk kos pembersihan.
Semoga bermanfaat dan kita sama-sama berdoa agar Allah swt lindungi kita semua..aamiin
Jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang banjir boleh hubungi RG untuk khidmat nasihat percuma, sebab RG tiap-tiap tahun hadap banjir dah hampir selama 10 tahun.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/radzi.ghani.9/posts/4647800225256456″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Radzi Ghani [/su_button]
Ibu bapa mana tak teruja untuk menghantar anak masuk ke sekolah. Pelbagai persediaan dilakukan untuk memberikan yang terbaik demi pembelajaran anak.
Namun ada juga anak-anak yang takut untuk memasuki fasa ini. Al-maklumlah, terpaksa duduk belajar dengan insan yang baru dikenali. Selain itu, suasana pembelajaran berlainan sedikit sewaktu di tadika.
Bagi pasangan ini, Mohd Fadzil Abu Naim dan isterinya Nurul Aini Mohd Alwa, mereka turut sama mengenakan pakaian sekolah rendah sewaktu menghantar anak mereka Muhammad Ishraq Aydan sebagai tanda sokongan bagi anaknya itu yang baru menjejaki alam persekolahan.
Lensa kamera akhbar Kosmo sempat merakamkan telatah keluarga ini sewaktu Fadzil dan Aini sedang membetulkan beg anak mereka.
Dari komen-komen yang ditinggalkan, ramai yang memuji pasangan ini yang tidak segan memakai pakaian seragam sekolah. Ini ada contoh terbaik didikan ibu bapa terhadap anak-anak.
Ramai yang terhibur melihat keluarga ini namun disebaliknya ada juga yang mengatakan hanya ibu bapa sahaja yang memahami perasaan menghantar anak sekolah darjah satu.
‘Sebak, teruja, gembira ..Semuanya bercampur baur. Tak sangka sekejap je anak dah besar.’ – Netizen
‘Maknya nampak kuat tapi dalam hati, sedih nak tinggalkan anak ke sekolah.’
Keadaan sesak dan sempit tidak menjadi halangan jemaah haji Malaysia untuk terus menjaga kebersihan dan berdisiplin dalam tempoh operasi Masyair.
Sebaliknya ia memberi semangat untuk mereka memastikan penginapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina selesa untuk diduduki dalam tempoh persiapan operasi Masyair.
Memetik dari laporan Bernama mendapati sesetengah khemah jemaah haji Malaysia di Arafah ditinggalkan dalam keadaan lebih bersih berbanding sebelum ketibaan mereka, malah ada yang bergotong-royong menyusun tilam, selimut serta bantal dengan lebih kemas dan teratur sebelum berangkat ke Muzdalifah.
Ketika bermabit (bermalam) di Muzdalifah pula, rata-rata jemaah membawa plastik sampah masing-masing dan memastikan tiada sisa sampah sebelum bergerak ke Mina dengan menaiki bas.
Dicelah laluan khemah-khemah di Mina yang sempit juga menunjukkan tiada pembuangan sampah-sarap merata-rata dan TH menyediakan tong sampah di pelbagai lokasi.
Kebanyakan khemah jemaah membuat peraturan tersendiri dalam mematuhi penjagaan kebersihan hingga ada yang menyusun selipar dengan teratur di dalam serta di luar khemah.
Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, beliau terharu dengan sikap yang ditunjukkan jemaah haji malah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sentiasa memuji dan menganggap jemaah Malaysia adalah contoh terbaik.
Katanya, disiplin tinggi jemaah Malaysia telah diketengahkan dalam Program Kebersihan Masyair dan ternyata sikap itu berjaya membentuk keperibadian terpuji sepertimana misi program tersebut iaitu Kebersihan Mencerminkan Kemabruran Haji.
“Begitu juga ketika di Muzdalifah, jemaah haji telah memberi kerjasama terhadap program ini. Di Mina mereka akan tinggal lebih lama iaitu antara tiga ke empat hari…tempoh agak lama untuk mereka bersihkan di bilik air, kawasan dalam khemah dan lorong-lorong khemah”, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut.
Di Arafah sebanyak 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia dan di Muzdalifah, jemaah haji perlu bermabit beralaskan tikar di kawasan lapang.
Keadaan di Mina agak mencabar kerana bukan sahaja melibatkan 600 khemah untuk jemaah Malaysia tetapi juga berada dalam kawasan yang sangat hampir dengan khemah umat Islam negara lain.
Sumber : BERNAMA via Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.