Pening Kepala Packing Baju Untuk Anak Beranak. Ni Ada 2 Orang Ibu Kongsi Cara Packing Paling Genius!

Share

Kalau dikira-kira dalam minggu-minggu terakhir ini tentunya persiapan raya sudah siap sepenuhnya. Apa yang tinggal lagi hanyalah masa untuk balik ke kampung sahaja. Ya! Balik beraya di kampung adalah merupakan saat-saat yang ditunggu-tunggu bukan sahaja kita orang dewasa malah anak-anak lagi bertambah keterujaannya.

Namun sebelum seisi keluarga boleh balik ke kampung, bab packing baju perlu diambil serius. Biarpun ada sesetengah antara kita rasa payah hendak lakukannya dan ada juga yang buat sekadarnya tanpa ada perancangan sistematik. Itu yang kadang kala jadi kes ada orang terpaksa beraya tanpa baju raya dek kerana terlupa packing. Malah sering juga terjadi, beg pakaian kalau bukan lebih daripada 7 kuantitinya tak sah! Ini semua sebab main sumbat sahaja pakaian yang ingin dibawa. Sudahnya penuh satu kereta dengan beg pakaian.

Berkongsi menyelesaikan masalah ini, ada baiknya kita lihat bagaimana 3 wanita ini lakukan untuk pastikan bab packing baju untuk balik ke kampung dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan sistematik. Jom semak.

Perkongsian 1 : Ashikin Hashim, ummi anak 4

Cara saya pack baju balik kampung

Bahan Utama: Zipper Bag size besar.

Ummi cari mood packing baju. Baju abang-abang paling crucial sebab nak bagi cara paling sistematik. Ummi tak mahu nanti dipunggah semua beg sebab nak cari baju dan seluar.

Jadi Ummi letak satu set (3 baju dalam satu zipper bag) terus. Ada label raya ke berapa nak pakai. Siap 9 set baju untuk musafir 5 hari inshaAllah.

Kalau Ummi tengok bersepah, duit raya korang Ummi amik. Semoga raya kita raya yang bermanfaat inshaAllah.

Perkongsian 2 : Hani Mynis

Tips packing barang balik kampung dan “free printables”

Ramai yang tak suka kerja packing-packing barang ni kan? Hahaha kerja packing barang antara benda yang hani suka buat sebab bila hani packing barang hani confident semua benda penting hani bawak dari org lain yang tolong packingkan.

Dulu masa masih bergelar pelajar setiap bulan balik shah alam/seremban jaya dari JB. So lama-lama kerja packing dah jadi cam senang dan tak drag sangat sebab dah tahu apa benda nak bawak apa benda tak perlu. Walaupun kadang-kadang rasa macam nak bawak rumah-rumah sekali ke mana-mana sebab “there is no place like home” kekdahnya kan hahaha

Buat senarai barang nak dibawak semestinya membantu. Kalau ada yang nak, later hani kongsikan softcopynya kat sin. Hani asingkan senarai untuk pakaian kitorang dengan pakaian Aqil sebab bagasi lain-lain. Rasa lebih mudah begini.

So tips nak packing balik kampung ada kat gambar ya! Jom tengok dan sesuaikan mengikut situasi kelurga masing-masing mana yang boleh.

1️⃣ ok jom mula. Selalu hani mulakan dengan pakaian kami suami isteri dulu. Macam biasa longgokan dalam bakul masing-masing. Sebelum tu tentukan dulu berapa banyak t-shirt, seluar semua nak dibawa. Hani selalu packing untuk 3 hari je. Lepas 3 hari recycle balik baju yang sama lepas dibasuh.

2️⃣ uruskan bahagian pakaian suami isteri. Tentukan berapa banyak helai untuk setiap jenis pakaian yang nak dibawa dan tulis kat situ. Hani laminate senarai ni dan conteng di atasnya guna pen sharpie (permanent) . Boleh dipadam guna magic sponge. Hani tak guna whiteboard marker takut terhilang tulisan dia nanti. List ni nanti masukkan dalam bagasi senang nak periksa semula masa packing balik ke rumah. So hani guna permanent marker.

3️⃣berbanding lipat, hani rasa ramai tahu trick ni. Memang tak mengecewakan. hani gulung baju-baju tersebut. Dalam bagasi, hani bahagikan satu side hani satu side Alif, tuala masing-masing jadikan pemisah. Kain batik dan kain pelikat bawa sorang satu. Mana yang baju nye lembut senang “terburai” hani secured kan dengan cara ikat dengan getah.

4️⃣untuk baju kurung hani gulungkan sekali sati set dengan tudung. Dan ikat getah. Begitu juga dengan baju melayu alif, gulung sekali dengan sampin / kain pelikat. Baju melayu Aqil pun sama.


5️⃣memandangkan ada beberapa set baju kurung dan baju melayu, hani asingkan masuk dalam satu beg khas. Asingkan dari pakaian harian. Nanit pagi raya boleh punggah beg ni sahaja untuk semua. Semua keperluan raya pun dalam beg raya ni juga. Songkok contohnya.

6️⃣untuk pakaian dalam. Hani bahagikan dalam beg masing-masing supaya senang cari. Semua pakaian kecil-kecil letak dalam beg ni. Termasuklah handkerchief, stokin, swim trunk. Ni beg kasut dari Eco Rm2.

 

7️⃣bawa beg baju kotor masing-masing supaya tak bercampur pakaian kotor dengan keluarga lain. Nak basuh pun senang. Elakkan tercicir baju masa nak packing balik.

8️⃣bawa juga penyangkut baju untuk setiap sorang supaya senang nak sangkut baju lepas diseterika.

9️⃣ setel bahagian pakaian ibu dan ayah! 

Tips tambahan untuk pakaian ibu. Bawa tudung segera@sarung (instant shawl) dan cardigan. Supaya senang kalau ada tetamu datang tak dalah kelam kabut time tu nak pakai tudung pin sana pin sini.

Packing pakaian anak

1️⃣ untuk pakaian anak, baju dan seluarnya hani gulung dan securekan dengan getah siap-siap. Kalau minta suami tolong ambilkan pun tak ada masalah mismatch baju seluar lagi. Bawa lebih set pun tak pa dari kurang sebab budak-budak ni tak terjangka comotnya lagi-lagi balik kampung nanti.

2️⃣ atasnya hani letak tuala dan beg kecil khas untuk letak seluar dalam, tuala kecil dan lain-lain.

Siap dah beg Aqil, rasa satu bagasi ni muat untuk pakaian dua orang anak. Hehe


Semoga bermanfaat