Apa menu yang ada pilih untuk anak-anak ke sekolah setiap pagi? Masak nasi lemak, pasta atau roti dan bijiran sahaja untuk anak?
Semua ini selalu buat ibu buntu memikirkan yang terbaik untuk anak. Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, sarapan waktu pagi anak perlulah berkhasiat dan kaya nutrisi supaya anak tidak mengantuk dan boleh fokus belajar.
Apa resipi dan menu-menunya? Jom ikuti perkongsian beliau.
Kita ibu ni, kadang buntu nak fikir makanan apa lagi nak bagi pada anak waktu pagi. Ada 5 contoh breakfast ni, korang boleh cuba buat. Mana tahu anak suka.
Masalah kita mak-mak, penat fikir menu apa nak masak kan. Nak bagi yang berkhasiat, yang sihat, yang padat dengan nutrisi, nak cari yang kena dengan selera anak lagi.
5 resepi yang saya share ni, semua yang padat dengan protein dan lemak baik. Sesuai ambil waktu pagi sebelum anak ke sekolah, supaya anak tak mengantuk dan boleh fokus masa belajar.
Ads
1. Scrambled eggs
Masak dengan minyak sapi, tambah secubit lada hitam dan secubit garam.
Nak tambah daging cincang atau ayam cincang pun sedap, letak sedikit capsicum.
2. Bergedil ayam
Kisar isi ayam, sedikit carrot, sedikit keledek atau nasi. Tambah lada hitam, garam dan daun sup cincang.
Bulatkan, salut dengan telur dan terus goreng.
3. Keropok lekor homemade
Kisar isi ikan dengan garam dan ais, tambah sedikit tepung ubi.
Gaul sebati, bentukkan dan kukus sekejap. Kemudian terus goreng.
Ads
4. Sosej daging homemade
Daging kisar, bawang putih, bawang merah, lada putih, garam dan herbs.
Bentukkan atau letak dalam sosej mould, dan kukus sekejap. Kemudian masak atas pan.
5. Cucur daging brokoli
Daging kisar dicampur dengan cheese, telur dan brokoli hiris. Leperkan dan masak atas pan.
Semua resepi ni, resepi padat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh anak. Anak perlukan protein dan lemak yang tinggi, untuk pertumbuhan badan yang sihat dan fungsi sel yang lebih teratur.
Buat sendiri di rumah, masak sendiri di rumah, dengan bahan ramuan yang lebih baik. Tambah sekali buah-buahan untuk anak makan waktu breakfast.
Ads
Sebelum ke sekolah, bagi juga minyak zaitun dan minyak kelapa, bantu anak fokus masa belajar. Kita usaha sama-sama ya.
Jadi ibu versi lebih baik setiap hari buat anak dan keluarga.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Lauk berasaskan telur memang popular. Telur goreng mata dan telur dadar enak dimakan bersama nasi panas-panas. Menu ringkas yang sangat superb. Selain itu, menu sup telur adalah antara lauk legend yang kegemaran kita sejak kecil.
Nampak aje penyediaannya mudah. Tetapi jika tak ada skill, memang tak menjadi. Begitu dengan resipi yang disediakan ini, memang legend. Masa kita kecil-kecil memang mak sering masak. Bertambah selera makan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau takkk? Ibu mane tak seronok kalau anak puji kann.
Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah.
Resepi sup telur
Bahan-bahan : – 4 biji telur ayam – 7 biji fishball (belah dua) – Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa) – 3 ulas bawang putih(dicincang) – Kiub pati ayam(guna separuh je) – lada sulah – Garam – 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah) – Minyak masak
Cara masak : – Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot. – Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur. – Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye) – Bila dah nampak telur masak elok seketul – seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.
Apa menu hari ini ibu-ibu? Dah fikir belum atau masih buntu?
Inilah dilema ibu-ibu kan bila nak sediakan juadah berbuka untuk seisi keluarga.
Okey,hari ini admin leraikan kebuntuan, jom cuba resipi yang mudah ini. Selamat memasak!
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor(dipotong Dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai(dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih(dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar SOS tiram
2 sudu besar SOS ikan
Serbuk perasa(jika perlu)
Garam Dan gula(jika perlu)
Cara memasak:
1)masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam.lumurkan sedikit kunyit Dan garam pada ayam Dan goreng sehingga masak.
2)minyak Yang Sama(keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan2 tomyam)
3)tumiskan bawang putih,bawang merah,serai,daun limau purut Dan lengkuas.masak sehingga Naik bau Dan kekuningan.
4)masukkan cili kisar Dan Tumis sehingga masak Dan pecah minyak.
5)kemudian,masukkan perencah tomyam,cili padi,SOS tiram,SOS ikan Dan tambahkan garam Dan serbuk perasa(JIKA PERLU) serta Gaul rata.
6)akhir sekali,masukkan lobak merah,ayam Yang telah digoreng Dan air ½ cawan..biarkan ianya merenih sebentar Dan sedikit kering.
7)angkat Dan siap dihidang
SELAMAT BERBUKA PUASA😊
Kredit: Nurul Ateekah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencuba sesuatu teknik yang baru untuk memasak jika lebih memudahkan berbanding cara biasa, tentu tiada apa salahnya.
Ini sama kisahnya untuk merebus telur. Jika kita biasa rebus diatas api, kali ini kita buat menggunakan periuk nasi dan uniknya lagi, tidak menggunakan air tetapi memadai tuala yang dibasahkan.
Untuk lebih lanjut, jom ikuti perkongsian daripada puan Yaya ini.
Saya post lg sekali ye cara masak telur guna rice cooker .Maaflah saya pon first time try.
step 1– Basahkan tuala dan letak kan di dalam rice cooker(Tak payah letak air just basahkan tuala je)
step 2 – Basuh telur dan susun dalam rice cooker
step 3 – Tekan button untuk memasak
step 4 – Tunggu sampai button keep warm
siap!!
Sumber : Yaya Baiyah via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...