Peniaga Ni Kongsi Resipi Kek Pisang Kukus Jualannya. Terbaiklah!

Share

Bila sesuatu resipi itu dikongsikan oleh yang pakar dalam menyediakan menu tersebut, pastinya kita berasa beruntung. Apa tidaknya, pasti resipi tersebut asli dan menjadi jika disediakan.

Lantaran itu, buat penggemar kek pisang yang masih tercari-cari resipi yang enak dari seorang pakar, bolehlah mencuba resipi ini. Ini kerana, ianya dikongsikan oleh seorang peniaga dan resipi itu dikongsikan untuk warganet dengan niat sedekah.

Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba resipi dan ini perkongsiannya.

Assalamualaikum warga MAHN. Ingat tak post kakti sebelum ni. Kek pisang kukus dan kek kurma kukus? Kakti janji nak bg resepi. Tapi pos tu dah ke bawah. Jadi kakti buat posting baru ye.

2 kek kukus ni antara makanan jualan kakti yang disukai customer kakti. Jadi kakti share resepi mudah ni mana lah tahu ada yang nak berniaga. Resepi ni simple sangat sebab tak perlu ada oven, mixer dan weight scale pun.. sukatan cawan, guna blender dan pengukus.. InsyaAllah menjadi..

Kakti nak sedekah wang banyak-bantak tak mampu lagi. Harap dengan sedekah resepi ni bole juga dapat saham akhirat jika ada yang gunakan untuk jadikan sumber pendapatan.. InsyaAllah…

Kek Pisang Kukus @ Kek Kurma Kukus

Bahan A – ayak dan ketepikan.
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat

Bahan B – blend tanpa air atau lecek, ketepikan.
Secawan pisang emas
@
Secawan kurma (yang ni blend dengan sedikit air)
Secubit garam

Bahan C – blend ketepikan.
1 cawan gula
3 biji telur

Bahan D – masuk terus dalam mangkuk adunan.
Minyak 1 cawan

1. Ambik mangkuk adunan yang ada Bahan D.
2. Masuk bahan C. Kacau dengan wisk.
3. Masuk Bahan A. Kaup balik.
4. Masuk Bahan B. Kacau. Kukus.

Siap!!!! Mudah kan.

Kukus dalam bekas ikut saiz bekas yg disukai. 1 adunan ni bole dapat 1 bekas besar empat segi tu.

.

Kalau nak kek tahan lama kukus lebih lama walaupun kek dah masak sepenuhnya. Kalau letak pisang hiasan di atas kek tak bole tahan lama di luar. Kena cepat2 habiskan sebelum 3 hari..

Semoga perkongsian kakti ini bermanfaat kepada semua ya.. insyaAllah


.

Ramai juga bertanya kukus lama mana. Jadi kakti update kat sini ya. Kukus lama mana ni subjektif. Bergantung kepada saiz bekas. Kalau buat saiz kecik2 sebesar bekas dadih pendek tu dalam 8 minit pun dah masak. Kalau 1 adunan masuk dalam 1 bekas mungkin 20 minit. Untuk mudah check dengan lidi atau pisau. Kalau tarik tu keluar bersih berminyak tu tandanya kek dah masak. Kalau masih ada sisa tepung melekat tak masak lagi.

sumber : Yati Akil via MAHN